Berpinar-pinar kepala Humairah yang merasakan pening mendalam. Dia membuka kedua mata lalu memandang sekeliling. Sekali lagi,Humairah mengerutkan dahi. Dimana pulak dia saat ini? Kenapa nampak tak sama dengan rumah Tengku Zayid? Humairah masih memikirkan kejadian tadi sebelum mulutnya terlopong bersama matanya.
"Aku kena culik ke? Ya Allah! Tolong!! Tolong saya! Saya kena culik! Tolong!! Tolong!! Saya tak nak kena jual! Saya tak nak mati awal! Huaaaa." Humairah panik lantas memekik minta pertolongan walhal tiada sesiapa pun yang boleh mendengar suaranya. Inilah kejadian bila kau tengah panik dan tak tahu nak buat apa.
Baru Humairah sedar yang dirinya tidak terjadi apa-apa. Nampak elok sahaja dia duduk diatas sofa lembut. Tidak ada pula segala rantai atau tali yang mengikat dirinya daripada terlepas. Rumah ni pun,kurang banding mewahnya dengan rumah mamat sombong tu. Peliknya! Betulkah Humairah kena culik?
"Oi,oi. You tak mati lagi lah. Mati tu ditangan Tuhan. Jangan nak memekak lah. Tahu tak I tengah sibuk ni. Diam sekejap tak boleh ke?" Muncul suara seseorang bersama nadanya yang sedang sibuk melakukan sesuatu. Dia tidak memunculkan diri bersama wajahnya bahkan tubuhnya. Humairah pun tercari-cari gerangan yang bersuara. Dia sibuk main hide and seek dengan aku ke? Tapi,aku tak suka main permainan tu. Pulak dah! Semuanya tepuk dahi.
"Hah? Hantu ke yang tengah bercakap dengan aku? Oh my!!! Tolong! Tolong saya! Ada hantu! Huaaa saya nak balik lah hantu! Pergilah sana kacau orang lain! Kenapa nak kacau saya juga! Saya tak ada apa-apa lah! Saya tak ada darah!!" Habis terhambur keluar ayat-ayat dramatis Humairah. Entah apalah yang dia tengah cakapkan. Dia sendiri tak sedar. Lantaklah.
"Oi. You ni memang bising eh. Tak senang kerja I kalau macam ni." Dia masih membebel tanpa memunculkan diri. Humairah masih berfikir negatif. Sungguh dia begitu resah ketika ini. Banyak yang bermain didalam mindanya. Tengok hari pun nampak macam gelap. Apa sekarang dah malam ke? Habislah! Bagaimana keadaan Zarif? Dia dah sampai rumah ke? Mesti semua orang tengah risaukan Humairah.
"Y-you siapa hah? S-saya nak balik. Tolonglah jangan buat macam ni. Saya masih ada kerja perlu diselesaikan. Kenapa you perlu seksa saya!" Humairah bengang dengan gerangan yang masih bersembunyi. Memangnya Humairah nak sangat ke pandang wajah dia? Memang tak lah! Humairah cuma nak minta lepas dari kurungan ni! Dia perlu balik dengan segera.
Mendengar tiada balasan daripada gerangan tersebut membuatkan Humairah ingin mencabar dia. Tidak semena-mena Humairah berlari laju ketika mata melirik kearah pintu. Inilah kesempatan untuk dia melarikan diri sementara tidak dilihat oleh sesiapa. Namun,belum sempat tombol pintu disentuh,dia terlebih dahulu terduduk diatas lantai dengan biji mata yang terbeliak ingin keluar. Apa sebenarnya yang berlaku di sini? Aku gila ke?
"Jangan pergi mana-mana. I perlukan you sekarang ni." Kini,gerangan yang bersuara kepada Humairah memunculkan diri dihadapannya. Jelaslah bahawa dia juga manusia. Dan Humairah sedikit terkejut melihat wajahnya. Sepertinya nampak familiar. Tapi—tak mungkin lah!!!
"T-Tuan Zayid! Apa Tuan nak hah? Tuan gila ke buat saya macam ni! Tuan ingat buat macam ni semuanya akan selesai ke? Apa Tuan nak sebenarnya? Tuan tahu tak yang—" jari telunjuk hinggap dibibir mugil Humairah. Dia terdiam seketika bersama mata yang masih membuntang luas.
"I bukan dia. I know our faces are the same. Kita orang kembar. I'm her younger brother. Now,semuanya sudah terjelaskan. Aku perlu bantuan kau." Dia begitu menjelaskan kepada Humairah dengan amat ringkas sekali sedangkan soalan Humairah lebih banyak dari jawapannya. Kedudukan mereka masih sama. Dia merenung Humairah,manakala Humairah juga turut sama merenung dirinya. Dua-dua dilanda pertanyaan.
"Woah,kejap. Saya tengah bermimpi disiang hari ke ni?" Humairah masih menafikan kebenaran yang datang dihadapan matanya. Kedengaran keluhan berat daripada kembar Zayid itu.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...