51 |Takdir Kau & Aku

212 6 0
                                    

Sebuah album menjadi tatapannya. Humairah kaku. Sungguh benarkan ini? Adakah Humairah hanya bermimpi? Mengapa...mengapa Puan Zarina perlu sembunyikan dirinya?

Air mata menitis turun membasahi pipi. Hingus disedut sedang menahan rasa sakitnya hati ini. Semua berlaku dalam masa yang sama. Humairah baru sahaja dilanda kesedihan,dan kini dia ditambahkan lagi satu kesakitan. Mengapa akhir-akhir ini dia selalu menerima takdir yang menyedihkan? Adakah Tuhan itu ingin menunjukkan bahawa Humairah seorang yang tabah? Semua bagaikan palsu buat Humairah. Dia takkan percaya selagi manusia itu tidak memberitahu padanya satu kenyataan.

Kaki bangkit dari duduknya,lalu bergegas mencari gerangan yang bernama Puan Zarina. Humairah perlu bertanya akan foto yang ada didalam album ini.

Kelihatan Puan Zarina elok duduk di atas kerusi,mungkin sedang sibuk menguruskan sesuatu di meja kerjanya. Humairah tidak berkata apa,malah dia mula menghampiri gerangan itu.

Album yang berada di genggaman tangan kanan milik Humairah dihempas sederhana kuat keatas meja. Mata yang penuh dengan air mencerlung tajam kearah Puan Zarina. Jelas dia terkejut melihat kelakuan tidak diduga dari Humairah. Dadanya diurut perlahan.

"Kenapa ni Zahra? A-apa yang—" Puan Zarina terdiam saat Humairah memotong bicaranya.

"Apa semua ni? Mama? Anti Rina? Sampai hati tipu Mairah kan." Pintas Humairah bersama nada yang agak lemah bahkan tidak kuat untuk melihat wanita dihadapan. Sungguh benarkah inilah realitinya. Jika benar,tolong ubah menjadi mimpi. Humairah tak sanggup menanggung peritnya sebagai seorang anak menunggu kehadiran ibu yang sudah lama tidak kembali.

"Zahra...mama—mama minta maaf. Mama boleh jelaskan—" Sekali lagi bicara Puan Zarina dipotong oleh Humairah.

"Huh? Mama nak jelaskan apa? Jelaskan kenapa mama tinggalkan Mairah dari kecil sampailah sekarang? Hinggalah abi dah tak bernyawa? Itu yang mama nak jelaskan? No need mama." Kepala digelengkan berkali-kali. Humairah mengesat air matanya yang tidak henti-henti dari mengalir. Bertambah deras adalah. Dia cuba untuk tidak menjadi anak derhaka even Puan Zarina yang terbukti bersalah. Walau bagaimanapun,Humairah tetap anak kepada Puan Zarina jugak. Sekurang-kurangnya masa kecil Humairah sempat disusukan oleh ibu kandung sendiri.

"Mama tak patut tinggalkan kamu sayang. Selepas mama dapat kenal dengan kamu,barulah mama tahu,kamu orang yang selama ni mama cari dan tunggu. Maaf Zahra." Air mata mengalir turun membasahi kedua belah pipi wanita yang sudah berusia itu. Humairah menggelengkan kepala sambil teresak-esak melihat wajah mama kandungnya. Dia seolah-olah tidak dapat menerima takdir semua ini. Orang yang selalu rapat dengannya adalah mamanya sendiri? Mengapa dia perlu tahu sekarang. Mengapa tidak ketika mereka mula-mula bertemu tempoh hari?

"Mama. Sampai hati mama tunjuk diri sekarang? Mama tak rasa ke apa yang selama ni Mairah hadap? Abi dah tak ada maa. Abi khawin lagi. Mama tak pernah tahu pun apa yang dia buat pada Mairah dan abi. Bukan sekadar tak tahu,tapi takkan pernah untuk tahu kan." Adu Humairah sayu. Wajahnya berubah merah serta-merta. Tolonglah jangan beri dia mengeluarkan air mata ini sekali lagi. Kenapa hari ini dan buka hari lain. Kerana semuanya sudah tertulis,dan inilah yang dikatakan sebagai takdir. Kau perlu terima walau apa jua sekalipun Humairah.

"Mama minta maaf sayang. Mama tak tahu macam mana nak jelaskan pada kamu. Mama—mama buntu. Mama tahu arwah abi kamu dah pergi. Dan mama tahu dia khawin lagi. Mama cemburu Humairah. Kenapalah mama terlalu bodoh untuk memikirkan diri sendiri,walhal kamu berdua benar-benar sengsara. Mama banyak dosa Zahra. Mama tak patut diberi maaf oleh kamu. Mama sedar,mama punca semua ni. Tapi satu je mama nak Zahra tahu." Jelas Puan Zarina begitu mengesat air matanya. Dia cuba mengawal tangisnya dengan menenangkan kembali hatinya.

Humairah yang ingin mendengar ayat seterusnya mengangkat muka melihat wajah itu. Sungguh hatinya benar-benar dihentam pilu.

"Mama sayangkan Zahra. Mama tak pernah lupa sekalipun Zahra dalam hidup mama. Mama selalu doa untuk dipertemukan dengan anak kandung mama yang selama ni mama tunggu-tunggu. Akhirnya,mama jumpa. Tapi jumpa dalam keadaan bukan diri kamu. Mama rindu anak mama yang selalu tersenyum manis. Mama rindu keprihatinan kamu. Mama rindu kasih sayang kamu. Mama rindukan perbualan kamu,luahan kamu. Andai mama juga ditakdirkan pergi. Siapa lagi yang ingin menemani kamu? Kamu dah besar panjang Zahra. Kamu gadis yang dibesarkan dengan baik. Mama izinkan kamu cari pasangan. Tapi kalau kamu ada impian,tolong beritahu mama ya sayang. Mama cuba bantu kamu. Mama nak lihat kamu berjaya. Mesti abi kamu juga ingin melihat benda yang sama." Sambung Puan Zarina lantas tersenyum lebar buat satu-satunya anak yang dia ada. Walaupun bukan dia yang membesarkan anak ini,tapi dia masih ingin melihat Humairah berjaya seperti orang lain. Dia tahu,Humairah ada impian dan harapan dalam hidup. Cuma masa yang menghalanginya.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now