Pemandangan ketika petang memang menarik perhatian Humairah. Dia bersiar-siar bersama tongkat yang menjadi penyangga agar tidak cedera. Udara juga dihirup tenang. Sungguh Humairah mula memikirkan tentang abinya. Tiba-tiba sahaja air muka Humairah berubah sayu.
"Ehem." Seseorang berdehem membuatkan lamunan Humairah mati serta-merta. Humairah menoleh kearah gerangan tersebut. Jelas wajah Humairah tidak mereaksi apa-apa. Melainkan dia hanya tayang wajah paling kesal sekali.
Humairah diam tidak ingin berbicara. Sehinggalah gerangan tersebut yang memulakan pembicaraan antara mereka.
"Kau macam mana?" Dia bertanya keadaan Humairah saat ini. Namun hanya dibalas dengan tiupan angin.💨 Humairah masih dalam keadaan tenang. Mata melirik kearah bertentangan dengan mamat poyo tu.
"Erm. Aku...aku...a-aku..." Zayid ragu-ragu ingin meminta maaf. Ya,dia berniat untuk berjumpa dengan Humairah cuma ingin meminta maaf dengannya.
"Aku,apa Tuan Zayid? Saya sibuk." Akhirnya Humairah membuka suara. Jelas dia pelik dengan ucapan Zayid seolah-olah ada sesuatu yang menyekat kerongkong nya. Humairah masih tidak memandang kearah Zayid.
"Aku,tahu aku salah. Then,aku nak min—" Zayid memberanikan diri setelah mendapat sedikit keyakinan.
"Saya sibuk Tuan Zayid. Tak nampak ke saya tengah sibuk?" Humairah berkata kesal. Dia tahu,apa yang membawa Zayid datang mencari dirinya. Dan dia benci perkataan tu jika keluar dari mulut Tuan Zayid. Sengaja Humairah memperbesarkan lagi pergaduhan antara dia dan mamat busuk tu! Semuanya kerana Humairah nak lihat,siapa sebenarnya Tengku Zayid yang mereka selalu puji-puji tu.
"Please sweetie. Aku...aku cuma nak ambil masa sekejap je untuk bersembang dengan kau." Dia memulakan titik godaan syaitan. Ingat Humairah boleh terpedaya ke? Shuh, pergi buang jauh-jauh angan-angan tu. Humairah takkan pernah termakan dengan pujukan rayu seorang lelaki! Dia bukan jenis perempuan diluar sana. Yang sekali jentik je dah pergi ke alam nafsu.
"Saya sibuk Tuan Zayid." Lagi dan lagi Humairah reka alasan sama. Dan kini,jelas Humairah nampak wajah tekanan pada diri Zayid. Padan muka! Baru dia tahu,macam mana perasaan Humairah masa dia tengah teriak-teriak tapi diabaikan sahaja. Rasakan balasan tu. Karma is real.
Zayid meraup wajahnya geram. Tapi,niat dia masih belum tamat. Zayid takkan berputus asa. Dia berkata lagi. "Kau sibuk apa? Elok je aku tengok kau berdiri diam lepastu tak buat apa-apa. Jangan kata kau makan gaji buta? Ingat sikit,aku bos dan kau cuma pekerja." Kini,Zayid sudahpun terlanjur berkata. Disebabkan dia sudah tidak ingin berlembut,maka dia akan cuba dengan cara kasar.
Membuntang luas mata Humairah. Apa mamat poyo ni cuba kata? Makan gaji buta? Woah! Dah lama aku bersabar dengan dia.
"Kenapa Tuan Zayid ni pelik hah? Saya kata sibuk,Tuan masih bersembang kosong dengan saya? Lagi satu. Makan gaji buta? Tuan jangan nak memandai fikir sampai situ. Saya tahu lah,saya orang kampung biasa. Tapi,Tuan tak ada hak nak perli saya macam tu!" Terhambur marah Humairah. Dadanya berombak kencang. Sakit betul hatinya setiap kali berhadapan dengan mamat tak guna macam Zayid.
Zayid tersenyum sinis. Kau cabar aku dulu? Fine. Aku dah cakap bagus-bagus. Kau tak bersyukur.
"Habis? Kau nak aku kata,yang kau ni sibuk sebab nak cari ketenangan? Then,aku pulak sekarang ni yang ganggu kesibukan kau? Kau tahu tak,kau tak dibenarkan untuk pergi kesini seorang diri." Ucap Zayid mendatar. Bertubi-tubi dia memerli Humairah.
