10 |Takdir Kau & Aku

301 10 0
                                    

"Kakak Mairah?!"

Zarif hanya diam memerhati Humairah yang sedang mengkibar-kibarkan  bajunya. Dia hanya tayang wajah bersalah dalam seumur hidup. Hinggalah Humairah sendiri menegurnya.

"Hai Zarif. Terkejut tak? Kenapa muka masam je tu?" Soal Humairah pada saat melihat wajah cemberut dari Zarif. Dia masih saja tidak tahu apa yang dirasakan oleh Zarif ketika ini. Lagi pula,Humairah tidak kisah mengenai bajunya yang basah. Benda dah berlaku. Jadi,tidak perlu lagi dibesarkan.

Zarif masih diam tidak berkutik. Sekali lagi Humairah menegurnya,namun dengan cara paling comel sekali.

Humairah tunduk mencangkung dihadapan Zarif lantas memberikan pelukan hangat. Tidak kisah mata-mata manusia yang memandang dia. Kerana Humairah benar-benar rindu akan budak yang bernama Zarif ni.

Zarif yang sedar pantas membalas pelukan Humairah. Pelukan berpaut hangat sebelum dileraikan oleh Humairah. Mata memandang Zarif tajam.

Kedua bahu Zarif dipegang Humairah lantas bersuara. "Hei,kenapa ni? What's wrong dear?" Tanya Humairah begitu lembut. Mata tidak lari dari memandang Zarif yang begitu kacak. Melihat sahaja dia mengguna uniform sekolah. Menyerlah betul kekacakan dia. Tidak ganjil lah bila lihat bapa dan anak sama sahaja rupa mereka.

Zarif tunduk memandang bawah. "Zarif minta maaf kakak. Zarif tak sengaja pun tumpahkan air pada baju kakak." Akhirnya dia bersuara dengan perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Humairah yang berada dekat dengannya.

Humairah tersenyum kecil sebelum mengangkat kepala Zarif memandang dirinya. "Maaf diterima." Balas Humairah lantas bangkit berdiri. Tangan dihulur kepada Zarif.

Zarif yang sudah faham melompat girang. Tangan Humairah dicapainya sebelum mereka berdua berjalan bersama. Gembiranya Zarif ketika ini,tiada sesiapa yang tahu melainkan Humairah. Ceria benar wajahnya.

"Kenapa kakak ada dekat sini?" Soalnya begitu petah. Humairah mematikan langkah,kemudian memandang tepat wajah comel Zarif.

"Rahsia..." Kening dinaikkan berkali-kali sebelum bibir mengukir senyuman paling manis hingga timbul kedua lesung pipinya. Zarif mencebik sambil memeluk tubuh.

"Amboi. Cakap rahsia dah merajuk ke? Okey,fine. Kakak balik sorang jelah. Kalau ada sesiapa pergi culik Zarif,kakak tak nak tolong." Ujar Humairah begitu dengan nada gurauannya. Zarif tetap pada dirinya. Diam tidak berganjak.

"Yelah. Kakak kerja." Balas Humairah terus terang. Tapi masih tidak diberikan jawapan dari Zarif. Sesekali Humairah menghela nafas panjang.

"Kerja sebagai, pengasuh kepada anak-anak Tuan Zayid." Sambung Humairah saat melihat Zarif yang masih diam.

"Pengasuh ayer?" Soal Zarif yang akhirnya telahpun bersuara.

"Haah. Tiba-tiba je." Kata Humairah meyakinkan.

"Yeh!! Sayang daddy! Tak sabar nak jumpa daddy!" Secara tiba-tiba Zarif berubah bahagia. Ya,dia kembali ceria seperti tadi. Tangan Humairah dicapainya lantas dibawa pergi dengan tujuan kembali pulang kerumah.

Tercelit rasa tenang pada hati Humairah. Sungguh dia memang tidak ingin pun berkerja dirumah mamat poyo tu. Tapi,melihat sahaja Zarif membuatkan hati Humairah luluh. Begitu melihat Zarif,Humairah terus berubah suka. Walhal dia benci duduk dalam rumah ketat seperti ini.

Setibanya dihadapan pintu utama, Humairah membuka pintu tersebut sebelum menolong Zarif yang sedang membuka kedua-dua kasutnya.

Selesai sahaja,Humairah melepaskan pimpinan tangannya tadi. Belum sempat dia melangkah masuk kedalam rumah,pantas ditegur oleh suara yang tidak janggal lagi.

"Siapa bagi kau balik lewat macam ni? Anak aku tak pernah pulang ke rumah sampai pukul 2! Apa kau buat? Pergi merayau dekat mana? Kau tahu,aku paling pantang anak-anak aku balik kurang daripada masa yang sudah aku tetapkan. Dan sekarang dah melebihi batas!" Penuh bingit segenap ruang tamu oleh suara tinggi yang sudah naik dua oktaf. Zayid memandang Humairah kecik besar je. Dingin dan keras pada wajahnya usah dikata. Tidak diminta pun akan tecerlah sendiri.

