30 |Takdir Kau & Aku

243 6 0
                                    

"lewat balik?" Bicara gerangan yang elok bersandar di tepi pintu utama rumah. Mata mencerlung tajam kearah Humairah yang masih sahaja mengorakkan langkah ke sana. Seketika kaki berhenti melangkah apabila mendengar suara yang tidak janggal lagi ditelinga. Humairah angkat kepala menghadap susuk tubuh yang hanya memeluk tubuh merenung dirinya.

"Err,T-Tuan Zayid buat apa dekat situ?" Humairah berkata sambil merasa gelisah dengan posisi antara mereka berdua ketika ini. Jantung berdegup kencang ketika melihat anak mata Zayid yang terlalu seram tidak terkata. Habis naik bulu roma Humairah. Sesekali dia memberanikan diri.

"Aku malas nak bagi terang berkali-kali dekat kau. Kau cuma pekerja. Buatlah cara pekerja. Apa,kau ingat semuanya boleh buat sesuka hati ke? Stop it Humairah,aku ada banyak kerja lagi nak buat. Boleh tak kau jangan beri risau dekat aku? Menyusahkan betul!" Zayid mula membahas mengenai personaliti Humairah sebagai pekerjanya. Entahlah,sejak kebelakangan ini,setiap kali Zayid dan Humairah bertembung,pasti ada pergaduhan yang akan berlaku antara dia dan Humairah. Sudah beberapa hari mereka tidak bermaafan. Dan itu telah memudaratkan persaudaraan sesama Islam. Sungguh berdosa besar mereka berdua! Ego pun bertambah tinggi ke langit.

"Hah?Tuan Zayid cakap apa ni? Tuan tak perlu lah buang masa Tuan disebabkan 'risau' dengan saya. Buat ajelah urusan Tuan sendiri." Humairah membalas dengan nada mendatar. Perkataan risau ditekan padat ingin menyinggung perasaan Zayid. Siapa suruh cari pasal dulu!

Zayid diam seketika,kemudian kembali berbicara.

"Habis? Kau nak aku cakap,yang aku tak perlu risaukan tentang pekerja-pekerja aku? Kau fikir aku tak bertanggungjawab ke? Tch,kalau aku tahu dari awal kau jenis macam ni,dah lama aku biar aje kau baring diatas jalan raya." Sindir Zayid begitu kejam. Humairah yang mendengar ayat tersebut pantas membuntang luas kedua matanya. Ingin sahaja tangan naik ke pipi mulus mamat bengis itu. Berani-beraninya dia mengucapkan seperti itu dihadapan Humairah?

"Saya malas nak bertekak dengan Tuan sekarang ni. Hari dah nak gelap. Saya masuk dulu. Banyak kerja lagi yang perlu saya selesaikan." Humairah mengawal emosinya ketika ini. Kepala tunduk memandang bawah,lantas membenamkan diri ke dalam rumah. Zayid yang berada di sisi pintu,hanya diam tidak berkutik. Dia hanya membiarkan tingkah laku Humairah. Terasa kalah di sudut permainan ini. Zayid hanya mengeluh panjang memikirkan kesalahan-kesalahan yang masih belum berbayar kan. Dia terlalu banyak salah terhadap gadis Humairah. Entah bagaimana lagi cara, untuk dia mengungkapkan perkataan maaf kepada Humairah. Semuanya terjadi kerana satu masa,satu punca,satu sebab.

Zayid meraup wajahnya kesal pada diri sendiri. Dia kemudian melangkah masuk kedalam rumah,sebelum menyambung semula tugasannya yang tertunggak sebentar tadi.

Selepas membersihkan diri,Humairah menyarungkan tudung lantas keluar daripada biliknya. Bilik Zarif dituju sebelum membenamkan diri kedalamnya.

"Zarif?" Panggil Humairah mencari gerangan yang tidak kelihatan saat ini.

"Zarif,awak kat mana?" Panggilan diulang beberapa kali,namun kelibat Zarif masih tidak ditemui.

Hampir gugur jantung Humairah melihat Zarif yang berdiri menatap langit bersama patung kecilnya. Sungguh Zarif benar-benar membuatkan Humairah sakit jantung. Beraninya si kecil Zarif keluar tanpa peneman? Gila! Jika Tuan Zayid tahu,habis Humairah dan Zarif menjadi omelan. Tak pasal-pasal kena marah dua-dua.

"Zarif! Ya Allah!" Jerit Humairah terkejut kemudian bergegas ke arahnya. Tubuh Zarif dipeluk erat sebelum meleraikannya perlahan. Terpinga-pinga Zarif memandang Humairah.

"Kenapa kakak Mairah?" Soalnya petah. Dia tanpa tidak sedar akan perbuatannya,membuatkan Humairah ingin menangis. Pulak dah.

"Zarif ni kan! Tahu tak bahaya pergi sini seorang-seorang. Tak takut ke,kalau tiba-tiba ada sesuatu terjadi pada Zarif hah? Zarif tak fikir pun tentang diri Zarif. Kakak cuma risau je. Lain kali,jangan buat lagi. Kalau nak keluar pastikan ada teman. Janji?" Jelas Humairah sambil tersedu-sedu dia berkata. Entahlah,kadangkala emosinya tidak menentu. Lihatlah sekarang ini, tiba-tiba sahaja Humairah nak nangis bagai. Walhal Zarif baik-baik sahaja. Mungkin kerana memikirkan keselamatan Zarif atau lebih tepatnya,Humairah takut jika dia kehilangan Muhammad Zarif ini.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now