36 |Takdir Kau & Aku

199 7 0
                                    

Selesai bertengkar dengan mamat sombong tu,Humairah pantas beristirehat. Nafas dihela perlahan. Tubuh dilempar keatas katil sebelum memejamkan mata dengan erat. Humairah letih seharian. Hampir-hampir dia terlena sebentar padahal dia perlu selesaikan satu tugas berat bersama Zayad.

Lambat-laun,Humairah mengalah dengan perasaan letihnya. Dia mencapai telefon bimbit tersebut kemudian membuka dengan selamba. Humairah tertanya-tanya pada diri sendiri. Apa dia tengah menggangu Zayad ke jika dia buat panggilan malam-malam buta macam ni? Call atau tidak? Ahh mana satu ni!

Akhirnya,Humairah membuat keputusan untuk membuat panggilan. Bukan kerana dia ingin mengganggu,cumanya dia perlukan masa. Kalau nak dibandingkan dengan mesej,sampai ke sudah tidak ada habisnya.

Nombor Zayad disentuh pada skrin telefon itu. Sementara menunggu panggilan tersebut dijawab,Humairah berfikir sejenak. Apa yang harus dia bualkan jika Zayad bertanya? Haduh!

"Hello? Tengku Zayad." Bicara Humairah dengan nada sapaan ramahnya. Dia sedikit kekok berbual pada malam hari. Rasa pelik pun ada. Tapi,jujur niat Humairah tidak lain,tidak bukan demi keselamatan Umar sahaja. Tidak lebih dari itu!

"Hm? Kenapa." Zayad membalas mahu tak mahu saja. Humairah rasa malu ditambah pula rasa menyesal ingin sampaikan hal penting tersebut pada Zayad! Patutnya dia beritahu saja pada Zayid. Tak payah nak overthinking sangat. Hah! Dah mana satu yang betul pun Humairah masih tak tahu. Dia seakan-akan tidak membantu langsung.

"Err...you sibuk ke? Maaflah,kalau saya ganggu. Sebenarnya,saya cuma nak bincang pasal anak-anak Tuan Zayid dekat you. Boleh tak?" Straight to the point, Humairah menjelaskan. Sedikit gelisah di lubuk hati Humairah dengan panggilan yang dibuatnya. Rasanya,Zayad akan beri masa ke untuk Humairah menjelaskan? Mungkin.

"No. I tak sibuk. I cuma buat kerja je ni. You nak sembang pasal anak-anak ke? Okey,then. Teruskan je. I masih ada sebelah telinga. Don't worry." Balas Zayad selamba. Dia cukup bergurau bahkan. Humairah yang mendengar hanya menggelengkan kepala dengan ucapan Zayad yang pelik. Haduh,sehari tak sah kalau tak bergurau dengan Humairah!

"You kata tak sibuk? Tapi buat kerja? How can? Apa-apa jelah. You dengar betul-betul,apa yang saya nak sampaikan. Ini adalah benda penting yang tak boleh ditangguhkan. Ini soal Umar. Saya yakin you kenal anak Zayid yang tu." Humairah mula menerangkan satu persatu.

Zayad hanya diam membisu. Sedang menghadam cerita Humairah. Dia terpaksa berhenti dari melanjutkan tugasnya demi mendengar cerita mengenai anak-anak. Dia perlu ambil tahu! Thanks to Humairah.

"Waktu saya pergi sekolah Zarif,saya tak tahu pulak yang jam baru menganjak pukul 11. Patutnya,saya keluar pukul 12. Then,saya tunggu dekat luar pagar sekolah dia. Nasib baik ada tempat duduk masa tu. Beberapa minit,saya tunggu. Satu suara hinggap ke telinga saya. Saya pun pandang lah dekat tempat bunyi tu bersuara. Jelas saya nampak Umar dan tiga orang lelaki sebaya aje dengan dia. You,saya minta tolong dekat you. Please bantu Umar. Dia dalam bahaya! Esok,mereka nak minta sesuatu pada Umar. Kalau mereka tak dapat,maka Umar sendiri yang akan sakit menderita. Saya tak nak! Sebab tu saya tak tahu nak bantu Umar macam mana. Masa tu,Umar dah kena tumbuk bahagian perut dan muka. Saya minta maaf. Saya sendiri tak mampu lawan even saya lebih dewasa dari mereka. Saya buntu. Saya tak tahu nak share tentang ni dekat siapa. Hinggalah saya terfikir dekat you. Nak harapkan Tuan Zayid? Saya yakin,dia takkan percaya dengan begitu mudah bahkan saya yakin,dia malas nak dengar cerita dari mulut saya. Macam tu lah dia. Setiap kali saya cuba berbincang hal penting. Dia akan mengelak bersama ego melangit dia tu." Sambil-sambil Humairah bercerita,sempat juga dia menyindir Zayid bahkan mengutuk dihadapan adiknya sendiri. Berani bukan? Hehe. Ini Humairah lah! Kejap je dia malu-malu kucing. Lepastu,balik semula dengan perangai dia.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now