Zayid dengan selamba membuka pintu bilik sakit Umar. Tersentak Humairah dengan kehadiran yang tidak dijangka itu. Cepat-cepat dia berdiri dari duduk,tanda sedang menghormati manusia dihadapan.
"Tuan. Err,nak jumpa Umar ke?" Soal Humairah ingin tahu. Dia hanya diam berdiri ditepi katil single Umar. Perasaan takut menyelubungi hati dan fikirannya.
Terjongket naik kening Zayid apabila mendengar soalan itu. "Hm. Aku nak bawa Umar balik rumah. Kau tolong jagakan dia dekat sana saja. Tak payah susah-susah nak bolak-balik ke sini." Balasnya sekaligus memberi penjelasan kepada Humairah.
Huh,tak sangka Zayid berkelakuan pelik hari ini. Ingatkan nak marah dekat Humairah.
"Kau buat apa tercegat dekat situ? Pergi kemas barang Umar." Zayid memberi arahan dengan kasar sekali. Terjongket naik bahu Humairah ketika mendengar arahan kasarnya itu. Ingatkan tak marah. Tapi,meluat pun ada bila pandang muka bengis dia! Tch,ingatkan Zayad ada sekali. Rupanya dia aje.
Humairah tidak membalas apa-apa,tangannya lincah melaksanakan tugas tersebut. Barang-barang Umar yang terletak diatas meja dicapai,termasuk beg sekolahnya. Eih,kejap. Beg sekolah? Mana beg sekolah Umar?
"Eh,daddy. Daddy nak buat apa?" Soal Umar pada Tuan Zayid yang elok membantunya untuk duduk.
"Duduk dulu. Kejap lagi doktor datang bantu Umar. Kita balik rumah je. Umar rehat dekat rumah ya." Balas Zayid lembut. Dia cuba menjadi seorang bapa yang prihatin. Cuma,terkadang dia lupa sahaja akan hal penting seperti itu.
"Hah? Betulkah daddy? Yeah! Seronoknya! Boleh jumpa Zarif dan kak Aisyah!" Kata Umar riang. Suka betul dirinya yang akan kembali pulang ke rumah semula. Ingatkan,dia akan menunggu dua hari didalam hospital bosan gila macam ni.
Humairah mengukir senyuman kecil. Hatinya berasa tenang tak terbilang. Mendengarkan itu juga membuatkan dirinya gembira. So proud of you Tuan Zayid. Kali pertama Humairah tersenyum disebabkan keprihatinan Zayid kepada anaknya. Humairah suka. Ya,dia suka akan hal seperti itu.
Suasana didalam ruangan tersebut kembali senyap seperti asal. Hanya bunyi enjin aircond yang kedengaran di kedua-dua belah telinga mereka.
Sehinggalah dua orang lelaki doktor datang ke bilik itu. Mereka menyediakan sebuah tempat buat Umar iaitu kerusi roda. Ya,Umar perlu duduk di kerusi itu sementara dia masih dalam keadaan sakit. Dia diperiksa seketika sebelum selesai membawanya pergi.
"Terima kasih doktor." Ucap Zayid akan perbuatan doktor tersebut kepada anaknya. Umar hanya diam diatas kerusi roda tersebut. Rodanya yang besar itu menarik perhatian Umar. Inilah kali pertama dia dapat naik kerusi yang boleh bergerak sendiri. Cuma perlu dorong aje. Wah,ni kalau main dengan Zarif dan kak Aisyah mesti best!
"Jom. Kita pergi kereta dulu." Ujar Zayid yang hendak mendorong kerusi roda itu kehadapan pintu. Ingin keluar daripada hospital ini. Humairah turut sama membuntuti dengan beberapa barang milik Umar,ditangannya.
Mereka berjalan seiringan menuju ke pintu lif agar lebih mudah untuk mereka bertiga sampai. Namun ketiga-tiga lif tidak terbuka. Hanya satu sahaja lif yang sedang bergerak turun ke bawah. Anak panahnya menunjukkan keatas serta-merta. Mungkin kerana butang yang terletak ditepinya ditekan berkali-kali oleh Zayid. Geram mungkin. Humairah hanya diam membisu.
Setelah menunggu hampir lima minit,kini lif terbuka dihadapan mereka. Zayid malas ingin berlama-lama di hospital ini. Rasa sakit kepalanya melihat manusia. Walhal dahulu,dia juga pernah ditahan di hospital bersama Zayad sekali. Yalah,waktu mereka bayi. Cumanya,bukan dekat hospital sini tempat lahirnya mereka berdua. Lif ditutup Zayid kemudian berdiri dibelakang Umar. Humairah pulak,hanya berdiri ditepi bucu lif itu. Agak terlindung sedikit dirinya dek kerana tubuh Zayid yang tinggi.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...