3 |Takdir Kau & Aku

418 9 0
                                    

Hari semakin gelap. Pencarian Zarif masih dilakukan tanpa henti,hinggalah telefon bimbit Zayid bergetar didalam kocek seluarnya.

Zayid pantas menyambut panggilan tersebut dengan penuh perasaan risau yang kian mendalam.

"Tengku? Maafkan saya. Anak Tengku Zarif sudah kembali kerumah baru sahaja tadi. Saya harap Tengku boleh bertenang dan pergi kesini." Jelas Lilie sedikit takut jikalau Tuan Zayid memarahi dirinya.

Zayid yang baru sahaja mendengar jelasan pembantunya itu,mengucap kata syukur didalam hati. Sungguh hatinya mulai merasa tenang seketika. Namun itu hanya beberapa saat sahaja. Kini,dia kembali dengan ego yang mendalam.

"Baik. Aku akan kesana sekarang." Kata Zayid masih tenang kemudian menamatkan panggilan tersebut.

Dia bergegas masuk kedalam perut kereta lantas meluncur laju ke rumahnya, ingin melihat dengan mata kepalanya sendiri tentang kepulangan anak-anaknya.

Pintu dibuka kasar sebelum bersuara kuat memanggil nama seseorang.

"Zarif!" Panggil Zayid begitu keras.

Zarif yang mendengar suara daddy nya mulai merasa takut bahkan tubuhnya bergetar. Beberapa saat kemudian,tersembul lah wajah Zarif dengan Lilie yang elok menemaninya. Kepala hanya tunduk memandang bawah. Takut berhadapan dengan wajah dingin Zayid.

Kedengaran suara keluhan daripada Zayid sebelum ia mendekati Zarif yang masih tidak berganjak.

"Hei,pandang daddy." Arah Zayid masih mendatar.

Zarif lambat-laun mengangkat kepalanya lantas memandang Zayid penuh perasaan. Lilie hanya diam tidak ingin berbuat apa-apa,kerana saat ini bukan masanya untuk masuk campur urusan orang.

"Good. Daddy nak tanya satu soalan dekat Zarif. Kenapa keluar tanpa izin dan teman?" Soal Zayid tajam kepada anaknya. Zarif kembali tunduk memandang bawah. Dia buntu memikirkan.

"Zarif! Daddy tanya! Kenapa keluar tanpa izin dan peneman?" Suara Zayid tinggi satu oktaf. Tidak terjangka Zarif tersedu menahan tangisan. Lilie sudah panik dan berusaha menenangkan Zarif.

"Daddy! Apa daddy dah buat ni?! Daddy tahu tak benda ni salah! Apa daddy ni!!" Celah seorang lagi gadis yang sedang mempertahankan adik bongsunya. Wajah kecewa dan marah tidak mampu tertahan lagi. Maya Aisyah atau dikenali sebagai Kakak kepada dua orang adik. Dialah yang paling berakal kerana umurnya yang sudah mencecah 13 tahun. Zarif yang masih menangis teresak-esak dibawa kedalam pelukan hangat dari Aisyah. Belakang dadanya disapu-sapu dengan lembut dan perlahan.

"Aisyah. Pergi masuk dalam bilik. Now!! " Ketika Zayid mengarah Aisyah dengan suara yang meninggi dua oktaf, semakin kuat pula tangisan Zarif kerana takut akan kemarahan daddy nya.

"Daddy kejam!" Aisyah dengan kebenciannya terpaksa meninggalkan Zarif kembali bersendirian dengan Lilie yang hanya memerhati. Dia kemudian masuk kedalam bilik lalu menutupnya dengan keras.

"Huhh. Zarif,come to daddy." Kini panggilan yang keluar daripada mulut Zayid sudahpun berubah lembut. Zayid sedar dia terlalu berkeras dengan budak-budak. Emosi tidak mampu ditahan olehnya dan terpaksa dilemparkan kepada anak-anaknya. Ini sudah menjadi biasa bagi keluarganya. Setiap kali pulang daripada kerja,pasti Zayid akan melemparkan api kemarahan kepada mereka. Kejam bukan? Entahlah. Zayid sendiri tidak faham mengapa dia harus berbuat sedemikian.

Tangisan Zarif semakin hilang. Hanya sedikit tersedu dirinya ketika itu. Dengan perlahan Zarif mendekati daddy nya.

Zayid turun mencangkung dihadapan Zayid lantas bersuara. "Maafkan daddy sayang. Daddy cuma risaukan keadaan Zarif. Kalau apa-apa yang berlaku,daddy tak nak Zarif dalam bahaya. Daddy tak nak kehilangan Zarif. Kalau nak sesuatu,beritahu daddy. Jangan pergi sendiri. Daddy tak suka." Nasihat Zayid begitu lembut membuatkan Zarif memandangnya sambil cuba memahaminya. Zayid mengukir senyuman kecil buat anaknya yang masih kacak walaupun sudah berlumuran air mata di wajahnya.

"Z-zarif minta maaf daddy. Z-zarif salah daddy. Lepas ni, daddy jangan lisau. Zarif takkan luar sendiri dah." Kata Zarif yang tidak begitu lurus namun masih dapat difahami oleh Zayid. Kepalanya diusap lembut oleh Zayid kemudian mengangkatnya hingga ke paras dada.

