Cahaya memenuhi segenap ruangan bilik itu. Humairah mencelikkan kedua matanya. Sesekali liur diseka. Eargh—busuk!
Apabila mata memandang sekeliling Humairah masih aman sahaja. Dia bangkit dari katilnya lantas mencapai tuala ingin membersihkan diri. Belum sempat Humairah melangkah masuk ke kamar mandi. Alangkah terkejutnya Humairah. Kenapa dia tak sedar akan sesuatu!
"Wait,wait,wait,wait! Sejak bila aku pegang towel ni? Dekat luar mana ada tuala untuk mandi. Aku mimpi ke?" Humairah bermonolog sendiri. Habis pipi gebunya ditepuk berkali-kali ingin memastikan bahawa ini bukanlah mimpi. Habistu?
"Sejak bila aku tidur dalam bilik pulak ni? Hantu bawa masuk aku kesini ke? Hm. Apa pelik sangat rumah ni. Tapi,tak kesah lah. Apapun aku nak mandi." Humairah lambat-laun kembali membersihkan diri. Dia cuba mentafsir sendiri apa yang terjadi semalam. Tapi,dia tak mampu. Dan dia lupa sekarang ni. Usah diingat kembali,kerana Humairah sepertinya tidak beriak apa-apa pun tentang kejadian malam tadi. Pelik bukan?
Selesai sahaja daripada membersihkan diri,Humairah menyarungkan baju biasa,cukup sesuai dengan tubuhnya yang masih muda. Tidak lupa juga untuk menyarungkan tudung bawal ke kepala. Selepas itu,barulah Humairah membuka pintu biliknya sebelum melangkah keluar ingin ke bilik Zarif.
Tidak semena-mena Humairah berhenti dari melangkah. Susuk tubuh yang sedang berjalan menghampiri dapur membuatkan Humairah merasa kesal. Humairah dengan selamba tidak menyapa mamat tersebut lantas bergegas menuju ke bilik Zarif. Tombol pintu dipulas kemudian membenamkan diri kedalamnya.
Kelihatan Zarif yang begitu segak berbaju uniform sekolah. Humairah tersenyum seketika. Hampir-hampir dia jatuh cinta dengan Muhammad Zarif ni. Haih,kenapalah dia masih kecil. Kalau besar tadi,Humairah sendiri yang masuk meminang dengan dia. Muahaha gurau-gurau.
"Hai. Morning dear. " Sapa Humairah begitu ceria sekali. Zarif menjadi tatapan pertamanya.
Zarif yang perasan akan kehadiran Humairah pantas memandang. Dengan senyuman kecilnya dia berkata. "Hai kakak Mairah. Selamat pagi!" Balasnya begitu mengerti sapaan Humairah tadi. Dia juga membalas ramah. Humairah tersenyum sendiri. Apalah nasib,jumpa budak comel macam dia ni.
"Dah siap ke? Nak kakak tolong?" Ujar Humairah bersama dengan tugasnya sebagai pengasuh anak-anak Tuan Zayid. Humairah juga sudah semakin membaik. Kakinya yang terseliuh tempoh hari sudah mampu memijak lantai,walaupun sakitnya masih terasa. Tapi itu tidak menjadikan Humairah perlu ambil cuti yang banyak. Karang ada orang yang mengutuknya seperti makan gaji buta. Tak ke naya macam tu!
"Boleh. Pakaikan ayer stokin,kasut dan bawakan beg sekolah ayer." Jelasnya begitu banyak sekali. Humairah tersenyum setuju lantas mengusik Zarif sesuatu.
"Banyaknya. Tak mampulah akak nak jadi pengasuh Zarif kalau macam tu. Hm,akak dah lah sakit. Lepastu Zarif nak minta tolong? Mana boleh macam ni." Rengek Humairah dengan nada guraunya. Zarif sudah panik sendiri. Dia tak tahu pulak kalau banyak macam tu.
"Eh. Takpa-takpa. Kakak boleh rehat. Biar Zarif yang buat semua." Humairah sudah terbuntang luas dengan jawapan positif dari Zarif. Gantle nya dia. Anak siapa lah ni. Bapa tak gantleman. Tapi anak,bukan main lagi ya.
"HAHAHA. Akak gurau jelah. Tak apa,biar akak yang buat semua. Jom,kita pergi sarapan?kak Aisyah dan abang Umar pasti sedang tunggu Zarif sekarang ni." Ajak Humairah bersama sisa tawanya. Dia kemudian bangkit berdiri lantas membawa beg sekolah Zarif yang kecil itu bersama stokin hitamnya yang juga bersaiz kecil. Zarif akur kemudian mengikuti langkah Humairah sehinggalah mereka tiba di dapur.
Kelihatan,senyap sahaja keadaan sekarang ini. Memangnya, pagi-pagi macam ni mereka hilang mood ke? Pelik betul keluarga ni. Humairah serba sedikit kurang faham tenang apa yang keluarga ini selalu lakukan. Wajah Zayid dipandang sekilas. Dia cuma makan tanpa sebarang reaksi. Manakala,Aisyah dan Umar pula hanya memandang pinggan yang sudahpun berisikan pelbagai jenis makanan yang lezat. Namun,sepertinya mereka tidak ada selera untuk bersarapan.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...