12 |Takdir Kau & Aku

291 7 0
                                    

Tangisan yang semakin pudar diseka dengan tuala kecil. Paip ditutup selepas digunakan sebentar tadi. Habis berona merah seluruh wajah Humairah. Entah mengapa dia perlu menangis sepanjang hari sedang dia tidak pun bersalah. Mungkin kerana kata-kata yang dilemparkan oleh mamat sombong itu yang menyakitkan hati Humairah.

"No! Humairah No! Stop crying like a baby! You are not wrong. But they are the ones who are wrong! " Kata Humairah pada dirinya. Dia hanya memandang wajah yang sudah bengkak dihadapan cermin. Kenapa setiap kali dia mengingat kata-kata mamat tu,dia akan sedih? Sepatutnya dia gembira,kerana perjanjian sudah pun musnah.

"Huh. Sabar Humairah. Dia kan memang kejam! Tak kesah lah kalau dia marah sekalipun. Tak mati lagi kan? Yes! Yes! Adakah aku bebas? Maybe." Bibir mengukir senyuman kecil. Namun rasa sakit di hati,masih belum terubat.

Selepas membersihkan diri,Humairah mengorak langkah keluar daripada bilik air. Kelihatan Tuan Hasyim sedang menunggu kehadirannya. Dia elok sahaja duduk diatas sofa. Humairah telan liur. Daripada semalam hinggalah menjelang pagi,Humairah tidak memunculkan diri dihadapan abinya. Dan sekarang,mereka berhadapan satu sama lain. Tiada lagi yang boleh ia sembunyikan, lambat-laun semuanya akan terbongkar.

"Mana Zahra pergi semalam? Abi tidak nampak pun kelibat Zahra? Tidak balik ke?" Soal Tuan Hasyim begitu mendatar. Anak mata anaknya direnung tajam.

Humairah sudah buntu memikirkan. Dia tahu,dia tidak perlu menipu lagi! Kerana abinya pasti lebih mengetahui. Humairah berdehem sebelum mula berbicara. Sengaja dia berdehem agar abinya tidak akan syak bahawa dia baru sahaja selesai dari menangis.

"Ehem. Humairah...Humairah pergi...pergi kerja." Balas Humairah begitu gelisah. Dia masih tidak tahu ingin membalas apa. Tergagap-gagap dia berbicara.

"Kamu kerja dengan siapa? Dekat mana? Halal ke tidak?" Soal Tuan Hasyim lagi. Kali ini, pertanyaan yang begitu sulit pulak diajukan. Humairah sudah terbuntang. Seriuslah abi dia macam ni? Kalah detektif!

"Humairah kerja biasa je abi. Dengan manusia dan manusia tu perempuan. Abi jangan risau,Humairah masih boleh fikir lagi halal dan haram." Jawab Humairah begitu selamba bahkan sedikit tenang daripada tadi. Nafas dihela perlahan. Boleh sesak kalau macam ni.

"Hm. Lain kali beritahu abi kalau dah sampai rumah. Jangan buat kita risau." Ujar Tuan Hasyim begitu berlalu pergi meninggalkan Humairah kembali sendiri.

"Phew. Habis aku kalau hari-hari ditanya macam tu." Monolog Humairah lantas bergegas masuk kedalam biliknya.

Baru sahaja Humairah ingin menyuapkan sesudu nasi kedalam mulut. Telefon miliknya pantas berdering kuat. Mata dipejam ingin ketenangan hadir dalam jiwa, sebelum telefon dicapai.

Tertera di skrin telefon nama pemilik nombor tersebut. Humairah sudah terbuntang luas. Dadanya berombak kencang. Apalagi mamat ni nak?!

Ya. Mamat poyo lagikan sombong sedang membuat panggilan dengannya. Begitu Humairah berjanji pada dirinya untuk tidak mengangkat mana-mana panggilan yang berkenaan dengan mamat itu. Dan jawapannya ialah,Humairah menekan punat merah. Dengan senang hati dia menolak panggilan manusia kejam.

"Oh. Lepas aku dah pergi,baru kau terhegeh-hegeh nak minta maaf ya? Pergi buang jauh-jauh niat kau. Tahu pun bersalah. Lain kali,jangan nak dimenangkan ego tu." Bebel Humairah sendiri dengan riak paling rimas yang dia pernah rasa. Sesudu besar nasi disumbat masuk kedalam mulut dengan kasar. Habis hancur mood sarapan aku!

