Telefon bimbit berdering kuat entah yang keberapa kali. Mata dipejam rapat sebelum menghembuskan nafas berat. Lambat-laun tangan mencapai telefon tersebut lantas menjawab panggilan itu tanpa melihat nama yang terpapar di skrin telefonnya.
"Humairah!" Sapa Hajar iaitu sahabat paling rapat yang Humairah ada. Nadanya begitu kuat hampir memecahkan gegendang telinganya. Heih,dia suka buat kita sakit jantung.
"Ish,hang dah kenapa? Aku boleh dengar lagilah." Balas Humairah tidak suka. Atau lebih tepatnya tidak ada mood untuk berbual dengan mana-mana manusia.
"Hehe,hang ni kan...sengaja tak jawab panggilan aku kan. Hang ada masalah ke Mai? Hang jangan ingat aku tak tau. Baik hang terus terang sebelum aku yang pergi jumpa hang sekarang." Bebel Hajar dihujung talian. Humairah mengeluh lagi. Mahu tidak mahu,dia cuba untuk beritahu.
"Aku okey jelah. Masalah tu memang ada sentiasa. Hang tak payahlah jumpa aku susah-susah. Ada rezeki nanti kita jumpalah." Balas Humairah tidak ingin menyusahkan sesiapa even sahabat rapatnya sendiri.
"Hmmm,hang biar betul ni. Cakap jelah masalah hang apo. Kita duk risau fikir diri dia. Dia boleh-boleh buat selamba? Haih,tak apalah kalau macam tu. Aku boleh matikan panggilan." Adu Hajar,sedang merajuk dengan sahabatnya. Humairah menggelengkan kepala sambil melabuhkan punggung diatas sofa. Dia kembali bersuara.
"Iyalah,iyalah. Hang suka mengugut kan. Macam ni,aku dah jumpa mama kandung aku." Luahan Humairah bermula di sini.
"What?! Seriously? " Terpotong ayat Humairah dek kerana celahan dari Hajar.
"Okey teruskan...teruskan." ucap Hajar lagi. Dia kemudian mendengar setiap satu luahan hati Humairah.
"Aku akan pergi, Hajar. Minggu hadapan aku dah gerak. Aku harap dengan ketiadaan aku dekat sini,hang masih ingat dekat aku. Dan aku harap kau tak putuskan contact dengan aku. Terima kasih sebab selalu teman aku Hajar. Kau memang the best! Oleh itu,Aku sebagai Humairah Zahra nak berjumpa dengan hang sebelum hari kepergian tu. Boleh kan?" Jelas Humairah kemudian mengukir senyuman pahit. Dia jelas telah membuat satu keputusan besar. Dan dia perlu mengambil tindakan akhir dengan penuh percaya dan yakin.
"Weh! Hang nak gi mana pulak nie!! Halah,Halah,Halah...janganlah macam ni. Hm,aku baru je spend time lama dekat sini,dan sekarang...hang pulak yang nak pergi? Huaaa,janganlah tinggalkan aku Mai!" Rengek Hajar tatkala mendengar kata-kata Humairah ingin pergi daripada sini. Ingat dia akan suka dan gembira ke bila Humairah tidak ada? Mestilah tak! Sedih kot.
Humairah tersengih sendiri. Dia sudah mengagak bahawa Hajar akan bantah keputusannya. Budak tu kan kecik lagi. Memang macam tu perangai dia. Manja lebih.
"Aku dah buat keputusan untuk pergi luar negara. Aku follow mama aku. Kita jumpa tau." Sekali lagi Humairah menerangkan. Dia harap Hajar dapat menerima dengan hati yang redha.
"Hmmph,iyalah. Jumpa lusa. Bye,nanti jumpa. Aku nak peluk hang ketat-ketat biar tak bernafas. Hah! Lepastu,sebelum kau pergi. Aku nak hang cerita semuanya dekat aku. Kalau tak,aku tak benarkan hang pergi. Hiksss." Balas Hajar menerima kenyataan. Selepas berbual kosong talian ditamatkan.
Telefon bimbit ingin dimatikan oleh Humairah,namun anak matanya terlebih dahulu menangkap sebuah mesej dari seseorang. Jari jemari bermain diatas skrin.
ZMkacak
Assalamualaikum you!
Lama tak nampak? You pergi mana?
Kenapa tak datang rumah?
You tak kesian dengan anak-anak ke? Mereka sibuk cari you. Please,kalau you malas nak jumpa abang I, sekurang-kurangnya you pergi jumpa anak-anak dia. Tell them. It's okey,i ada temankan. I know you feel Mairah. Is that wrong to you say sorry for them? Lebih baik jujur dari menipu right?
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...