15 |Takdir Kau & Aku

279 8 0
                                    

"Abi betul ni tak apa? Humairah risau dekat abi tahu tak. Abi nak duduk mana lepas ni? Dekat rumah umi? Huh,nak harap dia pun tak ada gunanya. Macam ni lah abi,setiap hari Humairah akan hantarkan abi makanan. Jangan risau yang lain Humairah sendiri bagi settle. Sewa rumah pun biar Humairah tanggung. Abi cuma jaga diri je okey." Katanya begitu sedih saat memikirkan hidup Tuan Hasyim selepas ini. Siapa lagi yang akan menjaga abinya jika dia akan menetap di sana? Mengharapkan isteri ke-dua pun tidak berguna apa lagi nak harap dia beri Tuan Hasyim perlindungan? Lupakan. Humairah sayu memandang wajah abinya lantas memeluk erat tubuh Tuan Hasyim. Hingus ditarik kasar oleh Humairah. Kenapa lah waktu macam ni jugak engkau nak keluar hiksss. Setelah merasa tenang,Humairah meleraikan pelukan. Sekali lagi dia pandang wajah Tuan Hasyim dengan senyuman pahit.

"Abi jaga diri baik-baik tau. Jangan buat Mairah risau. Humairah hari-hari akan tanya khabar abi. Jangan cuba-cuba keluar untuk dapatkan kerja. Abi tak payah risau pasal Humairah. InsyaAllah semuanya dalam perlindungan Allah. Abi just take care yourself. Humairah dah nak pergi ni. Assalamualaikum abi." Ujar Humairah buat kali terakhir. Selepas ini,dia mungkin akan sibuk dirumah sana sebagai pengasuh dan pekerja Tengku Zayid. Tiada lagi masa untuk berbual bahkan bergurau senda bersama abinya. Benarlah kata orang. 'jangan sia-sia kan masa yang ada. Kerana boleh jadi,itulah masa terakhir kita merasa kebahagiaan.' Humairah redha jika ini jalan untuknya. Lagi pula,semuanya untuk kesenangan Tuan Hasyim sendiri.

"Ya Zahra. Abi baik-baik sahaja. Kamu pergilah. Kerja elok-elok. Jujur dan ikhlas jangan lupa. Kita berkerja bukan kerana ingin sesuatu yang lebih. Tapi berkerjalah buat orang sekeliling. Rezeki yang ada jangan lupa dikongsikan. Ingat pesan abi,jangan makan duit haram. Kerjalah dengan niat yang benar. Semoga Tuhan melindungi anak abi ni. Aaminn." Balas Tuan Hasyim tenang bahkan tidak lupa juga untuk memberi nasihat dan pesanan buat anaknya. Sesungguhnya seorang ayah tidak akan pernah lupa anaknya apatah lagi jika anak-anaknya tidak makan walau sehari. Pasti mereka lebih sanggup berkerja seharian demi mencari hasil pendapatan.

"Aaminn. Terima kasih abi. Humairah pergi dulu tau." Sebelum Humairah melangkah keluar daripada pintu,tangan kanan milik abinya dikucup lembut. Setelah itu,barulah Humairah keluar bersama beg yang bersaiz besar buat pakaian dan barang-barang lainnya.

Sesekali Humairah tersenyum manis buat abinya lantas bergegas masuk kedalam perut kereta. Diposisi Tuan Hasyim pulak,dia hanya menghantar kelibat anaknya bersama ekor mata. Sedikit merasa kosong jiwanya. Tapi,demi kemahuan Humairah. Siapa dia ingin menghalang? Pintu ditutup rapat olehnya yang sedang dibuai kesedihan.

"Encik memang pekerja Tuan Zayid eh? Maksud saya,driver dia." Soal Humairah tiba-tiba. Dia merasa bosan seketika. Sebab itu,dia ingin ada seseorang yang sedang berbual dengannya. Namun,ini juga salah satu cara agar Humairah dapat menghilangkan rasa sedihnya. Berbual kosong adalah sikap Humairah agar tiada sesiapa tahu bahawa dia masih dilanda kesedihan.

Driver yang elok memandu kereta membalas soalan Humairah. "Iya Cik." Dia hanya membalas dua patah perkataan. Cukup-cukup ringkas. Sedikit bosan Humairah saat mendengar balasan darinya. Memang tak suka berbual ke apa orang ni?

"Oh. Dah lama ke kerja dengan Tuan Zayid?" Sekali lagi Humairah mengajukan soalan. Namun hanya dibalas dengan anggukan. Sesekali Humairah menghembus nafas penat.

"Encik driver. Saya nak tanya sikit tentang Tuan Zayid tu. Boleh ke?" Humairah ingin tahu serba sedikit tentang mamat sombong tu. Dia juga ingin mendengar driver tersebut bersembang sama.

"Err,Cik nak tahu pasal apa?" Kali ini,lebih daripada dua patah perkataan. Phew,tenang sikit hati Humairah mendengar.

Humairah diam memikirkan. "Erm,tentang cara dia jadi bos? Encik driver rasa okey tak? Dia ada marah Encik ke? Atau dia memang jenis panas baran?" Soal Humairah bertubi-tubi. Apabila soalan terakhir ditanyakan,Humairah sedikit memperlahankan suaranya. Manalah tahu,ada orang lain yang sedang mendengar perbualan mengarut macam ni.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now