7 |Takdir Kau & Aku

322 9 0
                                    

"aku dah suruh kau orang kawal hospital ni!! Habis sekarang,nak buat macam mana bila dia dah hilang? Tengok CCTV pun tak berguna. Kita tak tahu tempat tinggal dia!" Marah Zayid hampir mencengkam leher pekerja di hospital tersebut. Baru sahaja dia ingin berehat tidur,namun tiba-tiba ada panggilan dari hospital bahawa pesakit yang dilanggar olehnya hilang. Mereka yakin orang tersebut melarikan diri. Entah mengapa.

"Maaf Tengku. Kami tak perasan pun dia melarikan diri. Kami dah usaha mencari dia tapi tidak ada sesuatu yang kami boleh tahu melainkan nama dia sahaja." Balas pekerja di situ. Mereka hanya tunduk tanpa memandang wajah bengis Zayid.

"Habis yang tu apa? Lembab betul kamu orang ni. Pergi lah periksa beg dia! Itu pun nak aku yang arahkan dulu,baru kamu orang bergerak?!" Suara Zayid tinggi satu oktaf. Seketika ruangan tersebut senyap tanpa bunyi. Tahulah mereka bahawa Zayid mengamuk macam mana. Kalau boleh,semua disalahkan olehnya.

"Baik Tengku." Kata salah seorang kemudian bergegas kearah beg tangan yang lusuh itu lantas memeriksa dalamnya. Terdapat sebuah telefon dan beberapa keping kertas yang tidak begitu penting. Zayid yang melihat pantas mendekati. Telefon dirampasnya daripada tangan pekerja itu.

"Tahu pun berkerja tu macam mana." Perli Zayid seketika. Jari-jemarinya sudahpun bermain-main di skrin telefon milik perempuan yang hilang tadi.

"Seriously...zaman batu mana pulak dia guna ni. Apasal murah sangat telefon ni. Anak aku pun tak ingin telefon buruk macam ni." Hina Zayid selamba. Pekerja yang masih berdiri dihadapan Zayid tertawa kecil. Mungkin terasa lawak dengan ejekan Zayid tadi.

"Apa? Kau rasa lawak ke? Baik kau diam sebelum aku arahkan kau pulang terus dan tak akan pernah kembali ke sini." Ugutnya kejam. Ini Zayid lah. Dengan pangkat sahaja dia berlaku kejam seperti ini. Tch,kalaulah dia boleh rasa hidup orang-orang yang sederhana. Pasti dia takkan sanggup bahkan tidak kuat untuk hidup. Sombong nak mati!

"Err,maaf Tengku." Muka bersalah ditayang oleh mereka.

Zayid masih mencari cara untuk mengesan keberadaan manusia yang sudah membuatkan amarahnya membuak. Pantang sekali Zayid melihat orang seperti itu dihadapannya. Ini kali pertama dan akan menjadi kali terakhir buat Zayid.

"Okey. Kamu orang pergi lokasi ni. Follow aku." Arah Zayid seketika,saat mendapati lokasi sebenar Humairah. Bibir mengukir senyuman paling kejam hingga pekerja-pekerja yang berlalu-lalang dengannya hanya tunduk takut.

"B-baik Tengku." Pekerja tersebut akur lantas bergegas turun kebawah menggunakan lif pekerja.

Sebelum Zayid melangkah keluar daripada hospital,beg tangan wanita yang bernama Humairah dibawanya dengan riak wajah paling pelik yang ada dalam dunia. Tahulah geli! Tapi cubalah buat cool sikit. Tak gentleman betul dia ni!

"Woi. Bawa beg ni. Aku tak reti nak sentuh beg kotor macam tu." Ucap Zayid begitu jijik. Mengapa ada manusia yang hidup seperti ini! Geram betullah. Pekerja yang selalu ada disisi Zayid hanya akur dengan suruhan bosnya itu. Apabila beg bertukar tangan,pekerja itu baik-baik sahaja. Tidak sakit bahkan mati. Zayid je mengada lebih!

Setibanya dihadapan rumah yang begitu kecil bahkan sudah semakin usang membuatkan Zayid sedikit geli ingin melangkah masuk. Dia hanya keluar daripada perut kereta. Diikuti dengan pekerja-pekerja yang lain.

"Kamu orang pergi masuk sana. Kata pada orang yang ada dalam tu,Tengku Zayid nak seorang perempuan keluar pergi jumpa dia dekat sini. Faham?!" Arah Zayid dengan nada yang begitu mendatar. Pekerjanya hanya mengangguk faham lantas bergegas masuk ke kawasan rumah tersebut.

Zayid hanya memerhati dari arah luar.

Terjaga Humairah daripada tidurnya yang tidak begitu lama sejak mendengar panggilan daripada abinya. Kaki bergegas keluar daripada bilik bersama tudung sarung yang tidak terurus.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now