9 |Takdir Kau & Aku

281 10 0
                                    

"err..boleh saya tanya,tumpuan apa dan siapa gerangan yang kamu panggil sebagai sikecil Tengku? Maaflah saya tak faham." Soal Humairah sedikit malu ingin bertanya. Namun begitu,ianya tidak menjadi masalah untuk Humairah menyelesakan dirinya di sini.

"Anak Tengku Zayid. Nama dia Zarif. Selalu saya dengar dia sebut nama Humairah. Ingatkan kawan dia dekat sekolah. Tak sangka kamulah orang yang dicari-carinya. Habis Tengku Zayid tu dipaksa oleh Zarif. Tak pasal-pasal Tengku tu pergi juga cari orang yang bernama Humairah. Tapi tak jumpa-jumpa. Iyalah,dalam dunia ni kan bukan seorang sahaja nama Humairah. Banyak lagi." Jelas seorang lagi gadis yang elok memotong sesuatu untuk dimasak. Gadis yang berdiri dihadapan Humairah pula hanya sekadar tersenyum kecil. Jelas riak wajahnya begitu kesal. Namun hanya ditayang lembut agar tidak ada sesiapa syak akan dia yang tidak suka dengan Humairah.

"Oh. Kejap,siapa nama Tuan besar dalam rumah ni?" Jantung berdegup laju ketika menyedari nama seseorang yang disebutkan oleh gadis tadi.

"Tengku Zayid, bukan Tuan." Celah gadis yang berada dihadapan Humairah. Dia sedikit membetulkan.

"Baiklah." Terkebil-kebil aku yang mendengarkan nama mamat poyo tu. Tak sangka dia yang nampak muda,sudahpun bergelar Tengku? Tapi betulkah dia masih muda? Sedangkan dia dah ada anak. Eip,buat apa aku nak sibuk tentang hidup dia. Baik aku fikir kerja apa yang perlu aku belajar dekat sini.

"Cik Humairah,boleh kita mula." Celahnya sekali lagi kepada Humairah yang hanya diam tidak berkutik. Tanpa membuang masa,Humairah mengangguk setuju. Maka mereka berdua pun,mula berjalan ke hulu-hilir sambil menerangkan sesuatu perkara yang penting bagi seorang pemula yang akan bekerja diesok hari.

"Boleh saya tahu nama awak siapa?" soal Humairah begitu janggal ketika mereka berbual mengenai pekerjaan sedang dia tidak tahu pun nama gadis yang menerangkan. Dia terpaksa mencelah seketika.

"Lilie." ujarnya begitu memperkenal kan diri. Humairah mengangguk faham lantas meneruskan perkara yang terpotong tadi.

"Ini adalah bilik anak Tengku Zayid yang sulung. Nama dia Maya Aisyah. Di dalam rumah ini,atau sesiapa sahaja orang luar cuma boleh panggil dia dengan nama Aisyah. Kita tidak diberi keizinan untuk panggil dia dengan nama Maya. Kerana itu panggilan dia dengan arwah mama dia. Jadi saya harap kamu boleh ambil pengetahuan penting. Keluarga ini bukan keluarga biasa. Jangan salahkan saya,jika dia marah. Kerana dia akan benci orang yang memanggilnya sebagai Maya." jelas Lilie begitu tegas dan dalam. Humairah sudah terbuntang luas apabila mendengar penjelasan dari Lilie tadi. Memangnya nama pun nak berkira ke? Apa pelik sangat keluarga ni. Kejap! Arwah mama dia dah meninggal? Innalillah. Bermakna,mamat sombong tu seorang duda anak dua?! Gila. Harap je kacak,tapi dah duda. Tak aku nafikan kalau ramai saja yang nakkan dia. Tapi,dia yang sombong berlagak sangat.

"Cik Humairah?" Panggil Lilie yang sedang mematikan lamunan kosong Humairah sebentar tadi. Humairah hanya tersengih kecil lantas meneruskan perjalanan seterusnya.

"Ini adalah bilik Muhammad Umar,anak kedua Tengku Zayid. Kamu panggil sahaja Umar. Bilik ni,kalau awak nak masuk. Pastikan ketuk dahulu. Kerana Umar paling benci orang yang masuk tanpa mengetuk pintu bilik dia." Terang Lilie begitu mereka tiba dihadapan bilik milik gerangan yang bernama Umar. Biliknya dengan Aisyah hanya bersebelahan.

"Baik." ujar Humairah begitu faham. Banyaknya undang-undang yang ada dalam rumah ni. Kalah istana kalau semuanya tak boleh buat. Ini bukan hidup bebas. Tapi hidup dalam keadaan yang sedang diperhatikan. Fuh, mengapa aku boleh terjebak sekali hidup dalam suasana yang sesak seperti ini. Kejap! Anak mamat tu ada tiga? Wah tak sangka eh.

