8 |Takdir Kau & Aku

308 9 0
                                    

Mengenangkan kata-kata yang telah dilemparkan oleh Humairah kepada mamat poyo lagikan sombong itu membuatkan dia lebih merasa bimbang. Bahkan hari-harinya dipenuhi dengan hayalan jejaka tersebut. Apa nak jadi pun tak tahulah. Puas Tuan Hasyim bertanya kepada Humairah,namun satu pun tak pernah dibalas jujur. Humairah tidak berniat ingin menipu kepada abinya,namun kerana itu hal dia dan tak ingin di masuk campur oleh sesiapa. Lagipun Humairah tak nak menyusahkan sesiapa, lagi-lagi itu abinya.

Telefon bimbit yang sudahpun dipulangkan oleh Zayid hari itu, dicapai oleh Humairah saat ia bergetar minta diangkat. Humairah yang ketika itu sedang menjemur pakaian,pantas berlari masuk kedalam bilik. Hebat tak telinga Humairah? Mestilah. Walaupun telefon tu agak buruk,tapi speaker dia memang power. Ini salah satu teknologi berbaloi untuk orang zaman sekarang gunakan. Jadi tak perlu memekak teriak sana,sini panggil mak,ada orang call. Korang cuma perlu lihat dan duduk. Biar mereka sendiri yang pergi angkat panggilan orang tu.

Panggilan diputuskan. Humairah sedikit terlambat untuk mencapai telefonnya. Tiba-tiba sahaja nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Humairah sedikit terkejut,lantas menjawab panggilan itu.

"Kau memang pekak ke? Dah beribu kali aku call, kau berlari macam kura-kura kan!" Ucapnya sedikit mendatar bahkan kasar dengan hinaan. Ya,dialah jejaka poyo lagikan sombong tu. Dia sedang bercakap ditalian. Humairah sudah menyapu dadanya yang berombak kencang. Marah betul dengan kata-kata mamat sombong sebentar tadi. Sesedap rasa je nak mengata orang! Dia ingat,dia hebat sangat ke sampai ke tahap hina menghina! Wah,tak boleh jadi. Humairah menggelengkan kepala beberapa kali.

"Dengar sini baik-baik. Bersiap cepat,aku bagi lima minit. Kereta aku,dekat luar rumah kau. Lambat,kau tahulah nasib buruk yang akan datang." Sambungnya lagi dihujung talian bersama ugutan maut. Humairah sudah panik sendiri. Dia membiarkan sahaja telefon tersebut diatas meja kemudian bergegas kebelakang rumah. Pakaian yang belum selesai dijemur diabaikan sahaja dulu. Dia perlu bersiap dengan segera walhal dia tak nak pun dengar cakap mamat tu! Tapi apakan daya,ini juga berpunca dari dia. Hadap aje lah dugaan ni.

Usai itu,Humairah masuk semula kedalam bilik. Beg tangannya dicapai. Baru sahaja dia ingin pergi. Terbeliak Humairah saat mendengar suara lelaki yang masih bergema dihujung talian. Dan dia sedang mengira masa! No!

10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..

Tepat pada masanya,Humairah berdiri dihadapan kereta milik mamat poyo tersebut. Tiba-tiba,cermin kereta turun dengan sendirinya. Tersembul lah wajah Zayid yang penuh dengan bengis. Humairah hanya diam tidak melihat lama. Boleh pitam bila lihat wajah ketat dia tu. Dah lah poyo,sombong,dingin pulak tu! Kenapalah hidup aku selalu dipertemukan dengan orang-orang yang jahat.

"Lambat satu saat." Dia mula berbicara dingin. Naik terkejut Humairah ketika mendengar bicaranya itu. Satu saat pun boleh berkira? Wah! Intresting hah!

"Awak nak apa? Tolonglah jangan seksa saya. Sayaــــ" belum sempat Humairah menghabiskan ayatnya,pantas dipotong Zayid.

"Masuk sekarang." Dia mengarahkan Humairah untuk masuk kedalam kereta. Pelik bukan? Humairah sendiri masih diam tak berganjak. Mungkin sedang mentafsir satu persatu ayat dari Zayid yang didengarnya sebentar tadi.

"Jangan jadi lembab boleh tak?" Sekali lagi dia mencelah. Humairah memutarkan bebola mata sebelum masuk kedalam perut kereta. Dia,dengan selamba duduk ditepi Zayid.

"Jangan duduk sini. Pergi duduk hadapan sana." Api kemarahan Humairah tidak mampu bertahan lagi. Dia dengan kasar membuka pintu kereta lantas menutup kuat. Setelah itu, kedudukan kini sudahpun berubah.

