"Ahh! M-maaf,tak sengaja Tuan Zayid. Saya...saya cuma...c-cuma nak kejar Zarif je." Tergagap-gagap Humairah berkata tatkala melihat wajah dingin Zayid. Liur yang semakin kering ditelan penuh sesak. Itulah,siapa suruh tak pandang hadapan! Kan dah kena.
Zayid tersenyum senget. Suka melihat wajah panik Humairah. Hanya berapa jengkal sahaja jarak antara dia dan Humairah. Melihat sahaja Humairah yang semakin ketakutan membuatkan Zayid terasa begitu kejam. Memangnya,dia sekejam ini kah?
"Hampir." Ucap Zayid bersama senyuman penuh makna. Terkebil-kebil Humairah memandang Tuan Zayid ketika ini. Dia senyum macam tu saja? Wah! Jarang-jarang Humairah melihat dihadapan mata senyuman bak emas itu.
"Er—hampir apa pulak ni Tuan Zayid?" Soal Humairah tidak berapa faham akan ucapan Zayid sebentar tadi. Kening terjungkit naik ingin tahu bicara mamat itu.
"Hampir jatuh cinta." Ujar Zayid menyambung semula ayatnya yang tertunggak tadi. Bibir mengukir senyuman sinis. Humairah jangan katalah,dia sudah pun diam membeku bagaikan batu. Tidak ada hujan,tidak ada ribut Tuan Zayid boleh berkata seperti itu? Gila. Humairah nak sumbat mulut mamat bengis tu guna selipar. Biar dia sedar sikit apa yang sudah keluar dari dua ulas bibir dia.
"Hah? Tuan Zayid bergurau pun biarlah berpada-pada." Humairah tersengih hambar tidak percaya. Dia yakin Tuan Zayid cuma bergurau dengannya. Mana mungkin lah Tuan Zayid jatuh cinta dengan Humairah. Lambat lagi ya.
Suasana berubah janggal. Humairah ingin melepaskan diri dari renungan tajam Zayid. Dia hendak pergi mencari Zarif yang sudah hilang dari pandangan. Risau betul Humairah akan anak kecil itu! Nasib baiklah dihalaman rumah Zayid ada beberapa orang pengawal. Kalau tidak,entah ke mana lah hilangnya Zarif.
"Kalau aku kata itu bukan gurauan?" Zayid menyoal kembali bersama senyuman menggoda. Dia merendahkan sedikit tubuh sasanya agar lebih sama dengan ketinggian Humairah. Wajah mereka berdua terlalu rapat hingga Humairah sendiri mampu mendengar deruan nafas lelaki itu.
"Err,Tuan Zayid. Kita dekat luar tau,tak baik macam ni. Hmph,saya masuk dalam dulu. Nak cari Zarif!" Humairah berundur dua,tiga langkah kebelakang sambil mengelak dari renungan menggoda itu. Gila! Hampir dia cair dengan Zayid. Nasib baik dia pandai kawal nafsu. Tak guna mamat kacak tu! "Dia saja nak permainkan hati aku kan? Cis mengada betul!" Getus hati kecil Humairah. Dia lambat-laun berlari anak masuk kedalam rumah. Zayid ditinggalkan begitu sahaja. Lebih baik melarikan diri sebelum apa-apa terjadi. Zayid mana boleh diharap.
"Tch! Lambat-laun kau akan jadi milik aku jugak." Bibir menguntum senyuman sinis.
Zarif yang kini sudah bertukar baju di jeling sekilas. Bibir tersenyum manis lalu melabuhkan punggung ditepinya. Humairah menyapa lembut.
"Kan comel bila tak comot macam tadi. Barulah nanti nenda Zarif suka,sebab cucu dia wangi dan bersih sentiasa!" Ujar Humairah kemudian memeluk tubuh Zarif daripada sisi. Sukanya dapat peluk budak kecik ni. Zarif kelihatan tidak ada mood. Humaira serta-merta meleraikan pelukan. Wajah kacak Zarif ditatap penuh tanda tanya.
"Hm? Kenapa ni? Kejap lagi dah nak gerak. Buat muka masam macam ni tak seronok lah." Rengek Humairah seakan-akan anak kecil yang sama seperti Zarif. Sedang memujuk hati seseorang perlu berlemah-lembut. Kalau tidak,naya siang malam dapat muka masam dia!
"Kakak! Zarif kena marah daddy tadi! Daddy kata Zarif jangan jadi budak manja! Huaaaa,kenapa daddy cakap acam tu? Zarif nanak ikut." Dia berpeluk tubuh tanda sedang merajuk dengan seseorang. Humairah tertawa kecil mendengar luahan kecilnya. Kepala digelengkan beberapa kali. Ingatkan apalah tadi.
"Ish. Kenapa overthinking sangat ni? Zarif...daddy kamu cakap macam tu,supaya Zarif behave. Boleh belajar untuk kawal diri sendiri. Zarif dah besar boleh fikir dah pun. Daddy Zarif bukannya marah suka-suka. Tapi,daddy Zarif marah sebab dia sayang saaangattt dekat anak handsome dia sorang ni." Pipi Zarif dicubit geram. Humairah tersenyum lebar tatkala melihat perubahan pada riak wajah Zarif. Suka betul dengan anak ini. Sungguh,dia cepat menerima nasihat. Makin bertambah lah sayang Humairah pada si kecil Zarif. Haih,macam tak ada tanda-tanda nak berpisah saja.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Cerita Pendek(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...