Notification telefon baru Humairah berbunyi tanpa henti. Entah siapalah yang sedang mesej Humairah. Bukan dia tidak tahu,bahawa Zayad sedang menghantar mesej padanya. Tapi,mungkin juga orang lain.
Humairah yang sedang duduk di atas kerusi pantas bangkit berdiri. Telefon yang elok terletak disisi meja dicapainya sebelum membuka telefon tersebut. Kelihatan beberapa mesej daripada seseorang yang mampu memberikan senyuman gembira pada Humairah. Hatinya berubah ceria bahkan turut tidak sangka bahawa sahabat rapatnya akan pulang ke sini semula.
Jari jemari sibuk bermain diatas papan kekunci pada skrin telefon bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Hajarrr
Assalamualaikum.hai bunny saya. Nak tahu berita gembira tak? Ehem. Aku akan balik semula ke Malaysia next week! Tak sabar nak jumpa kau Mai!!Eip bukan tu saja. Aku ada lagi satu berita gembira untuk kau. Aku akan menetap di sana semula! Hurey! Akhirnya mama aku setuju. Lagipun,aku dah masuk kerja dekat sana. Kerja HZ Holdings bebeh. Suka tak?suka tak?
Muahahahah. Bolehlah aku spend time lama-lama dekat kau. Hmmm.
Humairah tergelak sendiri ketika membaca mesej sahabatnya yang bernama Siti Hajar. Sungguh dia benar-benar gembira dengan berita tersebut. Humairah merasa syukur didalam hati. Setelah lama dia diuji,kini seorang yang mengenali dirinya luar dan dalam dihadirkan semula. Humairah bahagia sangat.
Waalaikumussalam. What!! Srs lah Siti? Wahhh ya Allah tak sangkanya.. weh,aku bangga dengan kau. Sangat-sangat tau. Bestnya dapat jumpa kau lagi. Ingatkan lepas ni aku dah tak ada peneman. Hm.
Anyway,kerja elok-elok. Bila ada cuti nanti kita jumpa lah. Lagipun,aku tengah kerja juga ni. Kalau aku cerita kau dari satu sampai sepuluh. Takkan habis punya.
Heh. Kita jumpa face to face baru cun. Aku rindu kau sangat ketat. Kau buat aku happy lah Siti....tahu tak aku lonely je tiap hari.
Humairah mula dengan luahannya. Gerangan yang bernama Siti Hajar itu mula membalas mesej daripada Humairah.
HAHAHAHA aku tak sabar nak dengar citer tu. Apapun,aku nak pergi dulu. Tengah sibuk nak prepare ni. Bye bebeh. Jumpa nanti.
InsyaAllah. Bye take care tau. Kirim salam dengan anti sekali. Rindu dengan dia.
Of course.
-
Setelah selesai membalas kesemua mesej daripada Hajar. Humairah ingin keluar melihat keadaan anak-anak Tuan Zayid. Ini juga sebahagian daripada tugasnya. Dia perlu memerhati setiap keadaan mereka. Kemudian barulah dapat rehat sepenuhnya. Lagipun,mudah juga untuk Humairah hantar mesej pada Zayad. Sekali buat dua kerja. Semuanya siap dengan mudah ditangan Humairah.
Kaki mengorak langkah ke bilik Aisyah namun sempat Humairah mendengar suara bingit dari arah dapur. Humairah mematikan langkah lantas bergegas ke sana. Terkejut Humairah ketika melihat keadaan yang penuh dengan suara gembira. Dia tertanya-tanya. Apa yang membuatkan mereka gembira? Humairah seakan-akan pencuri yang bersembunyi di balik tembok. Curi-curi dengar sebenarnya.
"Iye? Bila Puan Zarina nak datang? Tak sabar saya nak jumpa dia." Cerita kak Sara dengan nada yang penuh ceria.
"Haah. Tengku kata,esok. Kami berdua yang akan pergi jemput dia dekat airport. Saya pun terkejut juga." Balas Lilie pula. Humairah yang tidak tahu apa-apa mengenai tetamu yang akan datang pada esok hari mula tertanya-tanya dengan diri sendiri.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...