Bab 1

6.3K 95 1
                                    

        "Wei, Nurul...kau buat apa ni? Kalau cikgu Roslina nampak kita macam mana? Aku tak naklah kiga berdua kena tangkap dengan cikgu baru tu." Najjah melihat sekeliling kerana dia berasa risau jika ternampak kelibat cikgu mereka.

         "Kau boleh senyap tak, Naj? Kalau kau bising, memang sahlah kita berdua kena tangkap. Cuba kau duduk diam-diam...aku tengah syok buat benda ni." Nurul Nafisa tidak mempedulikan Najjah dan meneruskan kegiatannya itu.

          "Aku tahulah yang kau tengah syok buat benda tu tapi kalau ya pun janganlah libatkan aku sekali." Matanya masih melilau sekeliling dan mengawasi tempat mereka. "Aku tak ajak kau pun. Kau yang nak ikut aku. Aku tak paksa pun."

         "Hah, buat apa tu?! Nak mencuri ye? " Najjah berasa terkejut dan tidak berani berpaling ke belakang. "Oi, mak kau jatuh tergolek." Nurul terjatuh dari pokok dan dia berasa kakinya seperti terseliuh.

         "Nurul, kau ok tak? Aduh, macam manalah kau boleh jatuh?" Najjah terus menuju ke arah Nurul dan memeriksa kaki gadis itu. "Naj, kaki aku sakit sangat...tak boleh nak bangun." Nuruk hanya mampu menahan sakit dan dia dapat merasakan yang dia tidak boleh berdiri.

        "Hah, awak buat apa tadi? Awak nak curi buah ke? Awak tahukan dilarang mencuri buah di kawasan sekolah." Danish Rayyan sudah bersedia mengeluarkan buku dan pen di tangan untuk menulis nama.
   
         "Apa ni, Danish? Kau tak nampak ke yang Nurul tengah sakit ni? Kalau ya pun, tolonglah bawa dia ke bilik rawatan." Dia tahu tugas sebagai ketua pengawas tetapi hantarlah sahabatnya dulu ke bilik rawatan.

          "Kau ingat aku ni kuat sangat ke nak angkat dia? Tengok badan memang kurus tapi mesti berat badan dia." Dia menjawab dengan bersahaja dan hanya memandang Nurul yang menahan kesakitan di kakinya.

           "Tak apalah, Danish. Aku boleh bangun sendiri. Kau tak payahlah nak angkat aku." Nurul cuba untuk bangun sendiri tanpa meminta bantuan orang lain. Najjah berasa kasihan melihat keadaan sahabatnya itu.

           "Kau boleh bangun tak, Nurul? Nak aku tolong tak?" Najjah menghampiri Nurul. Dia cuba membantu sahabatnya. "Aku ok je, Naj. Kau tak perlu risau, ok?" Akhirnya dia boleh bangun sendiri walaupun dia berasa amat payah.

          "Korang berdua ni nak jumpa cikgu Hayati ke tak? Aku tak larat la nak tengok drama korang." Nurul yang berasa sakit hati terus menjeling melihat Danish. Danish yang berasa kecut perut melihat jelingan gadis itu hanya membuat reaksi biasa.

           "Tolonglah, Danish...kau tak payahlah mengadu dekat cikgu Hayati. Aku takut nak jumpa dengan dia." Badan Najjah sudah menggigil apabila membayangkan muka cikgu disiplin itu.

           "Tau pulak takut. Masa buat benda ni tak rasa takut pulak. Pandai buat, pandailah tanggung akibatnya." Danish memberi senyuman sinis dan berjaya menyakitkan hati mereka apabila melihat muka kedua-duanya berubah.

           "Dahlah Najjah...marilah kita balik kelas. Buang masa je kita layan mamat tak betul ni." Nurul terus menarik tangan Najjah dan berjalan perlahan-lahan kerana kakinya sakit.

           Danish pula berasa sakit hati apabila mendengar kata Nurul. Dia hanya memandang gadis itu berjalan terhincut-hincut sambil dibantu oleh Najjah. Dia tidak berasa ingin menolong gadis itu dan terus pergi ke kelasnya.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now