Zayid yang hanya memandang kepergian Humairah hanya mengeluh berat. Dia juga beredar masuk kedalam bilik. Ruangan tersebut kembali senyap seperti asal. Sehinggalah bunyi tangisan kuat kedengaran. Zayid tidak ingin berjumpa dengan anaknya. Dia tahu,Zarif akan terus sebut tentang perempuan tu. Dan itu mampu menambahkan lagi tekanan dalam kepala Zayid.
"Er..Tengku,Zarif dia dah-"
"Go. " Zayid memotong percakapan Lilie. Dia kemudian mengorak langkah ke bilik utamanya.
"Baiklah Tengku." Lilie akur lantas bergegas masuk kedalam bilik Zarif.
Setelah membuka kunci pada tombol pintu,Lilie memulasnya ingin membuka. Saat itu,betapa terkejutnya Lilie. Ruangan bilik Zarif habis berhambur dengan sepahan yang dilakukan olehnya sendiri. Buku elok diatas lantai,meja terbalik,bantal dan selimut habis terbang ke dinding,bahkan barang sekolahnya juga habis bertaburan diseluruh lantai. Ini adalah kali ke-dua Zarif melakukan perkara yang sama. Dahulu,ketika perginya seorang yang dia sayang iaitu mama kepada Zarif. Dia tiba-tiba sahaja berperangai seperti ini. Dia menjadi semakin galak. Semua yang dilihat menjadi kebencian dimatanya. Sepanjang hari menangis tidak henti. Sepanjang saat tidak berkata-kata. Makan dan minum juga diabaikan olehnya. Sehinggalah dia sakit dan tidak berdaya apa-apa.
Jantung Lilie mengepam laju. Satu sahaja yang tengah bermain diminda nya. Adakah Zarif akan melakukan perkara sama seperti kejadian dahulu kala? Bagaimana mungkin! Takkanlah perempuan yang entah dari mana asal usulnya mampu membuatkan Zarif jadi seperti ini? Tapi tidak mustahil.
Lilie pantas menjerumuskan dirinya masuk kedalam bilik yang terlalu semak jika mata memandang. Zarif yang masih tidak henti menangis dihampiri.
Bahunya disentuh perlahan. "Zarif sayang...kenapa ni? Kak Lilie ada okey. Shhh,dah tu. Nanti daddy kamu marah lagi macam mana?" Lilie menenangkan Zarif sambil mengusap lembut belakangnya.
Zarif mengelak daripada disentuh oleh Lilie. Dia menolak Lilie sehingga terjatuh kebawah. Lilie sedikit meraung sakit dek kerana perbuatan Zarif tidak dijangka itu.
"Hiksss! Zarif tak nak! Zarif nak Kak Mairah! Pergi sana! Pergi!" Zarif meraung tidak henti. Lilie saja sudah mengetap gigi. Tahap kesabaran yang Lilie ada sudahpun musnah. Entah bagaimana lagi dia nak menenangkan Zarif yang begitu galak. Nak minta tolong pada Tengku Zayid? Huh.
"Zarif...dah lah tu. Mari kita pergi jalan-jalan nak? Jom beli aiskrim nak? Kak Lilie belanja." Sekali lagi Lilie berusaha memujuk. Namun Zarif tetap sama. Keluhan berat dilepaskan. Lilie keluar daripada bilik lantas mengatur langkah kedapur.
"Mengapa dengan Tuan muda tu? Apa yang dah berlaku?" Soal Kak Sara salah satu pembantu yang bertugas sebagai cef didapur. Kak Sara sudah berusia atas 40 puluhan tahun. Tua dah.
"Haih,Zarif tu melalak lagi kak..Entahlah,pening dah Lilie nak mengatur dia tu. Mengada betul. Tak pernah-pernah pula terjerit-jerit memekak sebab perempuan tu. Pelik betul. Kita tak tahu asal usul dia,entah baik ke tidak perempuan tu." Jelas Lilie begitu kesal dengan Zarif saat ini.
"Iye? Hebat betul perempuan tu ya. Sayang betul Zarif dekat dia." Balas Kak Sara dengan senyuman di bibir. Tiba-tiba pulak dia senyum sedang orang dalam keadaan tertekan.
