5 |Takdir Kau & Aku

367 9 0
                                    

Kemeja putih disarungkan ke tubuh badan sebelum tali leher dipasangkan. Setelah itu,barulah kot hitam disarungkan agar lebih kemas untuk dia yang dikenali sebagai bos dalam sebuah syarikat besar. Sesekali rambut diselaknya hingga kemas. Sebelum dia keluar daripada bilik,tidak lupa juga jam tangan yang berjenama itu digunakan pada lengan kirinya. Stoking hitam menjadi pilihan terakhir sebelum dia kembali ke cermin yang sedang memantulkan kekacakan yang dia ada.

"Cun."

Kaki mengorak langkah turun ke dapur ingin bersarapan. Seketika jam menunjukkan pukul sembilan,Zayid meraup wajahnya lantas bergegas ingin ke parking kereta.

"Selamat pagi Tuan Za-"

"Ya,selamat pagi kak Sara. Zayid dah lambat,simpan je makanan tu." Ujar Zayid kemudian menyarungkan kasut pada kakinya yang sudah dilapisi dengan stoking.

Kunci kereta ditekan kemudian masuk ke dalamnya. Enjin dihidupkan lalu meluncur laju ke lokasi yang dimana terletaknya syarikat milik Zayid. Atau lebih tepatnya Syarikat HZ.

Dengan perasaan gelisah dan risau bahkan juga marah membuatkan Zayid tekanan diawal pagi. Nasib baiklah anak-anaknya sudah pun dihantar ke sekolah awal lagi oleh pembantunya Lilie. Kalau tidak,semakin stres lah Zayid pada kerjanya.

Semasa tiba dijalan raya besar,Zayid tidak perasan akan lampu isyarat yang sudah pun berwarna kuning ingin berubah ke warna merah. Dengan selamba sahaja Zayid menekan pedal minyak yang membuatkan keretanya meluncur dengan laju. Kalah dah kelajuan kereta sport. Memangnya kerja itu penting ke daripada keselamatan dia?

Dan tanpa disedari Zayid benar-benar telah melanggar seorang gadis yang kelihatan lemah saat berjalan. Begitu panik Zayid sambil tidak henti dari menekan hon berkali-kali. Tetapi gadis tersebut juga tidak ada tanda-tanda ingin menyelamatkan diri walhal dia boleh sahaja berlari laju ke tepi demi keselamatan dirinya sekarang ini.

Papp!

Hentakan kuat terdengar oleh Zayid sendiri. Dadanya diurut perlahan. Dia masih sahaja panik dengan apa yang baru sahaja berlaku. Pasti sakit yang dirasakan oleh gadis tadi luar biasa. Zayid adalah manusia yang tidak berhati lembut bahkan juga tidak ada belas kasihan dalam dirinya. Itu sudah lama semenjak satu-satunya adik yang dia ada,telah pun meninggalkan dunia.

Zayid. Kejam mana pun dia, dia masih tetap mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Dia keluar daripada perut kereta kemudian berjalan menuju kearah seorang gadis yang jelas penuh dengan darah pada baju dan wajahnya. Bukan itu sahaja,beg tangannya yang kelihatan buntu itu sudah terpelanting jauh dari kedudukannya. Zayid jelas nampak nasi bertaburan diatas jalan raya. Tahulah dia bahawa gadis itu bukan orang berada,namun orang yang susah. Sesekali dia ingin menolong gadis ini walau apa juga cara sekalipun.

"Allahu! Apa aku dah buat ni. Argh!" kata Zayid seakan akan tidak percaya dengan kesan yang sudah terkena pada susuk tubuh gadis tersebut. Gadis yang tidak bersalah bahkan tidak dikenali olehnya sudah pun tidak menghembuskan nafas seperti tadi. Rasa bersalah terbit disisi hati yang paling dalam. Apakah makna disebalik semuanya?

Zayid terpaksa menanggung salahnya dengan membawa seorang gadis masuk kedalam kereta. Dia ingin menghantar terlebih dahulu gadis itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuknya.

Sesampai nya dihadapan hospital,Zayid keluar dari perut kereta kemudian menuju ke pintu sisinya. Apabila terbuka luas,barulah Zayid membawa keluar tubuh gadis itu sebelum dibawa masuk bagi rawatan utama buatnya. Sebelum gadis itu diletakkan kedalam bilik utama. Sempat juga Zayid menilik satu persatu wajahnya. Cukup menarik perhatian tapi bukan pada Zayid.

"Tolong beri dia rawatan yang cukup. Pastikan bila aku kembali, dia dah sedar. Aku harapkan kamu sekarang ni. Tolong usaha lebih. Lagi satu,apa-apa yang berlaku boleh terus call aku." Pesan Zayid sebelum bergegas keluar daripada hospital ingin menuju kembali ke tempat kerjanya. Sudah lewat tahu!

