"Zarif? Kenapa ada sini?" Soal Humairah pada Zarif yang juga turut sama ikut berbaris. Humairah mengerutkan dahi seribu satu soalan.
"Kakak Mairah. Zarif minta maaf. Zarif tak tahu kalau kakak Mairah dah datang tadi." Ujarnya begitu lemah sekali. Kesihatan Zarif masih tidak sembuh sepenuhnya. Tapi dia tetap ingin meminta maaf pada Humairah. Haih,baiknya sikecil Zarif ni. Cair Humairah ketika mendengar kata-kata maaf darinya. Haduh,hilang terus api kemarahan Humairah. Macam tahu-tahu je Tengku Zayid ni.
"Zarif tak perlulah minta maaf. Akak okey je. Meh sini." Humairah memanggil Zarif untuk duduk bersamanya. Zarif akur kemudian melangkah kearah Humairah. Humairah memeluk tubuh Zarif lantas mengusap lembut kepalanya. Rindu betul dengan Zarif ni.
Selepas itu,Humairah kembali memandang kearah seseorang. Kelihatan begitu takut reaksi dari wajah Umar. Humairah masih mengukir senyuman kecil.
Umar yang merasa dipandang, mengangkat kepala. Dia kemudian membuka mulut ingin berbicara. "Maaf sister. Umar betul-betul tak sengaja nak buat sister sakit macam ni. Umar memang budak jahat. Minta maaf sister. Umar janji,lepas ni Umar takkan buat lagi." Jelasnya begitu ikhlas. Humairah diam tidak memberikan jawapan bahawa dia akan memaafkan atau pun tidak. Umar sudahpun cuak sendiri.
"Aisyah?" Humairah sudah merenung kearah Aisyah. Kenapa dia jugak ada disini?
"Akak. Aisyah minta maaf. Aisyah ingat,akak baik-baik je masa tu. Aisyah geram dengan Umar. Sebab tu,Aisyah kena kejar dia. Tak tahu pulak akak sakit disebabkan oleh Umar. Teruk pulak tu." Ujarnya begitu merasa bersalah bahkan turut sama meminta maaf. Humairah tersenyum sayu. Ya,seperti dirinya. Humairah tidak akan marah pada budak-budak. Dia akan menerima maaf mereka semua.
"Maaf Zarif diterima." Humairah bersuara lantas mencucuk perut Zarif dengan jari telunjuknya. Seketika Zarif tertawa. Humairah juga tersenyum manis hingga mampu terlihat kedua lesung pipinya.
"Maaf Aisyah diterima." Tangan dihulurkan kepada Aisyah ingin disalam olehnya. Aisyah tidak berkata apa,dia dengan penuh gembira menggenggam tangan Humairah dengan penuh senyuman dibibir.
Tangan mereka berdua masih berpaut sama hingga kini, giliran seseorang lagi.Humairah mematikan senyuman. Dia sengaja berubah muram dengan Umar. Sebelum.....
"Maaf Umar diterima." Ujar Humairah kemudian tersenyum manis kembali. Umar sudah pun berubah gembira. Humairah membawanya masuk kedalam pelukan. Aisyah juga turut sama memeluk adik-adiknya. Kini,mereka berempat berpelukan dengan erat sekali. Zayid yang menjadi penonton drama mereka mengukir senyuman kecil. Terasa gembira dilubuk hatinya ketika ini. Sungguh dia tidak akan sia-siakan Humairah sebagai pengasuh anak-anaknya. Walau bagaimanapun,masalah dia dan Humairah belum selesai. Habislah!
Kelihatan begitu cerianya mereka berempat. Semuanya sibuk melayan karenah masing-masing. Adapun,Humairah sedang bergurau senda bersama Zarif dan Umar. Manakala Aisyah pulak,menjadi pendengar cerita mereka. Penuh bingit segenap ruang bilik itu dengan gelak tawa. Entah apalah yang dibualkan hingga tercetus tawa itu.
Disebabkan hari ini,adalah cuti. Maka mereka memutuskan untuk meluangkan masa bersama Humairah yang masih belum sembuh sepenuhnya.
"HAHAHA. Okey dah,dah. Penat dah gelak. Sakit perut akak kalau macam ni." Adu Humairah dengan sisa tawa yang masih berbaki. Zarif sudah tersengih sumbing. Umar pulak dah serupa kerang busuk.
