6 |Takdir Kau & Aku

324 10 0
                                    

Seketika merasakan sesuatu yang benar-benar menyakitkan pada tubuh badan Humairah,lantas membuatkan dia terjaga daripada pengsan yang begitu lama. Mata dicelikkan beberapa kali,sebelum ruangan bilik yang bercat putih itu diperhati. Sedikit terkejut Humairah ketika ini. Bagaimana mungkin dia boleh berada dikawasan hospital malah didalam bilik tanpa peneman pulak tu!

Humairah ingin bangkit menukar posisi baringnya ke posisi duduk bagi menyelesakan lagi tubuhnya. Namun sekelip mata sahaja terasa sakit dibahagian perutnya. Sakit tersebut cukup menggigit seluruh badan hingga Humairah tidak berdaya untuk bangun. Keluhan berat dilepaskan sebelum otak diperah berkali-kali tentang kejadian tadi.

"Aku accident ke tadi? Hah! Habislah. Macam mana ni,aku nak balik. Ya Allah,mesti abi dah risau sangat sekarang ni. Dah lewat malam! Ah sudah,bagaimana ni!!" Ucap Humairah sendiri. Dia panik bukan kerana dirinya sedang sakit. Namun, dia hanya risaukan abinya yang sendirian di rumah. Bagaimanapun dia tetap akan cari cara untuk keluar daripada hospital ni sekarang juga!

Wayar dicabut Humairah perlahan. Sesekali dia berteriak sakit namun kerana niatnya ingin keluar dari sini,tidak menjadi masalah buatnya untuk lari. Dengan perlahan-lahan Humairah membuka pintu bilik wat yang ditempatkan olehnya. Kepala dijenguk keluar ingin melihat jikalau ada sesiapa yang masih berkeliaran pada waktu pagi seperti ini.

Melihat tiada sesiapa dikawasan tersebut,Humairah melangkah keluar. Mata melihat kehulu hilir sebelum kaki berlari anak ke tandas wanita. Nafas ditarik kasar lantas tercungap-cungap risau. Humairah menyentuh perutnya yang semakin sakit. Dia mengetap gigi menahan. Paip dibuka lantas mencuci wajahnya tiga kali. Setelah selesai dari membasuh muka,Humairah mengorak langkah keluar. Dengan berhati-hati dia melintasi ruangan-ruangan lain.

Setibanya berhadapan dengan pintu lif, Humairah bergegas masuk kedalam. Bersama degupan jantung yang kian tidak stabil membuatkan Humairah harus bertenang buat seketika. Nafas panik dihembuskan berkali-kaki sehinggalah lif terbuka sendiri. Tujuan Humairah telah tiba saat ini. Dia perlu bergegas keluar sebelum ramai lagi yang mencari dirinya.

Dengan kelajuan yang Humairah ada disaat ini,dia berusaha berlari sekuat tenaga dan hati. Sakit yang kian terasa dibiarkan sahaja bahkan diabaikan oleh Humairah. Matlamat dia hanya satu,iaitu melihat wajah sang ayah agar tiada lagi kerisauan yang perlu ditanggung.

Kelihatan beberapa orang sedang berjalan ke hulu hilir. Tahulah Humairah bahawa mereka masih berkerja. Dengan berani Humairah berjalan menuju pintu keluar. Dia terpaksa bermain hide and seek demi abinya dirumah. Walaupun nampak lawak,tapi tidak bagi Humairah yang memerlukan permainan itu pada masa genting seperti ini.

Seorang doktor mendekati Humairah. Dengan perasaan takut,Humairah bersembunyi di balik dinding sebelum mengurut dadanya perlahan. Terjenguk-jenguk Humairah melihat ruangan tadi,manalah tahu doktor itu masih ada. Kan sia-sia saja usaha Humairah!

"Okey. Relax Humairah. Buat biasa je. Jangan pandang tempat lain melainkan pintu keluar. Alright let's go!" Bisik Humairah pada dirinya sebagai kata-kata semangat.

Dengan keberanian yang tinggi Humairah melangkah laju ke sebuah ruangan sebelum dia melepasi ke titik pengakhiran. Dia menunggu sabar sehingga mendapati kawasan di sini sunyi tanpa sebarang manusia. Jika dia melimpasi satu lagi ruangan,maka dia akan memperolehi hasil kejayaan.

"Here we go..."

Pintu keluar ditolak kuat oleh Humairah sambil mengendahkan sahaja pekerja-pekerja yang ada bahkan juga pesakit-pesakit yang sibuk mengaturkan segala kelengkapan mereka. Dengan senang hati Humairah keluar daripada hospital yang gila besarnya. Tidak pernah Humairah melangkah kaki masuk kedalamnya bahkan Humairah juga tahu dia tidak akan mampu membayar bil yang cekik darah seperti hospital ini. Gila bukan? Memang pun! Kerana ini hospital khas untuk orang kaya dan orang berada sahaja. Persoalannya sekarang,siapa yang hantar Humairah ke sini?