"Apa kak Sara ni." Marah Lilie lantas pergi meninggalkan kak Sara kembali seorang diri. Kak Sara hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia kembali melakukan tugasnya.
Aisyah yang baru sahaja tiba daripada sekolah merasa pelik dengan suara tangisan seseorang. Dia lantas bergegas masuk kedalam rumah. Susuk tubuh adiknya dicari-cari. Begitu panas hatinya melihat keadaan Zarif yang sudah letih bersama tangisan. Aisyah menggenggam tangannya geram.
Pintu bilik Zarif dibuka kuat. Tersembul lah wajah Zarif yang sudah habis dengan air mata. Merah padam wajahnya. Aisyah merasa kasihan dengan perasaan yang sudah bercampur-baur. Beg sandang dibiarkannya saja diatas lantai. Tubuh Zarif dihampiri.
"Adik. Kenapa ni. Adik,jangan lah nangis. Siapa buat? Tell me!" Penuh ruangan dengan suara tinggi dari Aisyah. Mata tajam melihat keadaan adiknya yang tidak terurus. Memangnya mana semua orang! Kenapa tidak ada orang yang menenangkan Zarif ketika ini? Sampai hati mereka.
"Akak,Daddy... Kakak Mairah... Hiksss Zarif nak Kakak Mairah...erghhh." tangisan masih berlanjut. Tersedu-sedu Zarif berkata. Aisyah yang tidak kenal dengan gerangan bernama Mairah mengabaikan terlebih dahulu. Kini,dia perlu tenangkan Zarif dari menangis. Kerana boleh jadi,tangisan itu menyebabkan Zarif akan sakit.
Aisyah memeluk kepala Zarif dengan kasih sayang bahkan juga mengusap lembut. Aisyah juga tidak henti dari menyeka air mata Zarif. Dia tidak faham mengapa daddy nya begitu kejam. Kenapa harus abaikan Zarif kalau iya pun! Tidak. Aisyah tidak akan berdiam diri.
Beberapa minit kemudian,Zarif kembali tenang dalam pangkuan kakaknya Aisyah. Dia terlelap seketika,mungkin kerana letihnya menangis. Aisyah hanya mengeluh,lantas dengan perlahan-lahan meletakkan Zarif terbaring diatas katilnya. Aisyah perlu berhadapan dengan daddy nya ketika ini.
Usai itu,pintu ditutup rapat oleh Aisyah kemudian bergegas ke bilik utama daddy nya.
Tanpa mengetuk pintu,Aisyah menjerumuskan diri kedalam bilik daddy nya dengan penuh perasaan benci yang sudah membuak-buak. Api kemarahan tidak mampu tertahan lagi.
"Tengoklah betapa tak ada perasaannya daddy sekarang ni. Adik menangis tak henti pun daddy boleh abaikan saja? Manusia jenis apa daddy ni?! Tahu tak,adik boleh sakit macam dulu. Oh,lupa. Daddy sibuk je dengan kerja. Aisyah tak kesah daddy nak buat apa sekalipun. Tapi,adik perlukan kasih sayang. Kalau daddy nak teruskan dengan perangai macam ni. Go on! Kami bertiga boleh hidup sendiri lah daddy!" Ucap Aisyah tinggi satu oktaf. Dia tahu salah,tapi dia tidak mampu menahan lagi. Dia benci daddy nya saat ini! Mata hanya merenung kearah Zayid tajam.
Meja ditumbuk kuat oleh Zayid apabila mendengar kata-kata dari anaknya.
Papp!"Apa kamu fikir,kamu boleh hidup tanpa semua ni? Aisyah dengar sini baik-baik. Daddy malas panjangkan cerita. Pergi masuk bilik sekarang. NOW!" Arah Zayid penuh kuat kedengaran. Dia juga tidak mampu menahan kesabaran. Dia meninggalkan Aisyah terpinga-pinga.
Aisyah yang mendengar kata-kata daddy nya,mengalirkan air mata. Kenapa daddy nya berubah secepat ini! Mana daddy Aisyah yang dulu. Why..why..why!!!!
.
.
.Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua 😣💗.
432022
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...