Pagi-pagi lagi Humairah bersiap-siap ingin mengemas rumah Tuan Zayid. Dia diminta untuk membersihkan bilik tetamu sebelum kedatangan seorang wanita yang bernama Puan Zarina,kerana dia akan menetap di bilik tersebut sementara dia masih bercuti di sini.
Anak-anak kepada Zayid sudah pun bersiap sama ingin menjemput anti kesayangan mereka. Humairah hanya mengeluh buat kali ke sepuluh. Bilik tetamu yang kelihatan semakin bersih itu dipandang sekilas.
"Phew. Ini bilik ke apa? Nampak cantik,tapi kotor. Memang tak ada penghuni ke? Pelik." Bisik Humairah sendiri. Vacum cleaner yang ada pada tangan kanannya menjadi tatapan,sebelum diletakkan semula ketempat asalnya. Humairah hampir selesai.
"Humairah! Tolong kak Sara kejap!" Jerit kak Sara meminta pertolongan. Humairah yang mendengar jeritan itu pantas bergegas ke sana.
"Ya? Kak Sara nak minta tolong apa?" Soal Humairah ketika tiba dengan kening yang terjongket naik.
"Tolong kak Sara ni hah. Sediakan makanan tu dekat atas meja. Tengku suruh hidang sedia. Nanti,senang mereka nak makan." Jelas kak Sara begitu memahamkan. Humairah angguk sekilas. Dia hanya berdiri di luar tempat memasak,kerana tugasnya cuma perlu meletakkan makanan yang siap dimasak keatas meja.
Humairah merasa sedikit bosan jika tidak berbual. Akhirnya,dia bersuara. "Mereka tak singgah ke kak Sara? Atau puan Zarina tu memang nak makan dekat sini aje?" Soal Humairah ingin tahu. Kak Sara yang sibuk elok membalas. "Haah. Dia memang tak suka singgah mana-mana. Itulah Tengku nak masak siap-siap." Ujarnya tenang.
"Oh. Pelik juga." Humairah angkat bahu,malas ingin mengambil tahu hal orang.
"Kakak Mairah! Tengok abang Umar ni! Dia kejar ayer!" Teriak satu suara dengan rengekan manja. Humairah memerhatikan gelagat mereka itu. Bibir mengukir senyuman manis sebelum membalas. "Umar. Janganlah buat macam tu. Zarif pun,abang Umar cuma nak bergurau je tu. Jangan ambil hati sangat." Katanya penuh dengan makna. Zarif hanya tersengih seperti kerang busuk. Manakala Umar hanya mengangguk setuju.
"Abang Umar,jom dekat Aisyah! Jom ah. jom!!" Ajak Zarif bersama kegembiraannya ingin mengganggu Aisyah. Mereka berdua kemudian berjalan seiring ke sofa. Kerana di situlah, keberadaan kakaknya. Humairah hanya menggelengkan kepala dengan perangai mereka. Awal pagi dah melalak gembira. Haih,siapa je yang nak marah bila orang gembira? Sehinggakan Humairah sendiri seakan-akan tidak sabar dengan kedatangan tetamu yang difikirkan.
"Gembiranya mereka kan akak." Bicara Humairah pada kak Sara yang masih sibuk dengan tugasnya.
"Mereka memang macam tu bila Puan nak datang. Kena marah pun tak berguna. Pernah dulu,waktu mula-mula Puan Zarina ke sini. Mereka buat perangai sampaikan Tengku Zayid marah. Yang tak percayanya,mereka lari pergi dekat Puan lepastu mengadu. Tengku pun tak berani nak marah mereka dihadapan Puan. Malu lah katakan. Lagipun,Tengku tu hormat betul dengan Puan Zarina. Kalah hormat dengan mama Tengku sendiri." Cerita kak Sara tiba-tiba. Humairah hanya menjadi pendengar tak berbayar. Sungguh hebatnya Puan Zarina tu. Baik sangat ke dia hingga Tuan Zayid sendiri hormat macam dia hormat mama sendiri? Hmm. Menariknya.
Lamunan Humairah serta-merta mati,kerana jeritan kuat dari tiga beradik itu. Dada diurut perlahan. Terkejut betul!
"Anti!!"
"Anti Rina!"
"Hye anti!!""Eh,eh. Hai semua,rindunya dengan kamu."
Jantung berdegup kencang. Inikah gerangan yang mereka tunggu-tunggukan? Humairah sekadar berdiri disisi bucu meja. Mata tidak lari memandang kearah Puan Zarina yang telah tiba bersama bagasinya.
Lilie sudah pun membawa masuk bagasi milik Puan Zarina kedalam bilik tetamu yang dikemas oleh Humairah sendiri. Kini,Humairah melirik kearah Zayid. Dia tersenyum luas bahkan senyuman itu mampu menggoda sesiapa sahaja yang akan melihatnya. Tidak pernah lagi Humairah melihat wajah gembiranya seperti saat ini. Dan ini,adalah kali pertama sepanjang Humairah mengenal Tengku Zayid.
