54 |Takdir Kau & Aku

213 7 0
                                    

Kaki dibawa melangkah ke sebuah tempat yang agak indah. Humairah mengajak sahabatnya untuk berjumpa di taman sahaja. Oleh kerana Humairah ingin bersembang lama. Tempat ini yang sedang bermain di mindanya.

Seseorang menghampiri. "Assalamualaikum babe,sorry lambat sikit. Hurm." Sapanya agak sedikit tidak gembira. Riak wajahnya jugak hanya tersenyum kecil. Dia dengan selamba melabuhkan punggung di tepi kiri Humairah. Nafas panjang dihela.

"Waalaikumussalam. Eh,tak apalah. Aku pun baru je datang." Sapaan di balas ramah oleh Humairah. Dia serta-merta memalingkan pandangan kearah sahabatnya itu.

"Ada masalah ke? Hm?" Humairah mengagak bahawa sahabatnya pasti ada masalah. Lihat dari riak wajahnya sahaja Humairah boleh tahu.

"Tak adalah." Hajar membalas sepatah.

"Aku dah lama berkawan dengan hang tau. Bukan semalam aku kenal hang. Awat? Cubalah cerita dekat aku. Janganlah macam ni." Balas Humairah kemudian tersenyum manis. Bahu Hajar diusap lembut. Humairah faham apa yang Hajar rasakan saat ini.

"Huhh...Aku tertekan lah kerja dekat HZ Holdings tu. Hang tahu tak,bos tu berlagak? Dia kurang ajar dengan pekerja weh! Aku tak tahu apa masalah dia. Tapi,bos tu tiba-tiba berubah galak. Dia ingat aku ni berkerja 24 jam ke? Aku pun ada life nak kena atur. Dia boleh hambur kemarahan dia dekat aku? Cis,mamat tu memang sengaja kan cari pasal. Suka sakitkan hati orang. Lain kali,hal kerja jangan dimasuk campurkan dengan hal keluarga atau orang di sekitar dia!" Bebel Hajar tatkala mengingat kembali masalahnya kelmarin. Dia benar-benar tidak faham. Kenapa dia yang menjadi mangsa? Heih,nasib baiklah Hajar ni masih kuat untuk mencari nafkah. Kalau dia kaya,dah lama dia berhenti kerja.

Humairah yang mendengar luahan itu,merasa simpati. "Hmm,sabar nah. Kita tak tahu apa masalah dia. Dan dia pun takkan faham kita. Tak apalah,bersangka baik je. Yang penting dia tak buat apa-apa dekat hang kan?" Ucap Humairah kembali risau. Dalam fikirannya satu sahaja. Lelaki itu siapa? Humairah perasan akan nama bangunan HZ Holdings itu. Nampak familiar.

"Haih,memang tengah sabar lak ni. Nasiblah bos tu pilih aku untuk jadi mangsa. Dia tak tahu ke,mental aku ni kuat? Setakat kena bebel dengan bos tu kecil je macam kena gigit semut api. Sakit tapi lama-lama hilang." Kening dijungkit naik berkali-kali. Hek eleh dia,main-main pulak. Berlagak betul.

Humairah menjeling sahabatnya itu. Haih,tadi bukan main berdrama bagai. Sekarang,berlagak pulak? Sah! Hajar sedikit gila hari ini.

"Eh Mai. Kau nak tahu cerita tak? Kelmarin aku dengar kan,bos kita orang tu broken. Entahlah aku pun tak faham apa punca dia. Sebab jarang-jarang pulak kami tengok dia lemah semacam. Selalunya bukan main aktif lagi. Tapi kelmarin dia nampak down. Macam ada benda buruk berlaku dekat dia. Aku turut merasa kesian tengok bos aku tu. Lonely every day." Cerita Hajar lantas menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Humairah tersentak dengan cerita itu. Dia mula tertanya-tanya,siapa nama bos Hajar? Entah mengapa hati Humairah tidak sedap. Seolah-olah dia punca. Hatinya tidak lagi setenang tadi. Dia akhirnya diselubungi rasa bersalah tanpa sebab yang nyata.

"Hajar. Boleh aku tanya?" Humairah soal. Dia pandang wajah sahabatnya.

"Hm? Tanya jelah." Balas Hajar lantas membuka telefonnya.

"Siapa nama bos kau?" Akhirnya Humairah bertanya juga. Inilah dia,sifat ingin tahu Humairah semakin membuak-buak.

Hajar mengalihkan pandangan kearah Humairah. Mata dikecilkan. "Seriuslah hang nak tahu?"

Humairah mengangguk tanda iya.

"Tengku Zayid bin Tengku Harith."

Telinga Humairah tidak salah dengar bukan? Mulut terbuka sedikit tanda terkejut dengan kebenaran itu. Jantungnya berdegup kencang. Humairah perasan satu hal. Lelaki itu down? Broken? What happen to her? Jangan kata,ini kerana hal tempoh hari yang di mana,dia meluahkan perasaannya pada Humairah. Oh no!

"Mai. Hello? Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Hajar melambaikan tangannya dihadapan wajah Humairah. Lamunan terhenti lantas memandang wajah sahabatnya.

