58 |Takdir Kau & Aku

279 7 0
                                    

Bibir mengukir senyuman terharu. Sesekali wajah Zayid dikerling sekilas. Humairah menjeling lelaki itu. Sejak bila dia pandai buat semua ni hah?

"Mummy!" Teriak Zarif. Dia tersenyum lebar. Tubuh Humairah dipeluknya erat. Humairah tunduk membiarkan anak kecil itu memeluk dirinya.

"Rindunya dengan Zarif." Ucap Humairah tatkala melihat wajah kacak itu. Dia benar-benar rindukan si kecil Tengku.

"Ayer pun rindu dekat mummy!" Balasnya lantas meleraikan pelukan. Dia tersengih sumbing.

"Kenapa dengan panggilan tu?" Soal Humairah lantas memandang sekelilingnya.

Kelihatan wajah Puan Zarina,Hajar,Tengku Zayad,Aisyah,Umar dan Zarif serta hero dalam kisah ini. Dialah Zayid. Bakal suami Humairah.

Bibir diketap menahan malu.

"Daddy yang suruh. Tapi,ayer suka!" Jawab Zarif petah. Dia tersenyum gembira. Melihat itu,Humairah bangun semula. Dia pandang wajah Aisyah dan Umar silih berganti.

Kedua-dua mereka menghampiri Humairah.

Namun satu suara sedang mencelah.

"Zahra. Kita tak ada banyak masa. Kejap lagi kita gerak." Ujar Puan Zarina kemudian tersenyum manis buat semua yang ada di sini.

Humairah mengangguk faham. Aisyah dan Umar dihampiri.

"Aisyah. Umar. Jaga diri baik-baik tau. Belajar rajin-rajin. Nanti besar,kenalah jadi seorang yang berjaya. Jangan lupa akhlak dan adab kita. Kalau rindu akak,pergi cari daddy kamu. Tak apa,dia akan jadi peneman untuk kamu. Kalau dia marah,beritahu akak. You know,akak sayang dekat korang berdua. Korang lah teman akak. Jangan sedih tau." Ujar Humairah kemudian mengesat air matanya. Selepas ini,dia akan rindukan semua orang. Keluarga mereka telah membahagiakan Humairah. Mana mungkin dia akan lupa jasa mereka semua.

"Mummy hati-hati. Nanti jangan lupa balik sini tau. Hikss kalau bukan sebab mummy,dah lama kami tak gembira macam ni." Aisyah memeluk tubuh Humairah erat. Begitu juga dengan Umar.

Pelukan dileraikan. Humairah tersenyum menatap kedua-dua mereka. Dia bangun berdiri. Wajah Zayad ditatap penuh perasaan berterima kasih.

"Well,I tak sabar nak tunggu you jadi kakak ipar paling best yang I pernah jumpa." Zayad masih sahaja membahas mengenai topik itu. Humairah menggelengkan kepala.

"You ni kan. Janganlah! Orang nak sedih pun tak jadi." Balas Humairah lantas memukul lembut bahu kiri Zayad.

"Bye Mairah. Take care yourself. Nanti balik jangan cakap bahasa sana sudah." Sempat lagi dia bergurau. Humairah tersenyum sambil mengangguk faham.

"Thanks Zayad. Saya doakan you bertemu jodoh selepas ni." Humairah berlalu bersama sengihan panjang. Ingat kita tak pandai bergurau ke? Hah,lupakan.

Wajah Hajar dipandang Humairah sambil tersenyum bahagia.

"Hang janganlah tayang wajah tu. Sedih tahu tak." Ujar Hajar tatkala melihat wajah manis Humairah. Dia benar-benar akan rindukan sahabatnya.

"Tak sangkakan. Dulu,aku yang sedih bila hang pergi. Lepastu,sekarang. Hang sedih aku pulak happy." Gurau Humairah lantas memeluk tubuh Hajar ketat.

"Sayang kau Hajar! Apa-apa nanti contact je aku. Kau tahu,aku akan rindukan kau juga. Nanti,inshaAllah bila aku kembali. Kau orang pertama aku beritahu. Thanks luangkan masa dengan aku." Kata Humairah terlalu gembira dengan kehadiran sahabatnya. Pelukan terlerai.

