60 |Ending

686 10 3
                                    

"Aku terima nikahnya Humairah Zahra Binti Hasyim, 10 ribu ringgit tunai."

"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Saah!"

"Alhamdulillah."

Doa dipanjatkan. Semua menadah tangan.

"Amiin ya Rabbal Alamin."

Pembatalan wudhuk dilakukan.

Benarlah kata hatinya. Bahawa kehadiran jejaka tersebut adalah takdir yang paling indah dia pernah rasa.

"Tak sangka aku dah sah jadi isteri kepada Tengku Zayid Aariz bin Tengku Harith yang dahulunya suka buli aku. Garang dengan aku. Suka sakitkan hati aku. Suka dingin dengan hati aku. Kisah ni nampak macam cerita dongeng pun ada."

"Semoga bahagia hingga ke Jannah sahabat kesayangan aku! Eiii,tak percaya je kau dah sah isteri dia. Haduh,mesti cair kan hari-hari kau oleh ayat manis dia." Bisik Hajar. Dia daripada tadi sibuk mengusik Humairah.

"Janganlah takutkan aku." Balas Humairah sambil tersenyum kecil. Sahabatnya memang nak kena betul! Masa macam ni juga dia pergi main-main dengan Humairah.

Zayid segera duduk dihadapan Humairah.

"Assalamualaikum my only wife." Bisik kecil lelaki itu kepada Humairah.

"Ehem. Waalaikumussalam." Balas Humairah agak sedikit menggeletar. Dia malu,ditambahkan pula perasaan takut. Ahhh! Zayid ni terlalu kacak tahu tak. Sakit jantung aku.

Cincin disarung ke jari manis Isterinya. Humairah juga melakukan perkara yang sama. Dia dengan pantas mencium tangan suaminya penuh makna. Air mata hampir membasahi pipi. Terharu!

Zayid menyeka air mata isterinya yang mengalir turun perlahan demi perlahan. Dia mencium dahi Humairah lembut sahaja. Seketika dia berbisik sesuatu.

"Thanks sayang. Saya janji akan jaga sayang sampai nafas terakhir saya. Semoga Allah menjadikan hubungan rumah tangga kita kekal bahagia hingga ke syurga-Nya."

Lagi dan lagi Humairah ingin menangis. Terharu betul dengan sisi lembut Zayid! Dia seolah-olah cair dengan kelakuan itu. Bertambahlah cintanya pada lelaki yang bernama Zayid Aariz.

"Yeayyy!" Teriak Zarif bersama adik beradiknya yang lain. Gembira melihat pasangan romantik itu.

Humairah hanya tersenyum menahan malu.

"Welcome to my family."

"Moga Humairah dapat menjalankan tugas sebagai isteri solehah pada anak mummy ya sayang." Kini Tengku Munirah pulak mencium dahi menantu keduanya. Sudah lama dia tidak ada menantu sejak kehilangan satu-satunya menantu paling baik dia pernah ada. Adakah kehadiran Humairah ini penggantinya?

"InshaAllah mummy. Terima kasih terima Humairah dalam hidup mumy. Dalam keluarga mumy." Balas Humairah lantas memeluk tubuh wanita itu. Dia menangis dalam pelukan Tengku Munirah.

"Dah. Jangan nangis. Hilang seri tu karang." Usik Tengku Munirah kemudian meleraikan pelukan. Humairah hanya tersengih kecil.

"You look pretty." Ujar Zayad kemudian tersenyum lebar.

"Thanks Zayad." Balas Humairah agak sedikit janggal. Janganlah puji dia. Kang dia kembang semangkuk pulak.

"You perempuan pertama yang pernah jatuhkan ego abang I. Hebat eh." Puji Zayad lagi. Dia tersenyum lebar.

Humairah hanya membalas senyuman itu. Dia tidak tahu ingin berkata apa lagi.

"Bro. Lama tak jumpa." Seseorang mencelah.

"Fuyo,congrats jadi isteri kawan aku. Tak sangka akhirnya dia dapat cinta semula. Ingatkan tak tahu apa erti cinta." Perli Wais yang juga ada di sini. Zayid lah yang menjemput dia agar hadir di majlis nikahnya. Kalau tidak,sampai ke sudah lelaki itu tidak muncul-muncul.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now