Humairah ketap gigi. Nak je dia hempuk kepala Zayid dengan tongkat dia. Mata merenung Zayid tajam. "Kalau ya kenapa? Tuan Zayid nak pecat saya ke? Go on! Saya lagi suka lagipun. Dalam syarat yang saya dah sign,tak ada pulak buat perjanjian macam tu? Suka hati sayalah keluar seorang diri. Yang Tuan nak sibuk apahal?" Cabar Humairah lagi, tidak ingin mengalah. Kau bagi keluar hidung berlagak,maka aku pun boleh bagi keluar hidung sombong. Kesah apa aku!
Kelihatan Zayid sudah pun berubah dingin. Semakin berhadapan dengan minah senget ni,makin stres pulak hidup Tuan Zayid. Ada saja yang tidak kena dengan mereka berdua.
"Aku tak teragak-agak untuk denda kau malam ni." Zayid mula mengeluarkan kuasa yang dia ada sebagai bos dalam rumah ini. Dia mulai mengugut dengan ugutan mautnya.
Humairah kecut perut. Tapi,apa dia kesah! Dia takkan pernah mengungkapkan perkataan minta maaf,bahkan memaafkan kesalahan mamat berlagak tu.
Sesekali Humairah mengerling ke arah Zayid. "Jadi,denda apa? Saya terima. Bukannya bawa mati pun." Humairah setuju dengan denda yang akan diberi oleh mamat bengis tu. Dan dia memperlahankan suara saat ayat terakhir terungkap bicara.
Zayid tersenyum sinis. Suka betul dengan musuh seperti Humairah. "Tidur luar malam ni." Denda diungkapkan oleh Zayid kejam sekali. Seperti yang kalian lihat. Zayid sememangnya kejam luar biasa. Humairah je yang sanggup terima kekejaman dia. Pelik betul!
Terbuntang luas Humairah saat mendengar denda tersebut. Apa mamat tu dah gila ke?! Memang lah tak bawa mati. Tapi membawa terseksa tahu! Dah lah Humairah perempuan. Lepastu,dia boleh je dengan selamba beri denda macam tu. Tak berperikemanusiaan betul! Kalaulah abi Humairah tahu, keadaan anaknya. Pasti mati Zayid ni!
"Tuan Zayid,ini tak masuk akal. Tuan gila ke?!" Nada Humairah tinggi satu oktaf. Dia benar-benar tidak tahan dengan lelaki tersebut. Habis musnah benteng kesabaran yang dijaganya setiap masa. Musnah!
"Aku gila? Kau yang patutnya tanya diri sendiri. Kau dah terima. Tak ada bantahan dan alasan. Kalau kau langgar,then kau akan dapat denda yang lebih menakjubkan dari itu." Ujar Zayid tanpa belas kasihan. Benar-benar tercabar dirinya jika berhadapan dengan Humairah. Ingat dia sendiri suka ke? Memang tidak. Tapi,kerana Humairah sudah mencabar dirinya. Maka dia akan tunjukkan kekejaman sebenar.
Humairah menggenggam tangannya. Mata mencerlung tajam pada Zayid. "Kalau saya diberi kesempatan untuk bunuh awak. Dah lama saya akan buat. Kejam dengan perempuan? Awak sepatutnya pergi bertaubat. Awak tak belajar agama ke? Patutlah Tuhan tu murka!" Humairah sudah buntu ingin mengatakan apa lagi. Dia lantas bergegas pergi meninggalkan Zayid yang masih diam berdiri. Humairah mengesat air matanya yang turun ke pipi. Dia kecewa. Kecewa sangat-sangat. Ingatkan,dia akan dapat ketenangan bila pergi ke sini. Namun,hampa. Satu pun ketenangan tidak hadir dihatinya. Malah kemarahan pulak yang membuak-buak di jiwanya.
Zayid diam tidak berkata. Dia meraup wajahnya stres dengan keadaan seperti ini. Hinggalah dia turut sama masuk kedalam rumah. Sungguh hancur berkecai niat baiknya. Musnah habis! Zayid tidak berharap lagi untuk mengungkapkan perkataan maaf kepada sesiapa. Ini adalah kali terakhir dalam hidupnya. Lepas ni. Maaf akan hilang dalam dirinya.
.
.
.Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakumullahu Khairan Katsiran. Barakallahu fikaa semua.
732022
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...