26 |Takdir Kau & Aku

240 8 0
                                    

Air mata yang kian berhenti membuatkan Humairah mengukir senyuman kecil. Dia masih lemah. Pemandangan diatas bukit sememangnya indah luar biasa. Ciptaan Tuhan sungguh menakjubkan. Seketika Humairah mencari nafas yang hilang. Habis  sesak dadanya ketika mendaki bukit yang tinggi bukan main. Bahkan tangisannya juga turut bergabung sama dengan keletihan. Itulah mengapa Humairah suka bila pergi ke sini. Kerana keletihan itu juga cara Humairah menghilangkan kesedihan.

Saat ini,Humairah berada dipuncak paling tinggi di bukit tersebut. Hebat bukan? Humairah memang terer panjat memanjat ni. Cuaca juga sedang memberi kerjasama kepada Humairah.

Apabila merasa kian stabil,Humairah mula menghirup udara segar diatas bukit yang tinggi daripada tanah. Fikirannya jatuh pada kehidupan yang sudah ia jalankan dengan penuh usaha dan cabaran. Apalagi selepas ini? Masikah dia mampu untuk lebih bertahan. Atau dia akan berputus asa? Humairah juga sama memikirkan.

"Kenapa dia perlu berfikir sampai ke situ. Dia kena sawan ke apa. Dia ingat aku ni tempat melepas nafsu dia ke? Jangan mimpi. Memang tak lah aku nak beri dia free. Sesuka hati pula tu. Gila. Tuan Zayid gila!!" Marah Humairah dengan nadanya yang tinggi satu oktaf. Sungguh dia bencikan mamat kejam tu. Andai sahaja mereka berdua ditakdirkan bersama,Humairah sendiri akan hancurkan kebahagiaan tersebut. Percayalah.

Setelah melepaskan keluhan berat berkali-kali,Humairah duduk diatas bukit tersebut lantas menarik nafas panjang. Sesekali dia bersoal jawab dengan diri sendiri. Sungguh dia benar-benar kecewa dengan hidup yang dia alami. Humairah termenung memandang langit,lantas mula bermonolog sendiri.

"Kenapa aku yang perlu tanggung semuanya? Kenapa aku susah sangat memaafkan? Aku yakin dia akan berubah satu hari nanti. Dan aku harap,masa tu aku mampu memaafkan. Tapi kenapa dia. Kenapa Zayid? Kenapa bukan orang lain..." Humairah dilanda kesedihan kembali. Cukuplah dia tertanya-tanya tanpa jawapan. Dan dia pasrah dengan ketentuan Tuhan. Mungkin inilah yang dikatakan sebuah takdir. Dan Humairah cuba untuk terima.

Kini,Humairah lebih bertenaga dan lebih ceria daripada tadi. Dia nekad untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Lagipun,dia takkan mampu memutarkan masa. Apa yang berlaku,semuanya telah tertulis. Dan dia akan menjalani hari-harinya seperti biasa. Apapun yang menimpa dirinya. Dia akan terima dengan hati yang terbuka.

Kaki melangkah turun ke bawah. Ini adalah perkara yang paling Humairah suka. Turun daripada bukit itu seronoknya luar biasa. Tapi,menjunam kebawah itu seram menusuk ke dada. Humairah tersenyum girang lantas turun dengan penuh perasaan gembira. Sehinggalah Humairah kembali berdiri diatas tanah. Dia ingin pulang kerumah abinya sementara tiada sesiapa pun yang sedang mencari dirinya.

Dalam perjalanan ke rumah Tuan Hasyim,Humairah hanya berjalan kaki ke sana. Dia tidak mempunyai sebarang duit bahkan beg tangannya juga ada didalam rumah Tuan Zayid. Bagaimana dia ingin menumpang kenderaan sedang satu sen pun tidak ada pada dirinya.

Sedang Humairah melintasi jalan raya, tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Kaki terhenti saat kejadian tempoh hari yang dimana dia accident,terhayal kembali. Tiba-tiba sahaja Humairah tidak berdaya untuk menyeberang kesana. Jejantas juga tidak ada disekitar sini. Hanya satu jalan penyelesaian Humairah untuk ke tujuannya. Dia perlu memberanikan diri.

Semakin laju degupan jantungnya,hingga mampu didengarkan oleh Humairah sendiri. Nafas yang tidak teratur di kawal selagi boleh. Kaki mula melangkah kecil kehadapan.

"Ahhh Humairah. Lintas jelah. InsyaAllah takkan ada yang buruk berlaku dekat kau." Jerit Humairah pada dirinya sendiri. Entah mengapa dia berubah lemah. Dia memerlukan bantuan saat ini. Tapi siapa?

Sesuatu menyentak fikiran Humairah. Terasa tangan seseorang pada baju lengan panjangnya. Tiba-tiba sahaja Humairah melangkah sendiri dengan bantuan orang tersebut. Sehinggalah mereka tiba di seberang jalan. Seketika itu,dia melepaskan pegangan tadi,lantas bergegas pergi meninggalkan Humairah terpinga-pinga.

