31 |Takdir Kau & Aku

232 6 0
                                    

Humairah berjalan seiringan dengan Tengku Zayid. Mereka berdua melangkah ke dapur setelah sekian lama ditunggu-tunggu. Kalau bukan Umar yang pergi memanggil mereka berdua,memang sampai esok lah dua-dua bertekak memanjang. Habis busuk dah makanan tu.

Wajah paling muram sekali ditayangkan. Humairah melabuhkan punggung ditepi Umar, berhadapan dengan Lilie. Pinggan yang elok tersedia menjadi tatapan. Hinggalah,Puan Zarina menegur dirinya.

"Zahra? Kamu okey?" Tiba-tiba sahaja Puan Zarina bertanya seperti itu. Mendengar panggilan itu,pandangan Humairah tertumpu pada Puan Zarina. Hati Humairah merindukan abinya yang keseorangan di rumah. Sungguh,seperti apalah keadaannya disana. Sedikit tersentak juga Humairah saat mendengarkan namanya disebut sebagai Zahra daripada Puan Zarina. Cukup pelik,tapi mungkin itu hanya keselesaannya sahaja. Lagipun,Humairah rindu gerangan yang memanggil namanya Zahra. Setahu Humairah,hanya abinya saja yang menyebutkan nama itu. Tak sangka pulak,Puan Zarina juga menyukai nama itu sama seperti Tuan Hasyim.

"Er,saya baik saja anti. Cuma kurang selera sikit." Ujar Humairah selepas melamun sebentar tadi. Dia mengukirkan senyuman kecil buat anti Rina sebaik sahaja memandang wajah dingin Zayid. Kecut perut Humairah saat kejadian tadi masih terlintas di kepala.

"Iyalah. Mari makan. Umar,baca doa." Pinta Puan Zarina kepada Umar yang sibuk mengaturkan duduknya. Mungkin masih tidak selesa.

"Hah? Okey!"

"Bismillahirrahmanirrahim....."

"Aaminn."

Mereka semua menjamah makanan malam bersama. Sedikit demi sedikit,Humairah terasa suka bahkan sayang dengan keluarga kecil ini. Namun,tercelit rasa rindu dan sedih di lubuk hatinya. Melihat keadaannya yang terlalu senang membuatkan dia merasa bersalah terhadap abinya yang bersendirian di rumah. Nasi yang dijamah pun, tiba-tiba sahaja tidak ingin masuk kedalam rongga mulut. Sesekali Humairah melihat kearah mereka yang elok sahaja berselera,termasuklah Tuan Zayid. Selepas memikirkan hal abinya,seseorang lagi terlintas di fikiran Humairah. Zayad! Dia pasti sudah lama bersendirian di rumah tanpa sebarang peneman. Kasihan dia. Namun,pada masa yang sama,mengapa dia perlu sembunyikan dirinya walhal keluarga ini sudah lama mengingat dia. Jikalau mereka tahu bahawa Zayad masih hidup,pasti bertambah ceria keluarga ini. Humairah sendiri ingin memberitahu,tapi demi janji. Siapa dia ingin meruntuhkan kepercayaan? Humairah tak macam tu.

"Erm,saya minta maaf. Saya minta diri dulu ya." Ucap Humairah ketika makanan dalam pinggannya masih tidak dijamah walau sedikit pun. Humairah tidak ada selera. Lagipun,dia sudah menjamah makanan ketika keluar bersama Zayad petang tadi. Humairah tak sampai hati nak melihat keadaan seperti itu. Walaupun sebenarnya tidak ada masalah pun jika Humairah makan seperti biasa. Tapi,hatinya tidak mampu berbuat demikian. Humairah masih ingat dirinya hanya seorang manusia biasa. Dia pekerja,dan bukan sebahagian daripada keluarga besar malah kaya seperti ini. Cukuplah dia menanggung malu seorang diri. Dia rasa,dirinya tak layak pun berada di situ,makan bersama mereka. Sungguh tak layak.

Kaki dibawa melangkah ke belakang rumah. Humairah perlukan ketenangan. Dia berpeluk tubuh memandang langit dan bulan. Sesekali air mata diseka perlahan. Humairah rindu keluarganya. Humairah rindu kebahagiaan yang pernah dirasainya. Humairah rindu mama dan abinya. Humairah hanya memendam perasaan rindu ini seorang diri. Tidak pernah lagi dia melihat kasih sayang yang luar biasa selain daripada kasih sayang abinya. Humairah terduduk mencangkung dengan air mata yang masih tidak henti dari mengalir turun.

Pada saat yang sama,telefon bimbit Humairah berdering minta diangkat. Kelam kabut Humairah mencapainya daripada poket seluar.

Nama ZMkacak terpapar di skrin telefon. Humairah ingin menolak panggilan tersebut,namun dia cuba mengangkat panggilan itu sambil menghilangkan air mata yang membasahi pipinya. Dia berdehem seketika sebelum menekan butang hijau.

"Hello? Kenapa call?" Soal Humairah dihujung talian. Nadanya kurang baik,tapi masih dapat difahami.

"Tak adalah. Saja nak sembang kosong. You buat apa?" Berkerut kening Humairah mendengar balasan daripada Zayad. Apa pelik sangat dia ni? Tiba-tiba je. Mimpi apa?

