24 |Takdir Kau & Aku

252 7 0
                                    

Selesai sahaja daripada membersihkan diri,Humairah memutuskan untuk beristirehat sejenak,memandang hari juga hampir gelap. Katil tempat dituju sebelum bantal gebu menjadi pilihan untuk dipeluk bagi menyelesakan dirinya yang ingin melakukan sesuatu.

Apabila merasakan cukup selesa,Humairah pantas membuka telefon Oppo Reno yang diberikan oleh Zayad. Sungguh,dia benar-benar tidak pernah memiliki telefon secanggih ini bahkan lebih maju daripada telefon lamanya yang sangatlah lapuk. Tetapi,itu tidak menjadikan Humairah akan membenci telefon tersebut. Itu sudah menjadi kenangan buatnya. Hampir enam tahun Humairah hidup dalam sosial media bersamanya.

Tidak lama kemudian,jari-jemari bermain diatas skrin telefon lantas membuka satu aplikasi. Terdapat nama seseorang pada notification telefon tersebut. Kelihatannya dia telah menghantarkan sebuah mesej melalui aplikasi WhatsApp.  Ini juga menjadi salah satu aplikasi yang terpenting dalam kehidupan sosial. Kerana ini satu-satunya cara agar kita lebih mudah bercontact rapat bersama dunia luar. Namun,entah mengapa dunia sekarang menggunakan aplikasi itu dengan seburuk-buruk cara. Sedih betul ya.

Nama kenalan yang terpapar sungguh membuatkan Humairah tersengih sendiri. Mengapa Zayad perlu letak namanya seperti itu? Bahkan dia sudah sedia untuk bercontact rapat dengan Humairah melalui telefon ini. Patutlah kenapa Humairah tertanya-tanya akan cara untuk dia dapat berhubung dengan Zayad. Rupanya-rupanya, dia dah sedia awal lagi.

"Haih,kenapalah you nampak lebih sweet dari abang you. Hmm." Luah Humairah terhadap perasaannya saat ini. Memang benar,bahawa Zayad lebih matang daripada Zayid jika dilihat melalui sudut pandangan Humairah. Tapi,tidak tahu pula jika dengan orang lain? Mungkin,mereka akan anggap sebaliknya. I don't know.

Mesej tersebut menjadi tumpuan seketika. Humairah menyentuh skrin telefon,kemudian menekan nama kenalan yang disimpan oleh Zayad sendiri, sebelum membaca keseluruhannya.

ZMkacak
Assalamualaikum. Salam perlu ada. I cuma nak beritahu,kalau you dah terbaca mesej ni. Means you dah perlu laksanakan tugas pertama.

I akan chat you untuk tanya tentang anak-anak. Pastikan you selalu on. I malas nak tunggu lama. Pastikan juga you buat kerja tu tanpa pengetahuan sesiapa.

Last but not least!

Jangan lupa beri kasih sayang pada mereka. I rasa,cuma you yang mampu ubah semuanya. I believe on you Mairah. Take a good care for them. Gnight and sweet dreams.

You can tell me about their condition. (Lepas baca).

-

Keluhan berat dilepaskan. Kenapalah Humairah perlu bekerja waktu malam macam ni. Tadi,tak nak pulak pesan awal-awal. Last minute baru nak arah sana,arah sini. Mengada.

Humairah lambat-laun membalas mesej tersebut bersama perasaan gundah. Takkanlah dia perlu kembali masuk ke ruangan Aisyah,Umar dan Zarif? Baru nak terlelap, tiba-tiba sahaja segar. Haih,ini yang dikatakan tugas pertama? Berat sungguh!

-

ZMkacak

Waalaikumussalam,baiklah tugasan pertama diterima.

Saya akan cuba sentiasa online Tengku Zayad. No  worry lah. Saya akan usaha. Tentang you,saya just buat lupa and buat tak tahu. Means settle.

InsyaAllah. Lepas ni lah saya update kerja. Penatlah Tengku Zayad. Saya nak rehat pun tak dapat lagi ni.

-

Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar untuk melihat keadaan mereka,tiba-tiba sahaja notification kembali berbunyi. Humairah hanya menutupkan kedua matanya sebelum bibir mengukir senyuman pahit. Tengah menahan sabar daripada terkeluar itu memang pedih! Dengan hati yang terpaksa,Humairah meninggalkan sejenak mesej dari orang tersebut kemudian keluar daripada biliknya.

