50| Takdir Kau & Aku

249 6 0
                                    

Air mata berjujuran membasahi pipi. Mendengar berita buruk tersebut membuatkan hatinya retak tidak ingin menerima. Tersedu-sedan Humairah menahan rintih yang perit untuk dia lafazkan. Cukuplah semalam dia termenung melihat bulan. Rindu dengan sang ayah yang keseorangan tanpa peneman. Humairah sedar dia adalah seorang anak yang tidak berguna. Dia cuba untuk tunjukkan bahawa dia kuat. Namun hampa. Itu cuma hayalan.

Kejadian pagi tadi membuatkan Humairah ingin pitam menyembah tanah. Sungguh berita itu sangat-sangat menghiris hatinya. Besar sungguh ujian Tuhan untuknya. Tidak ada lagi yang Humairah mampu teruskan. Hidupnya terlihat kosong. Semua bagaikan satu cerita yang dia sendiri tidak mampu tafsirkan.

Pagi tadi,umi tiri Humairah baru sahaja mendailnya melalui talian tentang keadaan Tuan Hasyim. Kerana itu,Humairah bergegas datang ke tempat mereka.

"Kau kena redha dengan semua ni Humairah." Nasihat Zayid ikhlas bahkan lembut sahaja nadanya. Dia faham apa yang dirasakan oleh gadis itu. Dialah yang menemani gadis itu sepanjang masa. Daripada rumah mummy nya,hingga mereka berdua tiba di hospital ini.

Humairah menggelengkan kepala begitu lemah sekali. Air mata diseka perlahan. Fikirannya berbelah bagi. Siapa selepas ini yang akan menemaninya? Yang akan bergelak tawa bersamanya? Bersenda gurau dengannya? Yang menatap dirinya dengan kasih sayang? Mengapa terlalu awal abinya meninggalkan dia seorang-seorang di dunia kejam ini? Mengapa abinya tidak membawanya bersama? Mengapa perlu dirinya yang terseksa. Sungguh Humairah mula menyalahkan takdir.

"Kenapa abi perlu tinggalkan saya. Kalaulah saya sempat jenguk dia. Mesti seronokkan. Kalaulah saya dapat jaga abi setiap hari. Mesti semua ni takkan terjadi. Kalau saya tinggal bersama abi seperti biasa. Mesti semuanya takkan berlaku. Tuan sukalah lihat saya menderita kan. Tuan seronok lihat saya tak ada sesiapa sekarang ni. Tuan suka menyeksa saya. Dengan syarat tak guna tu,Tuan mesti gembira sekarang. Sebab saya dah tak ada tempat tinggal,tak ada peneman,tak ada keluarga. Tuan boleh arah saya seolah-olah saya pekerja Tuan setiap masa. Tuan memang kejam kan! Kenapa Tuan tak pernah pun terfikir apa yang akan berlaku kepada abi saya. Tuan cuma fikirkan diri Tuan! Tuan selfish! Kalaulah saya ditakdirkan untuk tak bertemu dengan Tuan. Pasti semua takkan terjadi macam ni! Hikss,saya nak berhenti kerja Tuan Zayid." Humairah menekup kedua matanya menggunakan tangan. Dia kembali menangis teresak-esak seperti anak kecil yang dipersalahkan. Dia agak terlanjur berbicara melalui apa yang terlintas di hatinya,bukan mindanya. Dia mula mempersoalkan semua.

"Tak. Aku tak benarkan kau berhenti kerja dengan aku." Balas Zayid agak mendatar. Hilang terus kelembutan dia. Rambut diraup kebelakang. Haih,dia perlu memainkan peranan. Humairah tak betul sekarang ni. Dia perlukan peneman. Dan peneman itu adalah kau Zayid.

"Saya tak pedulilah Tuan nak atau tak nak. Yang saya tahu,saya akan pergi dari hidup terseksa ni. Tolong,jangan seksa hati saya Tuan Zayid. Cukuplah saya menderita disebabkan kekejaman yang Tuan cipta. Jangan sebab Tuan ada niat lain,Tuan boleh buat sesuka hati!" Bentak Humairah tidak senang dengan balasan dari Zayid. Semakin sakit hatinya mendengar kata-kata itu. Mengapa lelaki seperti Zayid ada dalam hidupnya? Tolonglah dia ingin menjauh dari lelaki itu.

"Humairah. Please listen. Kau akan tenang hidup dengan aku. Tolong jangan pergi. Kau je satu-satunya boleh bantu aku. Kalau kau pergi siapa nak jadi peneman aku?" Balas Zayid agak berbeza dari dirinya yang selalu dingin dengan gadis tidak bersalah ini. Ya,dia mungkin akan hilang akal jika Humairah tidak ada dihadapan mata.

Terhenti tangisan Humairah saat mendengar kata-kata lelaki itu. Di menyeka air mata tadi. Perlahan-lahan kepala diangkat ingin memandang wajah tampan lelaki seperti Zayid.

"Tuan ingat saya nak ke? Lepas apa yang Tuan seksa saya. Tuan nak saya,tinggal bersama Tuan untuk hadapi seksaan ini lagi? Tuan gila ke?! Berhenti Tuan Zayid. Tolong jangan beri harapan palsu pada saya."  Ujar Humairah lantas bangkit berdiri ingin meninggalkan Zayid. Namun tangannya terlebih dahulu direntap laju sebelum digenggam erat oleh Zayid.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now