"Okey. Kali ni,daddy maafkan. Tapi,janji tak buat lagi. Boleh?" Kata Zayid ingin kepastian sekali lagi dari anaknya. Zarif sudah pun mengangguk setuju dengan senyuman kecilnya.

Kaki dibawa masuk kedalam sebuah ruangan. Zarif diletak diatas katil kemudian masih direnung tajam oleh Zayid. Apa pula dah.

"Zarif keluar tanpa izin daddy kenapa?" Soal Zayid masih ingin mencari tahu sebab anaknya itu. Dialah Zayid yang degil. Dia tak suka alasan bahkan penjelasan. Tapi jika dia yang meminta ingin tahu,sudah pasti harus dia dapatkan. Jika tidak dapat,maka dia akan buat dengan keganasan seperti tadi.

"Zarif cuma nak pergi beli aiskrim daddy. Zarif keluar,tapi tak tahu dekat mana kedai tu. Zarif nak balik,tapi tak tahu jalan." Dia terpaksa menipu. Begitu petah dia menjawab dengan penuh ketenangan. Zayid sudah menghembuskan nafas panjang.

"Lepas ni jangan buat dah. Daddy tak suka. Faham?" Ujar Zayid kemudian bangkit berdiri dari duduknya.

"Faham daddy." Balas Zarif akur.

"Hm." Kaki dibawa keluar daripada bilik tidur Zarif. Namun sebelum dia melangkah. Ada satu soalan menyinggah di mindanya.

"Zarif. Daddy nak tanya. Kalau Zarif tak tahu jalan pulang,habistu siapa yang hantar Zarif sampai ke sini? Dengan selamat pulak tu?" Soalan yang tidak janggal lagi mulai bermain didalam kepala Zarif. Apa yang perlu dia jawab? Jujur ataupun tidak? Tapi jika dia menipu,Daddy nya pasti tahu.

"Zarif jumpa orang daddy. Dia yang bantu Zarif pulang sampai sini. Dia baik daddy. Dia siap belanja Zarif aiskrim supaya Zarif nak balik." Jujur Zarif selamba tanpa memikirkan ayat yang sudah diungkapkan olehnya.

Zayid mengecilkan mata saat memandang anaknya yang satu ini. Benarkah ada manusia seperti itu? Macam tipu saja. Tapi kejap.

"Dia siap belanja aiskrim supaya Zarif nak balik??" Zayid memikirkan kata-kata terakhir anaknya.
"GOTCHA!"

"Zarif betul ke nak balik tapi tak tahu jalan? Ke...Zarif berjanji dengan orang tu untuk beli aiskrim dan barulah Zarif akan balik." Zayid mengagak dengan tepat sekali. heih,anaknya suka menipu. Tapi tak pandai pula tipu dekat daddy nya. Pelik,pelik.

"Hehe. Sorry lah daddy." Zarif tersengih sendiri. Zayid hanya mengangguk sabar. Tak apalah,benda dah jadi. Buat apa nak panjangkan.

Malam yang penuh dengan cahaya bulan serta bintang menambahkan lagi keindahan ciptaan-Nya. Melihat sahaja,pasti makhluk-Nya akan terpesona dan merasakan sebuah ketenangan luar biasa. Orang tak ada perasaan je yang akan melihat tanpa merasakan apa-apa. Rugi tahu.

"Daaaddyyy..." Meleret panggilan Zarif manja. Pintu Zayid dibukanya kemudian tersembul lah wajah kecomelan darinya yang kini,berbaju tidur pajamas panjang untuk kanak-kanak lelaki.

"Hm apa dia?" Tanya Zayid lantas membawa Zarif duduk kepangkuannya. Mereka berdua sama-sama melihat pemandangan malam yang begitu tenang.

"Bila Zarif akan dapat pengasuh baru? Zarif bosan lah daddy. Zarif nak main dengan dia hari-hari. Zarif tak nak kak Lilie. Daddy cepatlah cari orang." Rengek Zarif manja tetapi ada makna disebaliknya.

"Iya Zarif. Daddy tengah usaha ni. Nanti adalah tu." Balas Zayid malas. Kalau boleh,setiap hari anaknya bertanya seperti itu.

"Daddy nak tahu...siapa orang yang tolong Zarif tadi?" Tiba-tiba sahaja soalan seperti ini diajukan oleh Zarif. Zayid diam memikirkan sebelum mengangguk setuju.

"Dia girl daddy. Dia omel dan cantik. Zarif suka dia. Dia nampak baik sangat daddy. Zarif nak jumpa lagi dengan dia satu hari nanti." Jelasnya begitu teruja. Zayid yang mendengar naik terkejut dengan kata-kata anaknya. Bukankah selama ni,Zarif jenis yang tidak bergaul bahkan bercerita panjang seperti ini. Betulkah ini Zarif? Macam tak percaya.

"Zarif biar betul? Please Zarif jangan mudah percaya dengan mana-mana stranger. Daddy dah pesan awal-awal lagi kan. Lepas ni,jangan bergaul dengan orang macam tu. Kita takkan tahu niat dia." Bebel Zayid begitu tegas. Zarif sudah memasamkan muka. Dia menolak sedikit tubuh Zayid lantas bergegas keluar daripada bilik tersebut. Zarif marah. Ya,tiba-tiba sahaja. Pelik.

.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa.❤️

26022022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now