Setibanya dihadapan pintu bilik Aisyah,Humairah membukanya perlahan. Risau jika menggangu lenanya. Awal benar Aisyah melelapkan mata. Padahal,jam baru menganjak ke pukul 8 malam. Pelik,tapi dilupakan.

Setelah mendapati bahawa keadaan Aisyah baik-baik sahaja,dia lantas ingin ke ruangan seterusnya. Bilik tidur Umar menjadi tujuan. Ketika masuk,Umar elok mengulang kaji pelajaran. Dia tampak sibuk bahkan juga merasa tertekan. Humairah merasa kasihan kepada Umar yang masih tetap berusaha. Dan Humairah terlupa sesuatu. Dia lupa akan pintu yang tidak diketuk olehnya. Habislah jika Umar tahu tentang hal tersebut.

Dengan cara perlahan Humairah keluar dari kawasan itu. Sesekali nafas lega dihela. Baginya,ini sudah menjadi seperti pencuri! Gila betul Zayad memberikan dia tugasan seperti ini dihari pertama! Habis penuh dosanya terhadap anak-anak Tuan Zayid.

"Phew. Sikit je lagi nak sampai ke penghujung. Zarif pasti tidur. Tak apa,pandailah aku bina ayat untuk dia." Bebel Humairah pada hatinya sendiri.

Dengan pantas Humairah bergegas ke biliknya semula bersama ketenangan jiwa. Telefon dibuka kembali sebelum menghantarkan mesej buat tugasan pertamanya. Sementara itu,sempat juga Humairah membaca balasan dari Zayad. Ternyata dia sedang online. Patutlah cepat saja mesej Humairah dibaca.

ZMkacak
Hm. Good.

Take your time. I tak paksa atau suruh sekarang. Tapi yang I tahu,malam ni you kena update. Kalau tak,potong gaji.

Tercengang Humairah membaca. Apa dia tengah buta ke sekarang ni? Potong gaji akan jadi masalah pada dia ke? Semestinya tidak. Gaji mahal,buat apa nak takut kalau kena potong sekalipun. Humairah sanggup terima satu sen jelah buat kerja ni. Tak hadap pun duit banyak macam tu.

Setelah selesai membuat ayat,maka mesej yang berupakan kerja khas buat Humairah akhirnya dihantar.

ZMkacak

Tugasan 1.
-Aisyah
•keadaan dia okey. Sihat belaka. Tak ada yang penting atau masalah dekat dia. Feel better. Dia dah tidur. Untuk pengetahuan you. Setiap malam,Aisyah akan tidur dalam pukul 9 paling lewat. Dan malam ni,saya tak tahu kenapa dia tidur awal. Maybe dia letih. That's all.

-Umar
•keadaan dia okey,tak ada apa-apa problem. Tengah study tapi nampak stres and terpaksa je. Dia tak tidur lagi. Tapi saya rasa kejap lagi dia akan masuk tidur. Jangan risau. That's it.

-Zarif
•keadaan dia waktu saya tiba dekat sini,tak berapa okey. Dia nangis nak jumpa saya. And dia risaukan saya. Semua ni,salah you ok! Lepas saya sampai,semuanya berjalan dengan lancar. Dia tenang kembali. Dan saya bagi dia tidur. Apapun dia fine. No worry.

You nak potong gaji? Saya lagi suka. Anyway,saya nak masuk tidur. Goodnight Tengku Zayad.

-

Setelah tugasan pertama selesai. Humairah tidak lagi membaca balasan daripada Zayad. Dia langsung mematikan telefon lantas menepuk-nepuk bantal dan selimut sebelum tubuh dibaringkan selesa. Nafas dihela kemudian termenung buat seketika.

"Kalau Tengku Zayad hidup lagi. Habis,kenapa mamat poyo tu nak sedih bagai? Eish,kan dia tak tahu lagi kalau Zayad still alive! Kejap. Kenapa Zayad perlu sembunyikan kehadiran dia dari mereka? Dia buat salah ke? Atau....ergh,entahlah. Jangan sibuk hal mereka Humairah. Kau cuma seorang pekerja. Bukannya sebahagian dari mereka. Tapi kenapa mesti aku?! Huaaaa.."

Lamunan terhenti lantas mematikan lampu. Selimut ditarik hingga ke paras bahu. Mata dipejam rapat sebelum dibawa ke alam mimpi.
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.

932022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now