Humairah tidak dapat melihat akan gerangan yang membantunya sebentar tadi. Manusia tersebut jelas bukan seorang wanita kerana pegangannya yang tidak menjejaskan dosa. Gerangan tersebut hanya menggunakan hoodie berwarna hitam. Mana mungkin Humairah dapat melihat wajahnya. Dan akhirnya Humairah diselubungi pertanyaan yang tidak ada habisnya.

"Siapa dia? Peliknya. Tapi,aku tak sempat pun nak ucap terima kasih. Hm,apa-apa jelah." Humairah angkat bahu,lantas meneruskan perjalanannya menuju ke rumah Tuan Hasyim.

Setibanya dihadapan pintu rumah milik Tuan Hasyim,Humairah mengetuk lalu memberi salam. Bibir tidak lekang dari senyuman. Dia sedang menanti abinya bersama perasaan rindu yang teramat. Sudah beberapa hari dia tidak menjenguk bahkan berbicara dengan abinya. Sedihnya hidup Humairah kali ini.

Pintu dibuka bersama balasan salam dari Humairah. "Waalaikumussalam."

Terpancar wajah gembira dimuka Tuan Hasyim ketika melihat gerangan yang telah datang ke rumahnya. Humairah juga tersenyum gembira buat abinya. Setelah itu,barulah tangan Tuan Hasyim dikucup lembut oleh Humairah. Sudah lama dia tidak berbuat demikian.

"Abi tak nak jemput Mairah masuk ke? Hehe." Ujar Humairah yang merasa janggal dengan abinya.

"Iya,iya..masuklah." jemput Tuan Hasyim serta-merta. Humairah pantas membenamkan diri kedalam rumah yang menjadi satu-satunya tempat dia membesar.

Setelah duduk diruang tamu, Humairah mula berbicara lagi. "Abi apa khabar? Lama Humairah tak jenguk abi ni. Maafkan Mairah abi. Humairah memang tak ada masa free waktu bekerja baru ni. Mairah betul-betul sibuk." Jelas Humairah merasa bersalah kerana tidak mengambil tahu tentang abinya. Tapi,soal makan dan minum abinya semua ditanggung sepenuhnya. Jadi,Humairah tidaklah merasa risau lebih.

"Alhamdulillah,abi sihat saja. Macam ni jelah Zahra. Terima kasihlah makanan yang kamu selalu hantarkan untuk abi. Kamu macam mana kerja sana?" Tuan Hasyim juga sama membalas soalan dari anaknya. Dia kemudian bertanya tentang pekerjaan Humairah.

Humairah yang mendengar pantas terdiam. Lambat-laun dia kembali bersuara. "Semua baik je abi. Cukuplah sekadar ada tempat tinggal,makan semua tu. Lagipun kerja dia,mudah je. Tak lah susah sangat." Balas Humairah tenang. Sesekali dia teringat akan uminya.

"Abi...umi ada datang tak,tengokkan abi? Atau dia memang tak pernah jenguk abi." Ujar Humairah bersama soalan penting. Baginya,umi tirinya itu tidak pernah lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sungguh Humairah benar-benar kecewa dan tidak suka dengan uminya itu. Rasa sakit sahaja hati Humairah bila mengenangkan kata-kata dari umi tirinya tempoh hari.

"Kamu tu cuma budak yang tak ada mak. Hormat sikit dekat aku yang dah membesarkan kau dengan bapa kau sekali. Ini asyik menyusahkan aje! Heih,lepas ni. Kau pandai-pandailah cari kerja. Sara sikit hidup bapa kau tu. Lembab."

Tersentak lamunan Humairah ketika abinya menegur lembut. "Zahra. Kamu tak balik ke? Nanti bos kamu cari macam mana? Jangan risaulah tentang abi. Pandailah abi jaga diri. Kamu tu,tengah bekerja. Pergilah,hati-hati dijalan raya." Pesan Tuan Hasyim lantas berdiri meninggalkan Humairah kembali sendiri. Humairah pelik dengan abinya ketika ini. Adakah dia salah cakap? Hingga membuatkan hati abinya terasa? Habislah! Humairah berdosa. Tapi,melihatkan hari yang ingin berubah gelap membuatkan Humairah perlu kembali ke rumah Tuan Zayid. Dia terpaksa meninggalkan abinya dengan perasaan bersalah.

"Maafkan Humairah,abi! Mairah,pergi dulu ya. Abi jaga diri!" Jerit Humairah lantang agar abinya juga mampu mendengar pesanan itu. Selepas merasa aman,Humairah membuka pintu ingin keluar. Dengan keluhan berat,Humairah melanjutkan perjalanan ke rumah seterusnya. Sedikit letih hari ini. Lepas satu masalah berlaku,ditambah lagi satu.
Sesekali Humairah kagum dengan dirinya yang hebat bahkan kuat untuk menanggung ujian ini. Sungguh dia benar-benar mampu.
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.

10.3.2022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now