Dalam keadaan makan,kak Sara turut membuka mulut ingin berbicara dengan Humairah.
"Humairah. Kamu daripada mana?" Soal Kak Sara begitu lembut sambil tidak lepas dari memandang Humairah.
Humairah yang merasa pelik,membalas selamba. "Saya dari kampung er...nama akak siapa? Maaflah Humairah tak tahu lagi." Sedikit malu Humairah ingin bertanya. Namun dibalas ramah dengan kak Sara.
"Panggil kak Sara aje. Oh kampung ke? Samalah kita." Ujarnya sedikit menenangkan hati Humairah. Tak sangka pulak kak Sara ini sama sepertinya.
"Ehem. Hei,Zarif dah makan ke? Wah. Cepatnya sihat." Celah Lilie yang memotong perbualan antara Humairah dan kak Sara. Dia tiba-tiba sahaja pergi menghampiri Zarif. Humairah terpaksa berundur kebelakang kerana kelakuan tidak terduga itu. Sedikit menyampah,tapi tak apalah.
"Daddy. Zarif dah kenyang." Ujar Zarif kemudian memandang wajah daddy nya. Tiba-tiba sahaja dia tidak ada mood ingin menyuapkan nasi kedalam mulut.
"Hm? Dah tak sanggup ke? Okeylah. Zarif nak tidur?" Soal Zayid masih menghiraukan manusia yang ada disekelilingnya termasuk Lilie yang baru tiba.
Zarif hanya mengangguk sekilas. Fahamlah Zayid bahawa anaknya ingin berehat. Zarif yang baru sahaja selesai mengisi perut lantas dibawa masuk kedalam biliknya semula. Dibaringkan dia seketika,sebelum Zayid yang akan menidurkan anaknya.
Humairah pulak,hanya diam tidak berganjak. Melihat sahaja Lilie yang telah pergi membuatkan dia menghembuskan nafas lega. Peliknya minah tu.
Humairah lambat-laun mengorakkan langkah keruang tamu. Sofa dituju sebelum dia mula bermain telefon.
"Zarif rehat dulu. Daddy nak sembang dengan kak Mairah. Okey?" Ujar Zayid saat melihat anaknya yang ingin terlena.
Zarif mengangguk sekilas sebelum dia kembali dibuai mimpi.
Setelah itu, barulah Zayid kembali berdiri lantas keluar daripada bilik tidur anaknya. Kelibat Humairah dicari.
"Sweetie. Kau nak balik ke?" Ucap Zayid ketika melihat gerangan yang dicari. Dia kemudian menghampiri Humairah yang elok duduk diatas sofa sambil bermain telefonnya.
Humairah yang mendengar suara Zayid pantas berdiri tegak. Telefon yang dimainkan serta-merta dimatikan. Dia memandang kearah Zayid seolah-olah merasa takut dengannya.
Dengan tenang Humairah membalas. "Hm? Haah. Saya nak balik Tuan Zayid. Tengah tunggu grab je ni." Balas Humairah ringkas. Dia benar-benar tidak ingin mamat sombong tu yang menghantarnya pulang. Karang abinya syak benda bukan-bukan pulak.
Zayid masih tidak percaya dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Humairah. Sekali lagi dia mengulang soalan sama.
"Nak aku hantar tak? Dah nak gelap ni. Berani ke?" Soal Zayid seakan-akan sedang menakutkan Humairah.Humairah berfikir sepuluh kali sebelum membuat keputusan sekali lagi. Jika dia ikut mamat poyo tu,bagus jugak. Lagipun,dah nak gelap. Pasti abinya risau jika dia balik lewat. Sebab itu,alangkah baiknya kalau Humairah balik sekarang. Tak banyak lagi masa yang perlu dia buangkan.
"Hm. Boleh ke?" Sikap malu Humairah hadir. Dia sendiri tidak berani jika berduaan bersama Zayid.
"Kenapa tidak? Aku dah offer kan." Dia membalas selamba. Humairah sudahpun memutar bebola mata. Apa-apa jelah.
"Jom." Zayid lantas mencapai kunci kereta. Dia kemudian melangkah ke parking kereta sebelum masuk ke dalamnya. Humairah lambat-laun terpaksa membuntuti Zayid. Dia juga masuk kedalam perut kereta. Kedudukan mereka bersebelahan sahaja. Humairah jadi awkward dengan posisi mereka. Dia hanya diam,tidak ingin bersuara.
Beberapa minit kemudian,kereta meluncur laju ke rumah Humairah.
Dalam perjalanan,telinga mereka berdua hanya diisi dengan bunyi radio. Zayid diam. Humairah diam. Dia cuma memandang keluar tingkap. Entah mengapa hatinya begitu tidak senang. Rasa takut masih kian terasa.
"Aku ada benda nak beritahu kau." Zayid mula berbicara. Sepertinya itu adalah penting. Humairah masih diam mendengarkan.