"Hah? Tak ada buat apa-apa. Cuma ambil angin malam sikit dekat belakang rumah. You call kenapa sebenarnya?" Humairah yakin,Zayad ada sesuatu ingin memberitahu kepadanya. Sambil-sambil itu, Humairah tanpa sedar menarik hingusnya yang masih berbaki. Bukan nak tunjuk dia tengah selesai nangis,cuma pernafasannya tak lancar. Rasa tersumbat lepastu rasa menganggu sangat!

"Saja. I bosan sikit. Anyway,you baru lepas nangis ke?" Soalan yang sangat memalukan menjadi tumpuan. Humairah sudah agak,Zayad akan tanya dia seperti itu. Humairah diselubungi rasa malu. Zayad ni memang nak kena.

"Hah? Mana adalah!" Humairah menafikan. Tidak terjangka Humairah sekali lagi menyeka hingusnya perlahan. Dan kelakuan itu telah pun mengeluarkan suara. Humairah panik sendiri. Haduh,masa macam ni jugak lah hidung dia buat hal.

"You tipu I ke? Hah,dah agak. Kenapa you nangis? Macam budak kecik lah you ni. Ada masalah eh?" Nada Zayad seakan-akan memahami diri Humairah. Seolah-olah dia seorang yang suka mengambil tahu tentang Humairah. Padahal mereka tak rapat pun. Lembut sahaja dia berbicara dihujung talian. Humairah cair. Bukan itu sahaja,dia juga merasa seperti dihargai sepenuh jiwa raga. Tak terduga pulak Zayad macam ni sekali. Menarik betul!

"Tak. Saya tak budak kecik yang menangis minta susu okey! Saya cuma nak tenang je. You jangan nak tuduh-tuduh eh. Saya tak macam tu." Humairah berkata tegas. Dia masih sahaja menafikan kebenaran bahawa dia memang menangis seperti kanak-kanak yang kehilangan ibu dan ayah. Sedih betul ya.

"Tch,dah lah. Apa masalah you? Tak nak share dekat I ke?" Kali ini, Humairah tidak percaya. Mana mungkin Zayad berubah sebaik ini. Dia tengah mengigau ke? Rasa seram sejuk pulak duduk luar rumah ni lama-lama. Ditambah pula dengan pertanyaan Zayad. Makin pelik jadinya.

"Kejap. Kenapa rasa macam pelik. You okey ke? Tak pernah pun saya dengar you caring macam ni."

"HAHAHAHA." Tawanya bergema dihujung talian. Humairah dilanda keseraman. Dia nak lari masuk bilik sekarang ni. Tolonglah! Apa berlaku sebenarnya? Zayad ni dah kena rasuk ke apa?

"You kenapa? Tak lawak lah!" Ambik kau. Nada Humairah tinggi satu oktaf. Tulah,lain kali bagi terang dulu. Jangan buat orang sakit kepala memikirkan dua tiga kali. Tahu tak stres?

"Ya,ya. Chill lah. I gelak sebab lawak je. Sekali sekala sembang kosong dengan you,memang tak boleh ke? Bukannya I nak bagitahu perkara penting. Anyway sebelum you tutup panggilan ni. Tell me about the children." Hah kan bagus, straight to the point terus. Tak payah nak sembang kosong sangat. Ingat Humairah ni tempat buang bosan ke? Jangan mimpi. Humairah pun ada life yang dia perlu aturkan. Tapi,tak salah sebenarnya Zayad berbual macam tu. Rasa tenang pulak hati Humairah. Habis hilang kesedihan dia.

"Hm. Boleh kot. Tentang anak-anak,mereka okey je. Sihat alhamdulillah. Mereka tengah makan lagi tu dengan keluarga yang lain. Lepas ni baru masuk tidur. Tapi mungkin,Aisyah dan Umar akan buat kerja sekolah dulu. Lepastu barulah mereka tidur. Itu je buat masa sekarang ni." Jelas Humairah mengenai perihal anak-anak Tuan Zayid. Memandangkan dia keluar petang tadi,hanya sedikit sahaja yang mampu dia jelaskan kepada Zayad.

"Good and thanks. Apa-apa roger I. Goodnight Mairah. And before I forgot. Esok tolong handle bahagian makan mereka,waktu sarapan. Jangan biarkan mereka muntah lagi. I tak nak dengar apa-apa alasan. Yang penting mereka tak terseksa. You pandai-pandailah pujuk atau sembang dengan abang I. Good luck!" Panggilan ditamatkan oleh Zayad sendiri. Terlopong mulut Humairah. Macam tu saja dia kata? Wah,wah,wah...ingat mudah ke?

"It's okey. Benda senang jangan susah kan. Allah Maha Melihat dan Mengetahui Humairah. Ini adalah tugas kau. Lagipun ini kebaikan anak-anak Tuan Zayid juga. Fine!!" Monolog Humairah sendiri. Dia pasrah dengan apa yang terjadi. Tapi yang pasti,dia akan cuba bercakap dengan Tengku Zayid atau dikenali sebagai mamat kejam lagikan bengis itu. Ya,Humairah akan cuba sedaya-upaya demi kerja dan demi keselamatan anak-anak Tuan Zayid sendiri.
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.

1832022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now