"Haha finally aku dapat berambus dari hospital cekik darah ni. Phew,sikit je lagi ketahuan. Tak apa, now masanya untuk balik." Kata Humairah lantas berjalan kaki ketujuan asalnya.

Telefon bimbit dicari-cari oleh Humairah. Kocek seluar bahkan diseluk,kemungkinan ada disana. Namun,hampa. Telefon tersebut tidak ada pada Humairah. Dan ketika ini dia buntu memikirkan perkara yang perlu dia lakukan demi sampai ke rumah abinya secepat mungkin.

Permasalahannya sekarang,bagaimana mungkin ada kenderaan seperti teksi atau grab pada jam 3 pagi! Semuanya pasti tidur mati. Humairah sekali lagi mengeluh. Sesekali dia menyesal dengan kelakuan tanpa berfikir. Lihatlah sekeliling yang masih gelap gelita. Hanya tiang-tiang lampu sahaja penerang cahaya.

Humairah masih berfikir sejenak. Jikalau dia kembali ke hospital? Maka semuanya akan baik-baik sahaja. Tapi,tidak pada abinya. Namun jikalau dia balik sekarang? Pasti menjadi susah dan akan memakan masa yang lama sebagai seorang pejalan kaki. Lagi-lagi dengan keadaan Humairah yang tidak stabil. Kesakitan pada tubuhnya masih tidak sembuh. Entah mengapa dia terlalu degil hingga keselamatan diri tidak dijaga.

"Apa aku perlu buat lepas ni? Jalan kaki? Okey. Aku boleh cuba. Come on Humairah. Chill je." Sekali lagi Humairah berkata dengan dirinya sendiri.

Tiba-tiba,sesuatu yang tidak diduga membuatkan Humairah menggigil ketakutan. Suara guntur tersebar di seluruh kawasan tersebut. Penuh bingit telinga Humairah dengan percikan guntur yang terlalu kuat bahkan kelihatan petir pada langit. Sudahlah malam,kemudian dilanda petir dan guntur. Selepas ini? Apa pulak ujian untuk si gadis Humairah.

Jelas ada sebuah pondok berdekatan untuk Humairah berteduh seketika. Humairah tidak menjamin bahawa dia akan selamat. Tapi,pada masa yang sama...dia juga perlu berlindung daripada guntur yang kian mengeluarkan petirnya.

Beberapa minit menunggu dengan posisi duduk,Humairah sudah kecewa dengan apa yang sudah dilakukan olehnya. Mengapa dia tidak bersyukur diberi tempat perlindungan? Tentang abi pulak,sudah semestinya dia selamat didalam rumah itu.

Hujan membasahi bumi dengan perlahan sekali. Sehinggalah beberapa saat kemudian,dia mulai berubah deras. Angin malam juga hadir membawa arus hujan ke arah Timur. Habis tempias hujan tersebut kearah Humairah. Walaupun dia sudah berteduh di balik pondok kecil,namun tetap sahaja dibasahi hujan lebat.

Dengan hati yang redha,Humairah mulai bernyanyi dengan sebuah lagu. Dia ingin menenangkan sedikit hatinya yang sedang sakit bahkan juga lemah.

Ini adalah salah satu daripada hobi dan sikap Humairah ketika hujan lebat turun dihadapan kedua matanya. Daripada kecil hingga dewasa,Humairah sudah terlatih bernyanyi sendiri,apalagi jika gitar ada bersama dengannya. Pasti lebih rancak lagu yang dinyanyikan.

"And the blood will dry..
Underneath my nails..
And the wind will rise up..
To fill my sails..
So you can doubt...
And you can hate...
But i know..no matter what it takes...
.•♫•♬•♬.♩.♪.♫·.¸¸.·♩♪♫♬.♩.♪.♫.•♫•♬•
I'm coming home,i'm coming home..
Tell the world i'm coming home..
Let the rain wash away..
All the pain of yesterday..
I know my kingdom awaits..
And they've forgiven my mistakes.."

Hujan yang begitu deras bahkan lebat sebentar tadi,mulai berhenti. Awan diatas langit kembali berubah cerah walau tidak kelihatan sama sekali. Humairah tersenyum kerana bantuan Allah. Tanpa membuang banyak lagi masa,Humairah berjalan ditepi jalan raya yang menempatkan lampu-lampu diatasnya. Cukup membuatkan Humairah tersenyum suka. Tiba-tiba sahaja ada kejadian seperti itu? Huh,pelik.

.
.
.

Terima kasih atas masa yang sudah diluangkan.. Jazakumullahu Khairan Katsiran semua.. barakallahu fikaa 💗😭

27022022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now