"Melamun apa cik kak?" Ujar Hajar kemudian tersengih halus.

Humairah menelan liurnya begitu kesat. "Tak adalah. Cuma terfikir tentang nama tu. Macam pernah dengar." Bohong Humairah terpaksa. Dia kembali tenang agar tidak ada sesiapa yang syak akan dia yang daripada tadi gelisah semacam.

"Ohh. Hang betul ke nak jalan next week ni? Kenapa weh." Soal Hajar ingin tahu. Wajah sayu dia tayangkan.

Humairah mengeluh kecil. Nafas panjang ditarik. "Aku—aku nak kerja tempat mama aku. Sorry tak beritahu hang awal-awal. Aku pun baru sedar yang dia mama aku. Lagipun dia sendiri yang minta maaf dekat aku. Aku pun rasa macam agak janggal sikit. Yelah,dia tu kan tetap mama kandung aku. Takkan nak marah lama-lama pulak. Dah mungkin itu takdir untuk aku lalui. Apapun,memang macam tu lah hidup aku. Dan sekarang aku faham. Aku pun ada impian. Tak salah kan kalau aku teruskan?" Humairah ingin tahu pendapat sahabatnya itu. Hajar hanya tersenyum. Dan senyuman itu terlalu pahit.

"InshaAllah. Aku ni,apapun yang hang nak buat. Aku sokong sentiasa. Aku yakin hang ada pilihan sendiri. Jadi,takkan aku pulak yang halang benda tu? Aku ni,siapa je...aku cuma kawan hang. Tugas aku cuma ada waktu bila-bila hang perlukan. Nak nasihat atau teguran? Cari je aku. Tiap masa aku ada. Well,semoga berjaya tau. Kalau rasa tak mampu,jangan paksa." Ujar Hajar selaku sahabat terbaik yang Humairah pernah ada. Dia memberikan sedikit kata-kata motivasi buat Humairah. Tak mengapalah,ini mungkin kali terakhir pertemuan kita. Lepas ni tak tahulah nak kata apa. Mungkin kita dah ada haluan masing-masing.

"Thanks Hajar. Kau memang sahabat terbaik yang aku pernah ada. Terima kasih ya Allah. Pertemuan aku dengan Hajar memang tidak indah. Tapi inshaAllah pengakhiran dari cerita persahabatan kami akan berubah bahagia." Humairah pandang langit sambil tersenyum. Hajar juga berbuat sama seperti Humairah.

"Hang sengaja nak buat aku nangis kan." Celah Hajar lantas menarik hingusnya. Dia tak boleh,dia tak kuat if itu adalah Humairah!

Humairah pantas memeluk tubuh sahabatnya itu. "Tak. Tapi mata hang tu yang ajak nangis sama." Air mata mengalir turun membasahi pipi. Bibir mengukir senyuman bahagia. Hajar,walaupun Humairah tahu,dirinya hanya budak yang tidak ada apa-apa. Dia cuma seorang budak yang selalu menjadi bahan buli orang di luar sana. Dia juga budak yang selalu menjadi mangsa tuduhan. Pembelajarannya tampak teruk. Tapi dia mempunyai bakat. Dia,tempat orang menghamburkan hinaan dan cacian. Dia budak yang tidak mempunyai apa-apa harta mahupun duit. Dan kehadiran Hajar memang membawa masalah itu kepada bahagia. Kerana Hajar,Humairah mampu mendapatkan nafkah. Kerana Hajar Humairah berdiri teguh di bumi ini. Kerana Hajar jugak Humairah kuat. Dan selebihnya Humairah serahkan kepada Tuhan. Tanpa Dia,Humairah akan hilang. Hilang dari semua orang.

"Dah lah tu. Buat drama pulak. Hikss." Hajar mengelap air matanya menggunakan tisu yang sudah tersedia didalam beg kecilnya. Humairah diberikan sama.

"Thanks."

"Sengaja bawa tisu ke? Mengada kan! Tahu-tahu je akan ada yang bocor." Balas Humairah lantas tersengih sumbing. Sahabatnya tak pernah,kalau tak buat lawak.

"Hahaha. Aku kan bijak." Jari telunjuk dibawa mengetuk kepalanya tanda bijak melalui otak.

Humairah menggelengkan kepala. "Jomlah. Dah lewat. Aku nak rehat,banyak kerja lagi nak kena buat." Humairah bangun dari duduknya.

"Ayuh! Aku hantar hang nah." Pelawa Hajar.

Humairah mengangguk setuju.

"Hajar. Kau janji untuk selalu ada dengan aku tau."

"Mestilah. Hanya takdir yang mampu pisahkan. Aku redha jelah waktu tu." Bahunya ditampar lembut oleh Humairah.

"Ish. Main-main pulak."

"Gurau jelah. Ya!! Aku janji."

"Cantek. Jom gerak."

"Mengada."

"Aku memang mengada. Tapi dekat sahabat kesayangan aku je."
.
.
.

Terima kasih atas masa yang diluangkan. Jazakallahu Khairan Kathiran. Barakallahu fikaa semua. Salam Ramadhan al mubarak.

16/4/2022

Takdir Kau & Aku ✓Where stories live. Discover now