16 |Takdir Kau & Aku

252 8 0
                                    

Belum sampai seminit,seseorang membuka pintu hadapan bersama wajah paling bengis yang pernah Humairah lihat. Terkejut Humairah dibuatnya. Dia juga sama terkejut dengan keadaan seseorang.

"Kau buat apa duduk dekat sini? Buang tebiat ke apa." Ucapnya begitu mendatar. Humairah sudah membesarkan matanya tidak percaya. Dia boleh cakap Humairah seperti itu? Sampainya hati.

"Tengah tunggu ambulans,awak." Balas Humairah malas. Dia kembali diam bersama kesakitan.

Zayid membuka kedua-dua kasutnya lantas diletakkan pada rak berdekatan. Selepas itu,dia kembali memandang Humairah tidak percaya.

"Ambulans? Siapa sakit? Kau ke?" Dia menyoal Humairah dengan tekaan yang tepat. Humairah sekali lagi mengeluh kecil. Kenapalah dia perlu jumpa mamat ni dalam keadaan seperti ini. Cukuplah,Humairah letih.

"Ya awak. Lilie baru saja call pihak Hospital. Dia kata pada saya,tunggu kejap." Jelas Humairah kemudian cuba mengubah posisi duduknya. Semakin lama,semakin kejang pulak kakinya. Heih.

"Hmm. Baguslah tu. Tunggu je situ." Dengan selamba Zayid membalas. Dia tidak menghiraukan Humairah bahkan tidak menyoal tentang sakit yang dirasa oleh Humairah. Kau rasa? Inikah yang dikatakan lelaki sejati? Shuh! Pergi buang jauh-jauh angan-angan tu.

"Tak gunanya mamat ni. Dia boleh kata macam tu je? Really! Wah,dia dah berlagak eh. Kecik besar je aku tengok dia. Tak apa,tunggu je. Hiksss kenapa semua orang tak kesah dekat aku! Huaaaa abi! Humairah nak balik." Rengeknya dengan perlahan sekali. Sungguh Humairah kecewa dengan manusia yang ada didalam rumah ini. Mengapa semuanya lebih mementingkan diri sendiri walhal ada orang yang sedang meminta pertolongan mereka? Sedihnya keluarga ni.

Jam masih berjalan tanpa henti. Sudah dua puluh minit Humairah duduk dihadapan pintu. Kini,dia hanya mengeluh panjang. Daripada tadi,hingga sekarang tidak ada seorang pun yang berlalu disini. Memangnya,mereka buat apa? Humairah sudah tidak tahan. Dia berusaha sendiri untuk bangkit berdiri. Habis kejang seluruh tubuh badannya. Kejam betul mereka!

Dengan kekuatan yang Humairah ada,dia cuba bertahan dengan dinding lantas mencuba untuk melangkah kehadapan. Namun sekali lagi,dia tidak mampu. Humairah nak teriak pun tak ada guna. Sekali lagi dia mengeluh.

"Hei. Mana ambulans kau? Tak ada pun." Zayid berlalu dihadapan Humairah lantas berhenti. Dia memandang kearah Humairah dengan pandangan pelik.

Humairah sudah menghembuskan nafas. Dia masih mengawal api kemarahan. Setelah itu,barulah dia membuka mulut untuk berbicara. "Memang tak ada Tuan Zayid. Cukup. Saya penat. Saya nak balik semula kerumah saya. Saya nak berhenti. Saya akan pergi dari rumah ni Tuan Zayid. Now!" Ujar Humairah benar-benar panas. Sakit betul hatinya mendengar kata-kata Zayid sebentar tadi. Dia seolah-olah patung yang tidak dipandang bahkan kehadirannya dihiraukan sahaja. Bagaimana mungkin hari pertama sudah diperlakukan seperti ini. Memangnya mereka manusia ke apa!