Dengan pernafasan yang begitu sesak membuatkan Humairah ingin menangis dihadapannya. Mengapa dia perlu marah tanpa tahu sebab sebenar?! Mereka balik lewat bukan kerana sebab yang tidak munasabah,tapi disebabkan oleh air yang tumpah pada baju Humairah membuatkan masa terbuang begitu lama. Ya,dia terpaksa mengeringkan baju tersebut. Kerana jika tidak,baju itu akan mendedahkan bentuk tubuh Humairah. Sudahlah air yang tumpah pada bajunya bukan sedikit,malah lebih banyak daripada itu.

"Kenapa diam? Sebab kau tahu,kau bersalah?" Perli Zayid yang melihat Humairah diam sahaja. Dia masih berang ketika ini.

Tiba-tiba seseorang mencelah kuat. Habis penuh ruangan tamu tersebut dengan suaranya. Bapa dan anak sama sahaja. Tapi baik dan jahat tu berbeza.

"Daddy! Janganlah marah dia! Semuanya salah Zarif lah daddy. Kalau bukan sebab Zarif,mesti kami dah sampai awal." Katanya begitu menjelaskan. Berubah air muka Zayid ketika mendengar Zarif yang sedang mempertahankan. Zayid merasa pelik seketika. Tidak mungkin anaknya boleh berubah seperti ini. Zarif yang dia kenal tidak pernah mempertahankan sesiapa. Bila orang tu salah dihadapan matanya,pasti dia biarkan sahaja. Tapi waktu ini?...

"Daddy. Zarif tertumpah kan air pada baju Kak Mairah. Lepastu Zarif tunggu kak Mairah untuk keringkan baju dia. Lepastu barulah kami pulang ke rumah. Apa yang lewat daddy! Zarif tak suka daddy. Zarif ben—" belum sempat Zarif menghabiskan ayatnya,Zayid terlebih dahulu bersuara.

"Bawa dia masuk ke bilik." Arah Zayid kepada Lilie yang selalu menjadi penolongnya. Setelah itu,mata merenung kearah Humairah. Habis berpeluh-peluh gadis itu.

"Daddy tak nak! Kak Mairah tak salah daddy!! Zarif yang buat masalah. Daddy!! Za—" terpekik-pekik Zarif apabila tubuhnya diangkat masuk kedalam bilik sebelum dikunci oleh Lilie daripada luar. Sedikit terkejut bahkan tergamam Humairah melihat keadaan sekarang. Mengapa bapa sendiri perlu sekejam ini!!

"Aku tak puas lagi dengan kau ni. Apa kau ingat,dalam rumah ni sesuka hati saja ke nak buat?  Lain kali tanya Lilie atau aku! Bukannya buat sesuka hati tanpa arahan. Kau ingat sini baik-baik. Dalam rumah ni ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat dan tidak dibenarkan untuk buat. Kau boleh tanya Lilie. Bukan diam macam ni!" Semakin tinggi suara Zayid. Dia melangkah mendekati Humairah yang masih diam berdiri.

"Kau tak ada telinga ke?" Dia masih membahas dengan penuh kekerasan. Humairah tidak tahan lagi lantas membuka mulut.

Kelihatan gembira diriak paling dalam wajah Lilie. Suka benar dia,jika Humairah dimarahi. Lilie yang melaporkan kejadian tersebut kepada Zayid. Itulah mengapa dia terpaksa balik kerumah. Dan kerana tekanan daripada kerja terbawa-bawa oleh Zayid. Maka habis semuanya terlempar pada Humairah gadis yang malang.

"Habistu? Lepaskan lah saya! Awak boleh pecat saya dihari pertama! Saya tak hadap lah duduk bekerja dengan orang macam awak! Langsung tak ada adab! Ya,awak ada kuasa dan pangkat. Tak macam saya,manusia yang biasa. Tapi salahkah manusia biasa macam saya ni dipandang rendah? Awak boleh berfikir guna akal. Tapi disebabkan awak terlebih sombong dan berlagak hebat,awak jadi bodoh!" Marah Humairah dengan penuh perasaan benci. Dia berpaling kebelakang lantas keluar berlari daripada rumah. Air mata diseka perlahan. Sakitnya hati Humairah tidak ada sesiapa yang akan rasa. Dia benci orang seperti Zayid! Kalau dia diberi peluang untuk membunuh lelaki tersebut. Sudah tentu akan dia laksanakan! Tapi dia tidak mampu melanggar perintah Tuhan. Semiskin-miskin Humairah,dia tidak akan benarkan orang pijak kepala dia. Baik engkau berhati-hati.
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua 😍💗.

432022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now