"Go." Ujar Zayid kepada pekerjanya. Kereta mulai bergerak pantas menuju ke sebuah tempat.

Kini, mereka berdua tiba disebuah rumah yang begitu besar. Humairah masih sahaja terlopong saat melihat keindahan rumah yang tersergam indah dengan hiasan serta renovasinya. Flora juga turut sama menjadi pilihan sebagai reka bentuk luarannya.

"Tutup mulut tu. Masuk lalat jangan nak salahkan aku." Sempat mamat poyo itu mengutuk Humairah. Tahulah bahawa Humairah tak pernah pergi kerumah besar dan mewah seperti ini. Kasihan benar ya. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi orang yang tidak berkemampuan seperti Humairah. Walaupun tak ada harta,yang penting ada jiwa. Biar kita miskin harta,jangan miskin adab dan akhlak. Benar bukan? Sudah semestinya.

Sementara melihat-lihat pemandangan dari luar kawasan rumah tersebut,Humairah terhenti dari melangkah. Otaknya sedang memproses sesuatu yang amat penting baginya. Entah mengapa, perasaan yang begitu gembira hadir ketika Humairah menjejaki kesini. Adakah sesuatu yang menarik perhatian melainkan harta dan keindahannya?

"Zarif? Rumah?" Sebut Humairah perlahan. Tanpa ia sedari, sepasang mata sedang merenungnya tajam.

"kau buat apa tercegat dekat situ! Cepat sini sekarang!" Ujar Zayid semakin kuat. Sakit betul hatinya dengan minah ni. Keras kepala betul!

"Ya! Nak datang lah ni. Tak boleh ke kalau diam satu minit. Bisinglah." bebel Humairah. Akhirnya,rasa tekanan hadir didada. Lantaklah apa yang akan jadi,yang pastinya Humairah tak mampu menahan lebih banyak lagi. Memang nak kena ajar betul mamat sorang ni.

"Aku nak kau tunaikan janji kau. Mulai hari ini,aku akan bagi kau peluang untuk jadi pembantu aku. Atau lebih tepatnya,jadi pengasuh buat anak-anak aku. Soal gaji,jangan risau. Lagi satu,kalau anak-anak aku merengek benci kau. Maka,terimalah akibat yang berat dari aku. Faham tak?!" Tiba-tiba sahaja Zayid memberi arahan seperti ini. Naik terkejut Humairah mendengar. Bagaimana mungkin dia akan diambil berkerja sebagai pengasuh buat anak-anak Zayid sedangkan dia tidak reti! Habislah dunia Humairah Zahra. Nak tak nak,dia terpaksa terima peluang tersebut. Bukan kerana rela,tapi kerana paksa dan janji yang pernah disalah sebutkan oleh Humairah sendiri. Full of mistakes!

"Ya,saya faham. Jangan ulang lagi,saya tak nak dengar. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk jadi pengasuh mereka." Dengan rasa terpaksa,Humairah hanya pasrah. Jika ini memang takdir untuknya,buat apa dia perlu tolak mentah-mentah. Tidak salah juga untuk dia mencari duit pada masa genting seperti ini. Inilah sebuah peluang untuk Humairah mencari nafkah,demi abinya.

"good. Aku pergi dulu. Apa-apa boleh tanya pembantu aku,Lilie. Dia ada dekat dalam. Masuk cepat. Aku ada banyak kerja. Ingat kata-kata aku." sempat lagi diberikan pesanan ringkas bahkan berbaloi buat Humairah. Dengan hati bahagia,Humairah masuk kedalam rumah.

Pintu aku tutup rapat tanpa membuatkan sebarang bunyi atau suara. Setelah itu,mata tidak lekang dari memandang sekeliling ruangan yang ada. Sungguh cantik-cantik belaka. Bahkan juga tersusun rapi dan kemas. Baru sahaja Humairah ingin ke situ dan kesini, kelihatan begitu malu pulak saat terlihat susuk tubuh yang elok sedang menyediakan sesuatu diatas meja dapur tersebut. Humairah sedikit demi sedikit mula berbicara ramah.

"Hai,saya Humairah. Salam kenal." Tangan dihulurkan kepada seorang gadis. Nasib baiklah mereka tidak sombong pada Humairah.

"oh! Kamu rupanya Humairah yang selalu menjadi tumpuan si kecil Tengku." Balasnya dengan senyuman manis. Humairah mematikan senyuman,lantas berfikir sesuatu.

Tumpuan apa?
.
.
.

Terima kasih atas masa yang terluang. Shukran jazilan, Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua 😍💗

132022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now