45 |Takdir Kau & Aku

218 6 0
                                    

Tiga buah bilik dikerling sekilas sebelum keluhan berat dilepaskan. Setelah sekian lama menanggung rindu. Kini Zayad kembali semula untuk mengambil tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada abangnya. Dia perlu mengakhiri amanah itu,kerana semuanya telah berakhir. Dia perlu teruskan hidup walau apa jua halangan sekalipun. Dia nekad untuk berterus terang dengan semua orang,termasuk Humairah sendiri.

"Papa minta maaf sebab tak hadir dalam hidup kamu selama setahun. Papa akan hadirkan kembali kebahagiaan yang hilang. And will never waste that time." Ujar Zayad bersama senyuman pahit. Tanpa dia sedari,sepasang mata sedang merenung dirinya dengan mata yang terbuntang luas. Menggeletar seluruh tubuhnya saat itu.

"T-tengku Z-zayad!" Ucapnya bersama bibir yang terketar-ketar. Zayad yang mendengar panggilan itu pantas membalikkan badan. Mata mencerlung kearah susuk tubuh yang amat ia kenali.

"Assalamualaikum Kak Sara. Nice to meet you huh?"  Balas Zayad sambil tersengih kecil. Tidak menyangka bahawa pembantu rumah abangnya masih setia sampai kini. Kak Sara kelihatan semakin berumur. Zayad menghormati kak Sara kerana wanita itulah yang dahulunya juga menjadi pembantu buat anak-anaknya. Sungguh dia amat menghargai pengorbanan kak Sara. Ingatkan,tak jumpa lagi.

"T-tengku Zayad? Benar kah itu kamu. Waalaikumussalam." Jawab kak Sara masih merasa ragu-ragu. Tubuhnya juga semakin tenang. Apakan tidak, hampir-hampir dia ingatkan bahawa Zayad adalah hantu! Mulut dia tadi elok terkumat-kamit membaca sesuatu. Haih,budak bertuah Zayad tak pernah berubah! Suka buat orang naik darah.

"Hm. Tak percaya ke kak Sara?" Zayad ingin memberitahu kebenaran bahawa dia masih hidup dan bernyawa. Tolonglah jangan anggap dia ni hantu! Lagipun,terik matahari masih kelihatan lagi ni. Agak-agak lah hantu keluar pagi-pagi. Itu hantu yang berani mati awal je tu.

"M-macam mana kamu boleh—bukankah kamu dah—"

"Hidup? Mati?" Pintas Zayad kemudian berlalu ke sofa. Punggung dilabuhkan keatasnya sebelum memandang kak Sara yang masih sahaja berdiri tidak berganjak walau seinci. Sesekali nafas kesal dihela. Inilah kenapa Zayad malas nak tunjuk muka. Sah semua orang nak bertanya,semua orang sukar untuk percaya! Bagi terang pun macam tak ada guna.

"Kematian tu cuma palsu kak Sara. Zayad masih hidup lagi. Ajal tak sampai." Selamba sahaja Zayad memberi keterangan. Kedua-dua belah kaki dinaikkan keatas sofa. Bantal kecil khas buat sofa tersebut dicapainya sebelum menutup mata dengan rapat.

Terkebil-kebil kak Sara memandang perilaku yang masih sama itu. Benarlah! Adik Tengku Zayid masih hidup. Kematian palsu? Apa maksud dia?

"Hah? Kamu biar betul Tengku. Tengku Zayid dah tahu ke pasal ni?" Soal kak Sara risau. Kaki dibawa melangkah kearah dapur dek kerana tiada balasan daripada Zayad. Dengkuran halus bergema diseluruh telinga. Kak Sara hanya menggelengkan kepala. Tak berubah langsung perangai dia. Padahal,masih sahaja seorang bapa. Tapi gaya? Macam kanak-kanak.

"Haih,lengkap semula keluarga ni." Bisik hati kak Sara sambil tersenyum lebar. Sungguh gembira hatinya melihat kehadiran itu. Tidak disangka Zayad akan kembali? Padahal,semua tu cukup mustahil!

"Eh. Tak ada yang mustahil bagi Allah Sara. Kau patut bersyukur,bukan mempersoalkan takdir Tuhan." Omel kak Sara,ketika fikiran pelik tersebut berlegar di mindanya.

Zayad yang menekup wajahnya menggunakan bantal sofa,merasa rimas akan gangguan seseorang. Telinganya juga hampir pecah dek kerana teriak kuat orang itu. Haih,baru nak rehat. Sudah di kacau oleh makhluk ni.

Bantal dijauhkan dari wajahnya. Kemudian mencelikkan mata. Seorang anak kecil direnung dengan penuh perasaan gembira. Bibir mengukir senyuman dalam apabila melihat susuk tubuh Zarif yang masih merenung dirinya sedalam yang mungkin.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now