"Okey. Akak nak tanya sesuatu. Kenapa korang nakkan pengasuh baru? Kan kak Lilie boleh je jadi pengasuh buat korang." Soal Humairah ingin tahu. Dia juga tertanya-tanya akan itu.
Umar terdiam saat mendengar soalan daripada Humairah,begitu juga Aisyah yang tiba-tiba berubah riak wajahnya. Zarif masih tergelak kecil,mungkin tidak faham dengan soalan Humairah.
"Er..akak salah tanya ke? Maaf tau. Akak tak sengaja terluah soalan macam tu." Humairah menyambung kata-katanya saat melihat keadaan yang kian berubah. Adakah dia tersalah cakap atau mereka ada sesuatu yang nak diluahkan?
"Akak. Aisyah benci dia. Tolong jangan sebut nama dia dihadapan Aisyah." Ujar Aisyah tiba-tiba. Humairah sudah mengerutkan dahi. Kenapa?
"Umar pun tak suka dia." Umar juga berkata sama dengan kakaknya Aisyah. Humairah diam serta-merta. Otak memproses sesuatu.
"T-tapi kenapa?" Dengan berani Humairah bertanya lagi. Keluhan berat dilepaskan.
"Sebab dia kejam! Sama macam daddy." Balas Aisyah lantas bergegas keluar daripada bilik. Mungkin perasaannya tidak baik sekarang ini. Humairah merasa bersalah kerana bertanya. Namun,dia juga perlu tahu!
"Dia tak sama dengan sister. Umar harap dia kena pecat satu hari nanti." Kali ini,Humairah sudah membuntang luas matanya. Apa sebenarnya yang berlaku di rumah ini? Mengapa anak-anak mamat sombong tu bencikan Lilie? Dia dah buat salah besar ke? Patutlah kenapa Tuan Zayid perlukan pengasuh baru. Dan itu semua kemahuan daripada anak-anaknya. Siapa sebenarnya Lilie? Itu persoalannya.
Umar juga turut sama keluar daripada bilik. Kini,tinggallah Humairah dan Zarif sahaja. Humairah diam tidak berkutik. Mungkin sedang mengelamun keluar angkasa.
"Kakak Mairah! Kakak Mairah!" Panggil Zarif seketika mematikan lamunan Humairah. Dia kembali sedar lantas memandang kearah Zarif. "Ya Zarif kenapa?" Soal Humairah begitu melihat apa yang dimahukan oleh Zarif.
"Zarif nak makan boleh?" Pinta Zarif begitu comel sekali. Humairah bersama senyuman lebar mengangguk sekilas. Dia kemudian bangkit berdiri tanpa mengingati kakinya. Belum sempat Humairah memijak lantai,dia terlebih dahulu mengerang kesakitan.
"Ah aduh! Lupa kalau kaki akak sakit. Zarif can you help me? Boleh tak bawakan akak kerusi roda tu?" Humairah menunjukkan kerusi roda yang elok bersandar ditepi dinding. Sengaja Zayid menyediakan untuknya mudah berjalan bahkan untuk keperluan mandinya.
Zarif akur lantas membawanya kepada Humairah. Dengan itu,Humairah bebas ingin kemana-mana. Selepas sahaja duduk,Humairah membawa Zarif bersama ke meja makan yang terletak didapur.
"Hai kak Sara." Sapa Humairah ramah dengan senyuman manis. Kak Sara terperanjat lantas mengucapkan dua kalimah syahadah. Ambik kau. Siapa suruh bagi terkejut lagi!
"Heih,kamu ini Humairah. Nak apa? Kaki tu dah elok ke? Keluar selamba je ni mesti nak sesuatu kan." Teka kak Sara tepat sekali. Humairah tersengih lantas membalas. "Humairah nak bawa sikecil Tengku ni makan. Dia lapar katanya. Alhamdulillah semakin membaik rasanya. Hehe, tahu-tahu je kak Sara ni." Mereka berdua bersembang sementara menunggu makanan tiba. Zarif elok sahaja bermain dengan alat permainan sambil menunggu hidangannya.
"Erm,Tuan Zayid mana kak?" Soal Humairah sambil membawa anak matanya kesana,sini ingin mencari kelibat Zayid.
"Baru sahaja keluar. Nak jumpa kawan katanya." Balas kak Sara begitu ringkas. Humairah hanya mengangguk faham.
.
.
.Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.
632022
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...