"Kau bergurau ke? Mana ada Lilie call ambulans. Kau tak ada sakit gila kan? Lilie tak jumpa kau tadi. Sejak bila pulak kau kata dia dah call ambulans? Merepek. Yang kau tak bergerak daripada tadi kenapa? Nak aku yang tolong angkat kau macam lelaki diluar sana? Jangan nak perasan. Aku tak ada masa nak layan kau. Pergi gerak sendiri. Tanya kak Sara mana bilik kau." Zayid masih memandang Humairah sinis. Begitu pelik dirinya saat memandang Humairah yang tidak berganjak daripada tadi. Memangnya dia tengah bermain ke? Gila.

Humairah tercungap-cungap mencari nafas. Sungguh benar-benar sesak dadanya ketika ini. Hancur berkecai hatinya. Humairah tak boleh dah. Kemarahan sudah menyelebungi hati Humairah. Dah nak meletus dah ni.

"Tuan Zayid! Please jangan buat saya hilang akal sekarang ni." Jiwa dan raga Humairah masih mampu bertenang. Zayid tersenyum sinis.

"Apa? Kau betul-betul nak aku gendong ke macam mana?" Zayid seperti tidak faham apa yang nak diluahkan Humairah. Dia masih sahaja berlaku tenang sedang Humairah berada dalam kepanasan.

Humairah mengetap gigi,geram dengan mamat dihadapan.

"Saya nak balik sekarang jugak Tuan Zayid." Balas Humairah tidak kasar bahkan tinggi. Ketenangan masih berkuatkuasa dihatinya.

"Tak. Apa sekarang ni? Habis yang kau tanda tangan untuk bekerja sebagai pengasuh untuk apa? Kau dah sampai sini. Dah tak boleh kembali lagi kerumah kau. Itu perjanjian dalam surat yang kau dah tanda tangan dan setuju. Stop it Humairah. Jangan buat kerja gila." Zayid pening dengan apa yang berlaku sekarang ini. Dia kemudian berpaling kebelakang ingin melangkah menuju ke bilik utamanya. Melihat Humairah yang seakan-akan gila hanya membuang masanya.

"Tuan Zayid. Saya tak habis cakap lagi! Tuan Zayid!" Panggil Humairah terhadap gerangan yang sudah pun pergi meninggalkan dirinya. Humairah dilanda kesedihan luar biasa. Dia menangis teresak-esak tanpa sesiapa tahu. Betapa sakitnya hati Humairah. Kenapa susah sangat mereka ingin mendengar apa yang Humairah nak kata. Lilie? Mengapa dia perlu menipu! Tahu tak Humairah tengah sakit sekarang ini. Kejamnya mereka!

"Cik Humairah,kamu kah itu?" Seseorang menghampiri Humairah yang tidak berdaya. Tiba-tiba sahaja mata berpinar ingin pitam. Belum sempat Humairah melihat yang datang,dia terlebih dahulu menutup mata.

"Allah! Tengku! Tengku! Tolong Tengku!" Jeritnya begitu kuat. Inilah kali terakhir Humairah mendengar suara seseorang yang cukup ia kenali. Dialah Kak Sara.

"Auch! Sakitnya..." Adu Humairah saat mata terbuka luas. Benar-benar sakit daripada kena accident tempoh hari. Baru sahaja Humairah ingin bangun dari duduknya,pantas seseorang menghalang.

"Jangan banyak gerak. Kau sakit lagi tu." Suara yang tidak janggal memenuhi ruangan telinga Humairah. Kesakitan dihatinya lebih pedih daripada kesakitan pada kakinya.

Humairah diam tidak membalas. Seketika Humairah mengendahkan sahaja nasihat dari Zayid. Dia bangkit duduk dari baringnya. Sempat dijeling Zayid sekilas. Kesah apa aku!

Kelihatan tiga orang budak sedang berdiri ditepi Humairah. Mereka berbaris mengikut urutan sambil tunduk memandang bawah. Naik terkejut Humairah saat melihat mereka. Apa yang berlaku sebenarnya?
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.

632022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now