Sehari sebelum pergi meninggalkan negara tercinta...
"Mama. Mairah nak keluar kejap." Ujar Humairah tergesa-gesa.
Puan Zarina yang elok membasuh pinggan mangkuk di sinki,menoleh kebelakang. Wajah Humairah ditatap.
"Dah nak petang ni. Balik cepat tau." Balas Puan Zarina,memberi sedikit pesanan buat anak kandungnya.
Humairah mengangguk faham lantas bergegas keluar daripada rumah. Fikirannya bercelaru. Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain? Kenapa semuanya berlaku dekat diri dia? Ahhhh! Semuanya dah tak betul.
Flash back
Telefon bergetar minta diangkat. Humairah pantas menekan butang hijau pada skrin telefon miliknya. Serta-merta dia membuntang luas selepas menyedari bahawa gerangan ditalian adalah Zayad!
"Hello. You,I perlukan pertolongan you sekarang juga. You dengar ni baik-baik. I tengah on the way pergi rumah you. Jangan tanya macam mana I tahu dekat mana you sekarang ni. But for now, I betul-betul perlukan you. I bagi lima minit je you bersiap sekarang. Kita perlu gerak. Please Mairah. Ini je permintaan terakhir I nak dekat you."
Humairah hanya diam. Talian diputuskan.
"A-apa yang berlaku? Jangan kata ada benda buruk terjadi dekat keluarga tu! Haduh."
Done flash back
Kereta berwarna hitam menjadi tatapan utama. Kaki dibawa bergegas ke sana. Pintu kiri kereta tersebut dibuka. Jelas terpancar wajah serabut Zayad. Dia juga memandang sama kearah Humairah.
"Masuk cepat." Ujarnya begitu kelam kabut. Humairah tanpa membalas masuk kedalam perut kereta. Serta-merta kereta itu meluncur laju ke tujuan.
"Zayad! Kenapa ni?" Soal Humairah mematikan suasana hening antara mereka berdua. Jelas dia begitu risau.
Zayad menarik nafas panjang. Wajah Humairah dipandang sekilas.
"Abang aku. Humairah,dia buat perangai lama dia!" Balas Zayad tidak tentu arah. Dia meraup wajahnya kesal.
"Zayad. Be focus. Kita tengah ada dalam kereta. Cuba you beritahu betul-betul. Kenapa dengan Tuan Zayid hah?" Humairah cuba bertenang dan mencari jawapan dari lelaki itu. Dia jelas tampak kusut.
"Dia buat perangai lama dia Mairah! You tak faham. I...I tak tahu macam mana jelaskan. You lihat jelah depan mata you sendiri." Zayid mencari nafasnya yang hilang. Daripada tadi hatinya tidak tenang. Ini kalau mummy nya tahu,boleh kena heart attack ni!
Humairah yang tidak faham akan penjelasan ringkas itu mengerutkan dahi. Dia akhirnya mendiamkan diri. Biarlah otaknya yang berfungsi.
Apa yang berlaku sebenarnya? Zayid kenapa? Mengapa Humairah tidak senang dengan perkara buruk yang bakal menimpa? Kenapa hati Humairah terasa sakit? Adakah—perkara itu disebabkan oleh dirinya? Humairah,kau punca semua masalah ni berlaku. Dan mungkin,hanya kau saja satu-satunya jalan penyelesaian masalah ini berakhir
Setibanya dihadapan sebuah tempat. Humairah membulatkan mata tidak faham. Adakah Zayad sudah gila? Apa dia expect Humairah akan pergi ke tempat tak cukup kain ni?
"Zayad you gila ke? Kenapa bawa saya pergi sini!" Nada Humairah naik satu oktaf. Wajah Zayad direnung tajam.
"Then,you answer is here. Abang aku ada dekat tempat gila ni. You akan tengok depan mata. I tak tahu macam mana lagi nak jelaskan pada you Mairah. Tapi,please jangan risau. I cover you dari sentuhan mereka." Jelas Zayad amat tidak masuk akal. Humairah masih dilanda ketakutan. Dia ragu-ragu untuk itu. Seolah-olah dia tidak mempercayai kata-kata Zayad tadi.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...