"trust me Tengku Zayad. Tak payahlah takut. Kan tu mummy you jugak. Dia tak makan manusia lah." Pujuk Humairah tatkala Zayad masih sahaja berdiri di luar pintu. Dia menatap anak mata Humairah sebelum mengeluh kecil.
"I can't Mairah. I tak rasa mummy akan maafkan I. Nanti mummy masuk hospital macam mana? Dia ingat I ni hantu pulak. Hah? You nak balas apa." Zayad tidak mengalah dengan prasangka negatifnya. Humairah menggelengkan kepala melihat gelagat Zayad. Haih,ingatkan dah tua pun sudah matang pemikiran tu. Rupanya,sama saja...still kanak-kanak yang memerlukan banyak dorongan positif.
"Habistu? You nak duduk luar sini berjam-jam sampailah bulan tu muncul? Zayad,mummy you tengah risau dekat you yang tak masuk-masuk lagi. Meh lah,tak ada apa yang perlu you takutkan. Serious saya maksudkan." Nasihat Humairah serba sedikit kepada Zayad yang masih sahaja gentar. Padahal,inilah rumahnya membesar. Mengapa perlu merasa janggal?
"Okay then."
Humairah tersenyum lebar melihat keyakinan yang ada pada diri Zayad. "Good luck."
Langkah dibuka menuju kedalam rumah mewah itu. Perlahan-lahan Zayad berjalan. Humairah turut tersengih melihat perilaku pelik dari Zayad. Itu pun nak jadi pencuri ke? Keluhan kecil dilepaskan.
"Assalamualaikum mummy." Sapa Zayad perlahan namun mampu menusuk ke gegendang telinga milik Tengku Munirah. Dia yang duduk menanti gerangan itu muncul,pantas berdiri dek kerana terkejut akan kedatangan seseorang yang amat sukar untuk dia percayai. Otak sedang mencari jalan keluar.
"Ya Allah jika ini hanya halusinasi ku,maka kaburkanlah kedua penglihatan ku. Aku tak sanggup menahan lebih lama lagi ya Allah. Cukuplah aku meronta dahulu ingin dia kembali." Bisik hati kecil Tengku Munirah. Sungguh riak wajahnya berubah sayu.
Humairah yang perasan akan perubahan wajah Tengku Munirah menghampiri. Tubuh belakang Tengku Munirah diusap lembut ingin memberikan salur kekuatan. Humairah tahu,Tengku Munirah tidak akan percaya dengan mudah. Namun,inilah hakikat yang dia perlu terima.
"Mummy. Maafkan Aafi." Zayad pantas berlari menuju ke arah tubuh Tengku Munirah. Pantas tangan memeluk tubuh kecil yang menjadi bayangannya senantiasa. Air mata usah dikata,habis bercucuran membasahi pipinya. Humairah memberikan sedikit ruang untuk mereka berdua. Bibir mengukir senyuman kecil. Begitu tenang hatinya tatkala melihat adegan ibu dan anak yang kembali bersama.
Zayad mencium ubun-ubun Tengku Munirah lantas melabuhkan ciuman hangat ditangan kanan wanita tua itu. Bibir mengukir senyuman paling manis bahkan menunjukkan dia benar-benar rindukan manusia dihadapan. Sudah lama Zayad memendam perasaan ini. Namun,akhirnya Tuhan wujudkan perasaan itu dihadapan kedua matanya sekarang. Suasana berubah sepi.
"A-Aafi? Mummy...mummy ingat,Aafi dah—" tergagap-gagap Tengku Munirah berkata. Dengan limpahan air mata yang semakin deras membuatkan dirinya sukar melihat lebih jelas wajah anak keduanya itu.
"Ya mumy. Aafi masih diberikan peluang untuk bernafas lagi. Semua ni sebab doa mumy juga. Terima kasih mumy." Zayad mengucup lembut tangan milik ibunya berkali-kali sehinggakan Tengku Munirah geli hati melihat perangai anaknya yang satu ini. Tidak berubah langsung! Suka menyakat orang.
Humairah sahaja tersengih melihat kejadian itu. "Haih,Zayadddd kenapa awak terlalu banyak buat hati saya cair hah!?" Getus hati kecil Humairah paling luar. Sungguh dia tergelak kecil dengan perilaku manja Zayad.
"You. Jangan nak gelak macam tu. Kang kena marah mumy baru tahu." Gurau Zayad tatkala melihat wajah Humairah yang kian berubah merah. Sedang menahan gelak tawanya dari terhambur keluar.
"Ehem. Hah? Tak adalah. Mummy takkan marah saya okey. Kan mummy kan?" Humairah menafikan lantas memandang anak mata Tengku Munirah ingin sokongan darinya.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...