"Hang tak beritahu aku pun kan tentang lelaki tu. Lepas je hang sampai,hang beritahu aku dari A sampai Z. Kalau tak aku merajuk." Ugut Hajar tatkala Humairah menjeling sekilas lelaki yang berada di tepi sana.

"Hehe." Humairah tersengih lantas melangkah ke orang seterusnya.

Wajah Zayid menjadi pandangan matanya.

"Take care dear." Pesan Zayid ringkas. Dia mengangguk sambil tersenyum lebar.

Humairah membalas senyumannya. Dia benar-benar diselubungi dengan perasaan malu.

"Terima kasih terima kekurangan saya Tengku Zayid Aariz. Saya harap awak mampu tunggu kehadiran saya kembali." Balas Humairah agak sedikit merasa sebak. Ya,kerana perasaan itu. Dia sendiri merasa ragu-ragu jika meninggalkan orang yang sudah lama bertakhta dihatinya.

"InshaAllah. God know my promise."

Humairah tersenyum buat kali terakhir.

"Jangan rindu saya tau Tengku Aariz." Ujar Humairah lantas melangkah ke arah seterusnya.

"Aku dah lama rindukan kau sweetie."

Wajah Zarif ditenung kembali.

Anak kecil ini. Kerana kanak-kanak inilah Humairah bertemu dengan keluarga kecil itu. Dahulunya,keluarga ini tidak bahagia. Namun,setelah kehadiran Humairah, keluarga ini semakin berubah. Si kecil Tengku adalah salah satu sebab Humairah mengenali Tengku Zayid,Umar,Aisyah dan Zayad termasuk mummy mereka juga iaitu Tengku Munirah. Zarif membawa makna besar dalam hidup Humairah. Dia benar-benar tidak ingin berpisah dengan Zarif. Namun,dia tidak ada hak keatas anak itu. Dia cuma mampu mengenal Zarif tetapi tidak bagi memilikinya.

Humairah tunduk mencangkung dihadapan Zarif.
"Bye sayang. Jaga diri tau. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap mereka semua. Jadi lelaki sejati ya. Tolong daddy dan papa kamu. Belajar betul-betul. Jadi orang yang berjaya. Kalau rindu akak,cari daddy kamu. Apa-apapun akak suka panggilan tu. Mummy miss you always." Pesan Humairah sambil memeluk tubuh Zarif buat kali yang terakhir. Dia harap anak kecil itu akan membesar dengan baik. Walaupun tanpa seorang ibu.

"Baik mummy. Hikss,mummy jangan lupa ayer tau." Kata Zarif bersama tangisannya.

Kepala Zarif diusap lembut. "Mestilah tak. Zarif kan kira macam anak mummy juga." Pujuk Humairah bersama kata-kata yang penuh bermakna buat Zarif.

"Betul ni?"

Humairah mengangguk tanda iya.

"Yeayyy!!"

"Zahra. Jom. Dah lambat ni." Celah Puan Zarina sekali lagi. Humairah pantas bangkit berdiri. Satu persatu wajah mereka Humairah tatap penuh merindui. Dia akan cuba untuk kuat dan tabah demi mereka. Terutama yang akan menjadi suaminya.

"Saya harap. Bila saya kembali,semuanya berubah bagaikan dunia nyata yang tidak ada lagi erti kata mimpi."

Tangan melambai semua mereka yang ada.

Mereka juga membalas lambaian Humairah. Terutama Zarif yang terlalu ceria. Sungguh Humairah tahu isi hatinya. Dia pandai menyembunyikan perasaan sendiri.

"Andai dia jodoh ku. Sejauh mana pun aku dengan dia berada. InshaAllah pasti akan berpaut semula."

"Aku takkan sia-siakan peluang yang ada. Gembira? Ya,sangat gembira tatkala dia sanggup menerima diri ku yang dulu suka berbuat kejam padanya. Dia insan yang paling kuat aku pernah jumpa."

"Jauh. Kami dulu jauh bagaikan langit dengan bumi. Akan kah nanti,kami akan dekat bagaikan bulan dengan bintang?"

"Only you can make me feel this. Only you Humairah Zahra."

"I will waiting for you."
"I always waiting on you."

Dengan serentak senyuman itu pergi ke haluan masing-masing.
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua. Salam Ramadhan al mubarak.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now