Sudah ke-sepuluh kali telefon Humairah berdering minta diangkat. Dan kesemuanya diendahkan saja oleh Humairah. Walaupun dia sendiri rasa stres dengan telefonnya,tapi kesabaran masih berleluasa didalam jiwa. Niat nak masukkan telefon ke dalam tong sampah. Tapi kerana dunia sekarang ni harga telefon dah cekik darah,Humairah pun bersabar selagi mampu. Kalau tidak,dia sendiri akan menyesal.

Kring.....
Dan ini kali ke-sebelas dia berdering. Humairah mengetap gigi lantas bangkit berdiri. Dengan perasaan yang tidak mampu ia tafsirkan,telefon tersebut dijawab olehnya. Humairah menekan punat hijau.

Kedengaran bising suara Zayid dihujung talian. Humairah hanya tersenyum sinis. Suka mendengar bebelan mamat sombong tu. Tahu pun rasa stres,marah tu macam mana!

"Kau!! Ergh! Please. Aku nak minta tolong sesuatu. Aku minta sangat kau lupakan hal kelmarin. Sekarang ni aku betul-betul nakkan pertolongan kau. Please..." Jatuh ego seorang yang bernama Tengku Zayid! Kemenangan akhirnya berpihak pada Humairah Zahra. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah! Padan muka. Humairah nak gelak kuat,tapi dia tahan seketika. Dengan berlagak Humairah mula membalas.

"Hm? Apa awak kata? Nak minta tolong? Saya rasa,orang macam saya ni. Tak patut menolong orang yang tinggi macam awak. Saya ni kan biasa aje. Mestilah tak mampu nak tolong orang besar macam awak. So,i can't." Sengaja Humairah berkata sedemikian. Dia nak lihat kemarahan dan kemohonan dari orang seperti Zayid! Biar dia tahu,manusia ni sama saja pangkat dia! Manusia tetap manusia!

"What?! Huh.. okey,listen. Aku nak minta maaf tentang kelmarin. Aku nak jumpa kau face to face. So,please. Jumpa aku dekat rumah. Kau je aku boleh minta tolong sekarang ni." Kedengaran nada merayu daripada Zayid. Nampak sangat dia benar-benar inginkan pertolongan daripada Humairah. Tapi,apa sebenarnya yang berlaku? Zayid sudah meraup wajahnya. Terasa malu dilubuk hatinya. Entah kenapa,ini seperti perkara yang tidak pernah terluah di mulut Zayid sendiri.

"Jumpa? Saya sibuk." Balas Humairah masih pada bencinya. Sebenarnya,siapa yang ego sekarang ni? Adakah Humairah sudah termakan oleh ego sendiri. Heih,inilah dia perempuan. Bila dah seorang ego menggunung. Maka,dia juga akan ikut sama membukit.

Jelas kedengaran keluhan berat daripada Zayid.
"Humairah. Please. Aku nak minta maaf dengan kau. Ya,aku tahu aku salah sekarang ni. Dan aku nak minta maaf pada kau. Aku dah sedar kesalahan aku. Kali ni je Humairah. Aku yakin kau akan terkejut bila tahu permintaan aku." Sekali lagi Zayid memohon maaf dengan nada yang begitu lembut. Pertama kali Humairah mendengar nadanya berubah lembut. Tenang je rasa. Sedikit luluh hati Humaira saat ini. Bukan itu sahaja. Mamat sombong tu boleh tahu nama Humairah? How?! Wah,ini juga kali pertama Humairah mendengar jejaka poyo tu melafazkan namanya. Dengan perasaan ingin tahu Humairah pun membuat keputusan.

"Fine. Awak nak minta tolong apa? Tolong jangan minta yang lebih dan yang saya tak mampu." Jelas Humairah kemudian memberi sedikit amaran dihujung ayatnya. Humairah tidaklah sekejam Zayid. Dia,walaupun dah banyak kali orang menghina bahkan pijak dirinya. Tapi itu tidak menjadikan Humairah perlu membalas perbuatan tersebut bahkan juga berdendam dengan orang tersebut. Itu bukanlah diri Humairah Zahra.

"Yes! Thanks. Aku nak kau pergi rumah aku sekarang ni. Ataupun,aku akan suruh driver aku ambik kau dekat situ. Aku perlukan kau. Anak aku sakit. Jumpa nanti." Begitu Zayid menjelaskan dengan penuh perasaan,talian dimatikan. Humairah sedikit terkejut bahkan jantungnya turut berdegup kencang. Mendengar sahaja penjelasan ringkas itu, membuatkan Humairah ingin bergegas kesana. Ya! Satu nama bermain diminda Humairah.

"ZARIF!"
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. I appriciate your time. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua 💗.

532022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now