"Mama rehatlah dulu." Ujar Tuan Zayid bersama nada yang penuh kelembutan. Terbuntang luas Humairah saat mendengarnya. Apa dia tengah berkhayal ke sekarang ini? Mana mungkin Zayid sebaik itu! Tch,bila dengan Humairah keluar seluruh kekejaman dia. Tapi,mungkin kerana itu pengasuhnya. Jadi,tidak salahlah mengapa Zayid menghormati dirinya sebagai ibu sendiri.
"Iya. Mama nak basuh tangan dulu." Balas Puan Zarina begitu ayu kemudian melangkah kearah dapur. Zayid turut sama menemaninya. Humairah lagi-lagi terkaku berdiri. Dia tidak tahu ingin berbuat apa-apa. Sehinggalah Zayid memintanya untuk menyapa.
"Maa. Ini pekerja Zayid yang baru. Pengasuh anak-anak." Selamba sahaja Zayid berkata bersama renungan tajam yang menikam hati Humairah.
"Mamat ni memang suka buat hal. Tahu tak orang tak sedia lagi nak berkenalan dengan dia!" Monolog Humairah tidak selesa.
"Err. Hai Puan,saya Humairah Zahra." Sapa Humairah bersama wajah manisnya. Zayid hanya tayang wajah dingin. Sesekali Humairah tidak ingin memandang kearah dia. Bukannya dapat apa pun! Pandang wajah Puan Zarina lagi seronok.
"Manis nama kamu. Sama macam nama anak kandung saya." Dia berkata tidak seberapa jelas. Humairah mengerutkan dahi tidak faham. Hanya pujian sahaja yang didengar oleh Humairah saat ini.
"Er,terima kasih Puan." Balas Humairah lambat-laun. Dia masih lagi berhadapan dengan Puan Zarina.
"Sudah berapa lama kamu bekerja sebagai pengasuh Zayid?" Dia bertanya sambil melabuhkan punggung diatas sebuah kerusi yang berdekatan.
Humairah menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Baru je Puan. Nak masuk dua minggu dah." Balas Humairah tenang. Bersembang dengan Puan Zarina sangat-sangat membuatkan hatinya suka, seolah-olah ada aura yang sukar ditafsirkan.
"Baguslah. Mereka pun elok dengan kamu,nampak serasi." Sekali lagi,dia memuji Humairah. Humairah hanya tersipu malu dengan kenyataan itu. Memang benar dia serasi. Namun,Humairah masih menafikan.
"Mama. Zayid pergi office dulu. Ada problem. Mama rehat tau. Jaga diri." Celah Zayid mematikan perbualan antara Humairah dan Puan Zarina. Dia lantas bergegas keluar daripada pintu utama. Puan Zarina hanya mengangguk faham sebelum memandang kearah Humairah.
"Jemputlah duduk. Kamu tak penat berdiri ke? Daripada tadi saya perhatikan kamu." Ujar Puan Zarina begitu ramahnya. Humairah sekali lagi, terpesona dengan kebaikan dia. Sungguh Humairah merindukan abinya.
"B-baiklah." Humairah masih malu walaupun dia sudah lama tinggal dalam rumah ni. Pertemuan dengan Puan Zarina membuatkan dirinya segan sendiri.
"Nama kamu memang Humairah Zahra ke?" Dia bertanya begitu pelik sekali. Tertanya-tanya Humairah akan soalan itu. Memangnya Puan ni tak percaya ke? Humairah boleh je tunjukkan IC dia sekarang.
"Haah Puan,kenapa?" Jawab Humairah begitu bingung sekali.
"Tak adalah. Saya cuma teringat ana—" belum sempat Puan Zarina menghabiskan ayatnya,Zarif terlebih dahulu bersuara.
"Anti Rina! Umar kacau ayer! Tolong!"
"Hahaha meh sini adik! Ambik ni!"
"Kak Aisyah help me!!"Terhambur gelak tawa diruang tamu tersebut. Humairah sudah pasrah. Dia hanya menggelengkan kepala dengan karenah tidak terjangka itu. Tak habis-habis lagi ya.
"Puan cakap apa tadi?" Soal Humairah ingin kepastian tentang perbualan yang terputus sebentar tadi.
"Tak payahlah Puan-puan sangat. Panggil aje anti Rina." Dia menegur dengan lembut. Humairah terbuai dengan kasih sayang dia. Humairah dapat rasakan Puan Rina ni bukan orang biasa. Kasih sayang dia,amat berbeza dengan kasih sayang orang lain. Humairah mula berminat dengan gerangan tersebut. Dia ingin lebih rapat lagi dengan Puan Zarina selagi masa memberi keizinan.
.
.
.Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.
12.3.2022
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Cerita Pendek(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...