Zayid yang baru sahaja menyedari sesuatu pantas menghela nafas berat. Dia terpaksa menyalin baju lain demi menghilangkan kekotoran darah daripada gadis tersebut. Kalaulah semuanya berlaku tanpa salah Zayid,sudah pasti gadis itu dimaki hamun olehnya dengan begitu keras bahkan ganas.

Kepala diurut perlahan kerana pening dengan kejadian yang tidak terduga tadi. Zayid ingin melupakan hal tersebut namun tidak dapat. Disebabkan perasaan risaunya semakin terasa,Zayid hanya diam tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu panggilan daripada sana. Intercome didalam pejabat miliknya berbunyi menandakan Kahdijah sedang membuat panggilan. Zayid lalu mencapai intercome tersebut sebelum dijawabnya panggilan itu.

"Yes?" Zayid terlebih dahulu bersuara.

"Tengku Zayid,hari ini ada mesyuarat penting selepas lunch nanti. Mohon Tengku tak ada perjumpaan dengan siapa-siapa nanti ya." Jelas Kahdijah dihujung talian selaku memberi ingat kepada Zayid.

"Hm. Baik." Dua patah perkataan dibalas kemudian talian dimatikan selepas itu.

Zayid meraup wajahnya kesal lantas kembali duduk di kerusi roda tersebut. Dia membalikkan badan memandang pemandangan luar melalui cermin yang mampu menembusi dunia luar.

Sesekali Zayid memikirkan tentang gadis tersebut. Mengapa dia perlu berdiam diri sebenarnya? Or dia sengaja nak minta bunuh diri? Ah sudah! Kenapa Zayid perlu jumpa orang macam dia.

Zayid sedang memikirkan meeting yang akan berlangsung nanti. Dia patut memilih samada stay untuk meeting penting ni,atau pergi ke hospital bagi menyelesaikan tanggungjawab nya. Tapi dia boleh saja memilih meeting,namun pasti dia tidak mampu untuk lebih focus ketika itu. Sudah semestinya,dia akan cuba menunggu panggilan dari pihak hospital lagi.

Kring...kringggg

Dengan pantasnya Zayid mencapai telefon yang sudah diam diatas meja. Dia menjawab panggilan itu serta-merta. Perasaan bercampur baur ketika ini.

"Kamu Tengku Zayid bukan?" Soal orang tersebut dihujung talian.

"Ya,saya. Tolong beritahu keadaan pesakit tadi segera." Pinta Zayid risau. Dia masih sahaja bersikap positif walaupun dia tahu,benda tu masalah besar.

"Dia mengalami kehilangan darah begitu banyak. Sampai sekarang,dia masih tidak sedarkan diri. Saya harap Tengku boleh faham. Saya jamin dia akan selamat tapi mungkin dia tidak ada daya upaya untuk buat itu dan ini,hinggalah dia sendiri sembuh sepenuhnya." Jelas doktor tersebut sebelum dia mematikan panggilan.

Zayid hanya diam seolah-olah dia memang pesalah. Apa perlu dia buat demi menyelamatkan nyawa seseorang? Tapi Zayid yang dikenali orang ramai,tiada sifat belas kasihan walau itu terang lagi jelas salahnya!

"Kenapa masalah ni selalu muncul dalam hidup aku. Rimas lah! Huh, tak boleh ke orang lain yang pergi langgar dia! Kenapa aku jugak!" Wajah Zayid berubah menjadi merah seketika. Dengan penuh hasutan syaitan, tiba-tiba sahaja meja diketuk kuat bahkan orang yang berhampirannya pasti dapat mendengar bunyi kuat tersebut. Nampak sangat Zayid stres ketika ini.

"Apahal dengan Tengku Zayid tu?" Soal salah seorang dari pekerja bawahan Zayid yang elok melakukan kerja. Mendengar sahaja bunyi kuat daripada atas membuatkan mereka mula tertanya-tanya.

"Manalah aku tahu. Tapi,yang pastinya aku dengar-dengar...Tengku Zayid tu dah langgar orang." Bisik seorang lagi kawannya. Mereka sudah mengangguk faham.

"Kejam betul Tengku Zayid tu sampai nak bunuh orang. Gila!" Balas seorang lagi,namun masih perlahan nada mereka.

"Kalau aku lah kan...dah lama aku saman je Tengku tu. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Celahnya seolah olah tidak suka dengan Zayid.

"Aku sokong yang tu!" Seorang lagi cukup Setuju dengan kata-kata tadi. Hinggalah seseorang mendatangi mereka. Habis kecut perut mereka semua ketika ini.

"Bos!"

Semua tayang wajah bersalah besar! Bahkan jantung mereka turut mengepam laju seakan-akan sedang mengalami sesak nafas.

"You're all FIRED!!" Jelas penuh bingit telinga mereka dengan kata-kata Zayid sebentar tadi. Benar-benar menusuk ke hati mereka. Inikah lelaki yang dikenali sebagai Tengku Zayid berhati suci mahupun murni? Semestinya tidak!

.
.
.

Terima kasih atas masa yang sudah diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua!💗

27022022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now