"Dan ini adalah bilik sikecil Tengku. Muhammad Zarif. Kamu boleh panggil dengan nama Zarif. Dia seorang yang tidak suka bersembang. Jadi jangan cuba bersembang dengannya melainkan awak ada perkara penting yang ingin disampaikan untuk dia. Lagi satu, pastikan awak tidak berbuat bising ketika masuk kedalam bilik dia. Kerana boleh jadi,dia akan menangis tak henti. Tolong jangan biarkan dia menangis. Tengku Zayid tidak suka akan hal seperti itu berlaku." jelasnya begitu membuatkan Humairah sedikit terkejut bahkan tidak percaya. Benarkah seorang yang bernama Zarif seperti ini? Tak mungkin.

"Baiklah. Ada lagi ke anak Tuan Za-Zayid?" Sempat lagi Humairah terlupa akan nama Tuan besar didalam rumah ini.

"Tengku Zayid. Tidak,itu sahaja." Lilie membetulkan kesalahan yang baru sahaja diucapkan oleh Humairah. Dia kemudian tersengih dengan kesalahan yang tidak disedari itu.

"Kamu boleh berehat. Sebentar lagi akan ada tugasan pertama yang perlu kamu lakukan." Lilie memberi ingat kepada Humairah. Kemudian barulah dia beredar kembali ke tempat asalnya bekerja.

Lega hati Humairah ketika ini. Entahlah,sejak dia bertemu dengan Lilie,terasa sesak nafasnya. Terasa kejam di wajahnya. Memang ini kah pekerja mamat poyo tu? Kenapa nampak sombong? Oh lupa. Kalau dah mamat tu sombong,maka semuanya pun akan turut sama sombong! Tch, ingatkan peramah lah orangnya. Dua kali lima aje.

Lambat-laun Humairah pun pergi keluar kebelakang rumah ingin mencari udara. Terasa penat dirinya daripada tadi.

Kelihatan begitu indah sekali pemandangan diluar rumah ini. Terasa begitu tenang fikiran saat melihat tumbuhan yang penuh dengan buah-buahan. Bukan itu sahaja,air terjun juga ada di perkarangan belakang rumah ini? Hebat bukan. Pergh,siapalah yang banyak duit sangat sampai semuanya dah tersedia. Mestilah mamat berlagak tu! Tak payah tanya,orang dah tahu.

Bibir mengukir senyuman paling bahagia. Humairah masih berjalan ke hulu-hilir. Kalau boleh,dia nak sangat melihat semuanya. Memang tidak dinafikan bahawa rumah ini, sangat-sangat besar dan luas.

Tapi tidak pada satu masa. Tiba-tiba Lilie memanggil Humairah.

"Cik Humairah. Masanya untuk mula kerja pertama." jelasnya ketika Humairah sudah tiba.

"Hah? Kerja apa?" Humairah masih sahaja tidak faham. Kening terjongket sedikit.

"Zarif dah nak balik daripada sekolah. Tengku Zayid meminta kamu untuk mengambilnya sekarang juga. Kamu boleh pergi ke tadika sentosa dan jangan lupa untuk sampai ke sini semula tepat pukul 1. Faham?" Ujar Lilie mendatar lantas berpaling ingin pergi. Humairah menegurnya.

"Tanpa guna kenderaan?" Soal Humairah begitu ragu.

Lilie berbalik badan. "Dekat sahaja. Tengku Zayid nak kamu berjalan kaki." Humairah mengangguk faham lantas bergegas menuju ke pintu utama. Dia menyarungkan selipar sebelum berjalan laju ketujuan yang sudah ditetapkan.

Hampir dua jam Humairah berjalan kaki. Kini dia pun tiba dihadapan tadika yang dipesan oleh Lilie sebentar tadi. Kalaulah Humairah tahu jalan pintas. Pasti dia tidak akan tersesat seperti tadi. Ya,mengikut jalan yang benar. Humairah sepatutnya pergi kelaluan belakang rumah,kerana itu menembus kearah sekolah tadika yang berdekatan dengan sekolah rendah. Namun,Humairah dengan ketidak tahuan,pantas berjalan dengan bertentangan arah. Manakan tidak dia terlewat sampai ke tadika. Rasa takut menyelebungi hatinya.

Kelihatan susuk tubuh yang sangat dikenali oleh Humairah. Tercelit rasa rindu kepada anak tersebut. Mengapa dia perlu merasa sayang akan budak yang bernama Zarif ini? Pertemuan antara Zarif dan Humairah tidak berakhir sampai di sini. Akhirnya mereka dipertemukan kembali dengan penuh bahagia. Pasti Zarif akan seronok dengan kehadiran Humairah.

"Hai." Tegur Humairah dengan nada yang penuh gembira. Bahu kecil Zarif disentuhnya lantas duduk bersama disebelah Zarif.

Zarif yang merasakan sesuatu pantas memandang gerangan tersebut. Dia fikirkan itu adalah Lilie,hingga dengan tidak sengajanya dia tertumpah kan air pada baju orang yang salah. Zarif kemudian diselebungi dengan perasaan bersalah.

Humairah lantas berdiri dek kerana terkejut dengan kelakuan Zarif sebentar tadi. Sangat-sangat terkejut hingga dia terbangun dari duduk.

"Kakak Mairah?!"
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua 😣💗.

232022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now