38 |Takdir Kau & Aku

198 6 0
                                    

Kaki melangkah begitu pantas ke perkarangan sekolah. Zayad masih menunggu kejadian tersebut berlaku. Kereta yang berwarna hitam dibawanya hingga ke hujung sekolah. Sambil-sambil melihat jika mereka masih membuli Umar dengan teruk!

Mata mencerlung tajam pada tiga orang murid yang sebaya dengan Umar. Kelihatan begitu besar tubuh badan mereka. Cumanya,hanya seorang sahaja pelajar yang tinggi namun kurus bagaikan lidi. Tak,gurau-gurau.

Zayad memerhati dari ekor mata. Dia masih bersabar dengan kelakuan mereka.

Tiga orang pelajar tadi,elok membawa Umar untuk mengikuti mereka sekali. Hutan tempat di tuju. Memandangkan hanya di sana sahaja kawasan yang senyap bahkan semak dan sukar untuk manusia mengetahui. Bukan main terer lagi pembuli itu.

Zayad tak puas hati dan hampir menggugat iman kesabarannya. Melihat Umar yang belum masuk ke dalam sekolah,membuatkan hatinya membara. Mengapa Umar? Mengapa bukan orang lain! Mengapa abang sendiri susah nak menjaga anak-anaknya! Semua berlaku kerana satu kesalahan. Ya,Zayad sedar dia telah menyembunyikan hidupnya tanpa pengetahuan sesiapa melainkan hanya Humairah sahaja. Itu pun,perlu berapa lama.

"Arghh!" Stereng kereta dipukul kuat. Tertekan dengan diri sendiri. Zayad dibuai dengan perasaan penuh bersalah.

Umar diheret oleh mereka bertiga bagaikan sedang mengheret mayat. Kasihan Umar. Beg sekolahnya juga hampir-hampir tidak kelihatan dek kerana penuh dengan tanah yang basah. Baju sekolah Umar juga semakin comot dengan lumpur. Dia terlihat lemah saat ini.

Mata Zayad berubah merah. Dia pantas keluar daripada kereta. Punat kunci ditekan kemudian melangkah ke arah pembuli-pembuli tersebut. Zayad diselubungi rasa marah,sedih,kecewa,bersalah,risau dan banyak lagi. Dia takkan berdiam diri.

"Papa comming for you son."

"Hahaha rasakan ni!" Kedengaran suara gelak tawa hambar mereka.

"Tolong. Tolonglah,saya tak mampu dapatkan duit banyak macam tu!" Umar merengek meminta tolong. Jelas di wajahnya sayu.

"Hahahaha. Kau nak minta tolong? Apa? Tak dengar." Perli seorang lelaki dengan ejekan kasarnya.

"Tolong. Saya tak ada duit banyak tu lah!" Balas Umar mendatar. Habis pecah suaranya saat ini. Dia betul-betul memerlukan bantuan. Sesekali berharap,agar Humairah kembali datang menolongnya.

"Kau tak ada duit. Jadi,lebih baik aku pergi bunuh kau saja. Betul tak? Kan kau tak ada duit. Macam mana boleh survive? Hah? Macam mana? Cuba kau beritahu aku." Seorang lagi berbicara seolah-olah sedang bermain dengan Umar. Kalah psycho!

Umar hanya merintih meminta pertolongan. Dia tak mampu lagi melawan. Cukup. Dia lemah.

"Oi. Kau dengar sini. Aku dah bagi pesan kelmarin suruh sedia duit tu. Yang kau tak bawa apasal? Memang nak mati awal ke?
PAP! BUK!

Satu tumbukan kuat terkena tepat pada dada Umar. Dan itu amat menyakitkan walaupun hanya menumbuk sederhana,tetap sahaja kesakitan berleluasa. Umar mengerang kesakitan. Sesak dadanya saat ini.

"Tch,sakit? Kau yang buat salah. Pandai tanggung!"
BUK!

"Ahhh s-sakit!"

"Rasakan! Makan ni!"

"Woi!" Satu suara garau terdengar kuat di pelosok telinga. Penyeksaan berhenti kerana suara tersebut. Mereka berpaling memandang belakang. Perasaan risau terbit dihati para pembuli. Tak sangka ada manusia yang melihat kelakuan mereka! Habislah.

"Lari!lari!lari!" Jerit seseorang mungkin ketua mereka berdua. Dengan larian lintang-pukang mereka keluar daripada hutan tersebut. Jelas mereka takut. Tapi tidak semudah itu mereka boleh melarikan diri daripada lelaki seperti Zayad. Kau buat hal,sampai ke lubang cacing kau merana!

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now