39 |Takdir Kau & Aku

204 7 1
                                    

"Habistu takkan awak nak biarkan sahaja perkara ni diketahui oleh kita berdua?! Tengku Zayad,ini tak adil.  Ya,saya tahu Tengku jugak adik kepada Tuan Zayid. Tapi,dia anak Tuan Zayid sendiri. Kalau kita biarkan sahaja Umar terbaring dekat situ tanpa pengetahuan sesiapa,saya akan jadi mangsa! Walau apapun yang berlaku,saya terpaksa beritahu kejadian sebenar pada Tuan Zayid. Saya cuma pekerja dan takkan sesekali pernah terfikir untuk buat perkara buruk di belakang bos saya." Begitu risau riak wajah Humairah. Seolah-olah semua dugaan diberikan kepada dirinya. Habis terhambur keluar kata-kata tersebut dari lisan Humairah walhal Zayad masih sahaja tenang. Entah kenapa dia terlalu banyak memikirkan hal orang lain berbanding dirinya sendiri.

Humairah melabuhkan punggung diatas sebuah kerusi berdekatan dengan susuk tubuh Umar yang hanya baring bersama lenanya. Dia diberikan sedikit ubat tidur agar lebih mudah untuk doktor tersebut memeriksa keadaannya. Umar diketahui perlu bermalam dua hari buat rawatan sepenuhnya. Oleh kerana kesan tumbukan dibahagian perut dan dadanya semakin menjadi-jadi,maka dia terpaksa berehat sehinggalah semuanya kembali pulih seperti sediakala.

Kepala dilentokkan keatas sisi tilam yang masih mempunyai ruang. Humairah letih seharian. Memikirkan nasib Umar membuatkan hidupnya lebih kearah kegelapan. Jika dia diberi keizinan untuk bertukar badan,sudah tentu dia lebih sanggup menanggung kesakitan tersebut daripada diam dan hanya melihat tanpa merasakannya. Humairah benci perkara itu. Dia sedar,dia juga pernah merasa perkara sama seperti mana Umar hadapi saat ini. Namun,ianya tidaklah seteruk Umar! Mungkin,kerana Humairah seorang perempuan. Dan Umar seorang lelaki. Apakan tidak ianya terlihat ganas. Sah-sah lelaki itu mempunyai saluran kekuatan bahkan pertahanan yang kuat. Tak macam perempuan,kerana perempuan itu sifatnya lemah dan lembut.

Pada sisi lain,Zayad terlihat begitu kesal. Dia meraup wajahnya. Mengapa dia perlu hadapi perkara seperti ini lagi! Takkan Zayad akan tunjukkan kehadirannya pada keluarga tersebut? Zayad diselubungi perasaan buntu. Dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Semua rancangannya musnah disebabkan satu kejadian yang tidak terduga. Namun,perlukah dia salahkan pada Umar? Mestilah tidak! Dan Zayad akan selesaikan sendiri masalah besar ini. Ya,dia akan cuba.

Humairah menjadi tatapan. Dengan hembusan berat Zayad membalas. "You nak balik ke? Kejap lagi pukul 12." Tegurnya masih tenang sekaligus memberi ingat kepada Humairah.

Humairah yang masih tunduk memandang bawah, mengangkat kepala. Dia kemudian membalas pandangan Zayad. "Ya. Saya perlu balik secepat mungkin." Balas Humairah masih lemah. Dia lantas bangkit dari tempat duduk tersebut kemudian menatap seketika wajah pucat Umar. Keluhan berat dilepaskan.

Zayad akur untuk menghantar Humairah kembali ke sekolah Zarif. Umar ditinggalkan sebentar sementara dia masih dibuai kelenaan. Zayad hanya membuntuti daripada sisi Humairah.

Lif ditekan ingin turun ke bawah. Hanya mereka berdua didalamnya. Humairah senyap daripada tadi. Perbualan antara dia dan Zayad masih belum selesai.

Setiap perjalanan mereka hanya ditemani dengan kesunyian luar biasa. Radio juga tidak dimainkan,dan hanya deruman enjin kedengaran. Dua-dua sedang memikirkan sesuatu hinggalah mereka berdua akhirnya tiba dihadapan sekolah Zarif. Nasib baiklah jam masih menganjak pukul 11:50a.m. Jika tidak,Humairah telah melanggar janjinya bersama Tuan Zayid semenjak pagi tadi.

Apabila tangan ingin membuka pintu kereta sebelah kiri,Zayad terlebih dahulu berkata lantas Humairah mematikan langkahnya.

"Kejap. I nak pastikan sesuatu. You akan beritahu abang,I ke pasal Umar? Please Mairah,faham I." Bicara Zayad secara spontan. Humairah merenung tanpa sebarang riak.

"Huh. Macam ni lah Tengku Zayad. Memandangkan saya,seorang pekerja kepada Tuan Zayid. Maka saya takkan pernah terfikir untuk diamkan. Tengku,Umar perlukan daddy dia. Umar tengah sakit. Tengku sanggup ke lihat keadaan dia macam mana? Tak kan. Macam tu lah saya. Jadi,harap Tengku izinkan sahaja saya menceritakan semuanya dari A sampai Z. Bye,saya pergi dulu. Jaga Umar baik-baik." Jelas Humairah masih memberi penjelasan tentang perbuatannya selepas ini. Zayad hanya diam membisu. Bertemu dengan manusia seperti Humairah memang pertemuan yang indah namun peliknya luar biasa.

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now