"Tuan Zayid tu,pandai ke jaga anak? Humairah bukannya apa,tapi...lihat keadaan anak-anak dia pun macam tak berapa terurus." Tiba-tiba sahaja ayat ini terungkap dari lisan Humairah. Memang benar,inilah pandangannya terhadap Zayid.
"Hm. Kak Sara tak tahu pulak kalau pandai atau tidak. Tapi,semenjak Tengku tu kehilangan adik dia. Tengku dah banyak berubah. Anak-anak dia pun habis diabaikan. Nasib baiklah Lilie tu ada. Kalau tidak,habislah penuh satu rumah dengan rengekan mereka." Jelas kak Sara begitu memberi kerjasama kepada otak Humairah. Sesekali Humairah memikirkan hidup orang. Belum sempat Humairah bermonolog sendiri,dia dengan perasaan terkejut mula bertanya tidak percaya.
"Adik Tengku? Tuan Zayid ada adik ke?" Soal Humairah begitu kuat kerana terkejutnya. Kak Sara sudahpun panik lantas menyuruh Humairah memperlahankan suara. Humairah tersengih kecil kemudian akur. Dia juga tidak sangka,kalau suaranya sekuat itu. Haduh.
"Haah. Semuanya berlaku dalam satu masa. Dah lama dah kejadian ni. Satu tahun yang lepas." Balas kak Sara sekali lagi menjelaskan. Humairah yang mula memahami hanya mengangguk sekilas.
"Kakak lamanya..." Rengek kecil Zarif. Humairah menukarkan topik. " Dah siap ke kak? Tengoklah dia dah tak sabar nak merasa hasil tangan dari cef kak Sara." Puji Humairah begitu ikhlas. Kak Sara sudah pun menghidangkan makanan diatas meja.
"Kamu puji lebih-lebih ni,ada makna ya?" Kak Sara berkata dengan nada gurauan. Humairah tersenyum lantas menggelengkan kepala. "Apalah kak Sara ni. Tak terfikirkan pun nak minta sesuatu. Ikhlas pujian tu." Balas Humairah jujur. Kak Sara hanya senyum lantas kembali ke tempat asalnya.
"Zarif...ini sudu untuk makan. Jangan lupa bismillah ya." Pesan Humairah ringkas membuatkan Zarif merenungnya lama. Humairah mengerutkan keningnya pelik. Dia salah kata ke?
"Mummy selalu pesan macam tu dekat ayer." Ujarnya kemudian menyuapkan sesudu nasi kedalam mulut. Sebelum itu,tidak lupa juga untuk dia lafazkan bismillah.
Senyuman Humairah mati serta-merta. Apa dia salah dengar kalau Zarif berkata seperti itu? Humairah seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata tadi. Sungguh rasa kasihan terhadap Zarif menyelebungi hati Humairah Zahra. Mengapa Tuan Zayid tidak ingin berkahwin lagi? Manalah tahu,isteri itu serasi dengan anak-anaknya. Pasti bahagia keluarga ini.
"Kakak tak nak makan ke?" Zarif mencelah seketika. Humairah hanya tersenyum dengan gelengan kepala,tanda tidak. Zarif yang faham menyambung semula menjamah makanannya.
Zayid masih memikirkan cara untuk berbaik dengan Humairah. Namun,pada masa yang sama. Dia juga merasa malu. Lihatlah,sudah dua kali Zayid perlu melakukan perkara yang sama. Jatuh ego dia bila bertemu dengan gadis tersebut. Sepuluh kali Zayid memikirkan. Sehinggalah rakan karibnya tiba dengan sapaan ramah.
"Bro. What's up! Apa khabar kau?" Sapanya begitu kuat sambil menepuk bahu Zayid. Dia dengan selamba menghenyakkan punggung diatas kerusi, berhadapan dengan Zayid ketika ini.
"Kau memang tak belajar salam ke? Aku sihat je. Macam ni jelah." Balas Zayid dengan teguran pedasnya. Rakannya sudahpun cemberut dengan teguran tersebut. Tahulah salah.
"Assalamualaikum yahabibi." Ucapnya bersama nada-nada orang arab. Zayid hanya menggelengkan kepala dengan perangai rakannya itu. Tak berubah langsung!
"Waalaikumussalam." Salam di jawab Zayid penuh ringkas tidak seperti tadi.
"So,macam mana keadaan kau sekarang? Anak-anak kau? Dah lama aku tak jumpa dorang. Heih,mesti Zarif tu dah lupa dengan uncle kacak dia." Begitu perasan seorang yang bernama Wais Anuar saat ini. Zayid memutarkan bebola matanya. Bosan mendengar bualan itu.
"Macam ni jelah. Tak ada yang berubah pun." Zayid membalas malas.
Wais menukar topik apabila melihat reaksi Zayid yang tidak berdaya itu. Mengada betul kawan aku ni.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...