"Aku harap kau terima untuk jadi pengasuh anak-anak aku. Tapi,ada beberapa syarat untuk kau jadi pengasuh tetap. Kau perlu tanda tangan dulu." Tiba-tiba sahaja Zayid berkata seperti itu. Humairah kejang seluruh badan. Apa pulak dah yang akan berlaku dalam hidup dia. Humairah hanya memerhati Zayid yang sedang mencapai sesuatu dikerusi belakangnya. Sampul surat bersaiz besar itu diserahkan kepada Humairah.
"Nah. Kau boleh baca dekat rumah. Kalau kau terima,call aku. Please sweetie. Fikirkan Zarif. Aku sendiri tak tahu kenapa dia boleh berlaku macam ni. Tapi aku tak sanggup lihat keadaan dia yang akan bertambah teruk kalau kau tak ada." Gugur jantung Humairah saat ini. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Apa...kenapa dengan Zarif pulak? Humairah buntu. Sangat-sangat buntu.
"Er...Tuan Zayid. S-saya tak pasti nak terima macam mana. T-tapi,saya akan cuba fikir dulu. Saya minta maaf Tuan Zayid." Balas Humairah begitu ragu-ragu. Dia akhirnya mencapai huluran sampul surat dari Zayid. Kini,sampul surat bertukar tangan.
"Thanks sweetie. Take your time." Mereka tiba di perkarangan rumah Humairah. Pintu kereta dibuka Humairah selepas itu,dia berbalik badan memandang Zayid. "Terima kasih tumpangkan saya Tuan Zayid." Balas Humairah begitu lembut. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih atas jasa baik Zayid. Sombong-sombong pun dia juga ada sisi yang baik.
Humairah pantas keluar daripada perut kereta. Dia melangkah menuju ke pintu rumah tanpa memandang kearah Zayid yang sudahpun pergi. Sesekali Humairah menghembus nafas lega. Nasib baik tak jadi apa-apa. Nampak sangat Humairah tidak percaya dengan gerangan yang bernama Tengku Zayid.
Saat Humairah ingin berehat,dia sempat mengingat sampul surat yang diberikan Zayid saat dikereta tadi.
Dia mencapai sampul surat tersebut yang elok terletak di atas meja. Perlahan-lahan Humairah membuka. Kini,beberapa keping kertas dikeluarkannya. Mata elok meneliti satu persatu ayat yang tersusun rapi.Humairah bertiarap dari baringnya lantas membaca seluruh isi daripada kertas tersebut. Saat membaca,alangkah terkejutnya Humairah. Dia seakan-akan berputus asa. Gila! Jadi seorang pengasuh pun ada banyak syarat ke? Bukan itu sahaja,bahkan syarat-syaratnya sangat ketat! Dan Humairah tidak berdaya untuk terima.
"Kena pindah ke rumah sesak tu? Kena bekerja sepanjang masa kecuali waktu malam? Tidak dibenarkan untuk masuk mana-mana bilik kecuali tiga bilik (Aisyah,Umar dan Zarif). Tidak dibenarkan masuk kebilik utama tanpa sebarang keizinan. Jika ingin berhenti,sila buat satu perjumpaan dan pastikan alasan itu munasabah. Makan pada waktu yang ditetapkan. Perlu bekerja tepat pada masanya. Perlu hormat dan tidak melakukan sebarang jenayah atau masalah? What the hell!!! Memang gila betul mamat tu. Dia nak bunuh aku ke apa?! Tak..tak..aku tak nak terima. Apa dia ingat aku ni penjenayah ke? Hell no! Aku sanggup kerja sebagai pencuci tandas dari bekerja dengan dia." Bebel Humairah ketika membaca satu persatu syarat-syarat yang terpapar diatas kertas tersebut. Membuntang luas matanya. Habis Tengku Zayid menjadi caciannya malam ini.
"Tapi,demi Zarif....aku kena terima. Yeah,Zarif perlukan aku. It's okey Humairah. Kau boleh,kau kuat,kau mampu harungi semua ni. Lagipun,ini bukannya kerja suka-suka. Kau akan dapat gaji tinggi okey. Jangan fikir negatif. Calm down. Huh..." Ucap Humairah pada dirinya sendiri. Dia inginkan ketenangan sebelum membuat apa-apa keputusan. Saat ini,hanya Zarif yang bermain diminda nya. Dia perlu fikirkan tentang Zarif. Semenjak dua menjak ni,Zarif mampu membuatkan Humairah gembira. Entah mengapa kesedihan dia boleh sembuh dengan melihat senyuman gembira daripada Zarif. Hebat betul budak tu.
"Good night world. Jumpa esok." Kertas dimasukkan semula kedalam sampul surat sebelum diletakkan kembali keatas meja. Lampu ditutup Humairah kemudian berbaring diatas katil. Mata masih terbuka luas sambil termenung. Nafas dihela perlahan lalu menutup kedua mata.
.
.
.Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.
632022
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...