4 |Takdir Kau & Aku

386 10 0
                                    

Kaki bergegas menuju ke rumah. Setibanya ditujuan,Humairah memutarkan tombol pintu lantas memasukkan tubuhnya kedalam.

"Abii! Humairah dah balik ni." Panggil Humairah kemudian melihat sekeliling dengan kedua matanya. Ke hulu-hilir Humairah meneroka setiap ruangan,namun sosok yang bernama Hasyim masih tidak dijumpai.

"Hish,mana pulak perginya abi ni..." Omel Humairah pada diri sendiri.

Daripada dia membuangkan masa,alangkah lebih baiknya dia berehat didalam bilik. Tubuh dijatuhkan keatas tilam yang sederhana lembut sahaja. Mata dipejam rapat,otak ligat memikirkan keberadaan abinya. Sekelip mata sahaja seseorang memanggil nama Humairah.

"Zahra? Zahra..kamu kah itu?" Soal Tuan Hasyim kepada anaknya. Namun suaranya hanya kedengaran kuat diruang tamu. Humairah pantas bangkit lalu keluar daripada biliknya.

"Abi?ya Allah,abi dari mana sebenarnya?" Sahut Humairah kemudian mencium tangan abinya lembut. Memang itulah adat yang masih setia dalam hidup Humairah. Tiap kali pulang daripada kerja atau dimana pun,pasti ia akan mencium tangan kanan abinya terlebih dahulu,kemudian barulah mereka akan bersembang bahkan bergurau senda.

"Abi baru sahaja balik dari rumah Ummi kamu. Kenapa Zahra? Kamu balik lewat lagi ya?" Ujar Tuan Hasyim yang merasa bimbang akan anaknya. Riak wajah Humairah sudah berubah seratus peratus.

"Ya,Humairah balik lewat. Abi tu lah,suka buat kita risau. Lain kali abi,tolong suruh isteri ke-dua abi tu pergi sini. Tak payah susah-susah nak bolak balik kesini. Kan senang macam tu." Kata Humairah sedikit terasa apabila Tuan Hasyim berkata sedemikian. Bukan apa,tapi kasihan betul melihat abi yang sudah berusia itu bolak balik kerumah sana dan sini. Nampak tak betapa berdosanya dua-dua. Heih,susah nak jelaskan. ummi pun satu,tak boleh ke tinggal je sini. Rumah tu dah ada penghuni,tak payah lah risau sangat.

"Hm. Nantilah abi cuba cakap dengan ummi kamu." Balas Tuan Hasyim kemudian melangkah masuk kedalam biliknya.

Humairah menarik nafas panjang kemudian mengeluh seketika. Kenapa dia perlu tanggung semuanya. Sungguh letih untuk Humairah hadapi. Entah seperti apa sebenarnya jalan hidup dia.

Pagi-pagi lagi Humairah bangun lantas menyediakan beberapa jenis sarapan untuk abinya. Air dituangkan kedalam gelas sebelum bersuara untuk memanggil abinya yang belum keluar lagi daripada tadi.

Ujar itu, Humairah pun bersuara. "Abii mari kita sarapan." Panggil Humairah lantang namun masih saja lembut. Dalam menunggu kedatangan abinya,sempat Humairah memasukkan makanan yang masih tersisa kedalam sebuah bekas kosong untuk ia jamah sebagai makanan petang nanti.

"Yaa." Sahut Tuan Hasyim kemudian melabuhkan punggung disalah satu kerusi. Humairah mencapai pinggan lalu dikautnya nasi dan telur. Selepas itu,barulah sayur timun dan kacang. Tidak lupa juga kuah merah di atasnya. Cukup menjadi seperti namanya yang dikenali sebagai 'nasi lemak'. Memandangkan Humairah sudahpun gaji,tidak masalah untuknya memasak makanan special hari ini.

"Kamu masak resepi baru ke Zahra? Pandai kamu membuatnya. Kamu dan mama kamu sama sahaja. Pandai memasak." Puji Tuan Hasyim apabila memandang makanan tersebut. Dia masih sahaja teringat isteri lamanya. Terubat seketika rindu yang dalam. Humairah hanya tersenyum sayu.

"Mestilah abi. Humairah aje satu-satunya anak yang dia ada." Balas Humairah kemudian duduk berhadapan dengan abinya. Mereka menjamu selera pada pagi ini dengan makanan yang sangat sedap. Semuanya hasil tangan seorang gadis yang bernama Humairah Zahra.

"Ehem. Abi,Humairah nak tanya sikit boleh?" Air diteguk perlahan kemudian melihat wajah Tuan Hasyim sama ada dia iyakan atau menidakkan.

"Boleh insyaAllah." Balas Tuan Hasyim kemudian sambung menjamah sisa makanan yang masih ada.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now