Bab 76

1.2K 28 4
                                    

       "Kau serius ke, Danish?" soal Najjah dengan pasrah. Mana tak pasrahnya bila lelaki itu membuat rancangan gila dan tidak masuk akal. Elok sangat la Nurul dan Danish jadi suami isteri. Dua dua suka buat rancangan yang tidak masuk akal.

     "Aku serius, Naj. Ini je cara yang boleh buat aku jumpa dia." Danish memandang wajah Najjah dengan serius. Dia yakin hanya cara ini sahaja dia dapat bertemu dengan isterinya.

      "Dengan cara merompak rumah aku? Woi bang, benda boleh minta kunci rumah dekat aku. Yang kau susah payah nak buat rancangan gila ni kenapa?" Najjah menepuk dahi apabila dia teringat permintaan lelaki itu tadi. Rancangan yang sangat gila baginya.

        "Aku nak buat kelainan sikit. Apa salahnya aku cuba merompak rumah kau." Danish tersenyum dan mengangkat keningnya. Najjah mengeluh dengan sikap degil lelaki itu.

        "Haih suka hati kau la, Danish. Kalau jadi apa-apa dekat kau, aku taknak tanggung. Pandai-pandai la kau uruskan ye." Najjah mengalah dan mengangkat kedua-dua tangannya. Tak ada gunanya jika dia nasihat lebih. Lelaki itu tetapi dengan keputusannya.

       "Kau jangan risau. Aku akan selamat kat sana, lagipun waktu sekarang ni sesuai untuk aku laksanakan rancangan aku." Danish mengukir senyuman bahagia dan dia tidak sabar mahu berjumpa dengan isteri tercintanya.

        Najjah hanya menggeleng melihat sikap lelaki itu. Parah betul angau. Baru beberapa hari tapi gaya dah macam setahun.

        "Kau tahukan rumah aku dekat mana?" Najjah bangun dari kerusi dan diikuti oleh Danish. Nampaknya dia kena pergi ke tempat lain untuk memberi ruang kepada suami dan isteri berbincang.

       "Aku tahu." Danish mengangguk kepala. Dia juga sudah bersedia mahu pergi.

       "Kau berbincang elok-elok dengan dia. Emosi orang mengandung ni lain sikit." Sekali lagi Najjah memberi pesanan kepada lelaki itu.

        Danish hanya membuat tanda ok sebelum pergi kepada keretanya. Hatinya makin berdebar mahu berjumpa dengan kesayangannya.

        'Sayang tunggu abang. Abang datang nak jemput sayang dengan anak kita.'

      Sementara itu di rumah Najjah, Nurul sedang melahap makan keropok. Entah kenapa sejak mengandung ni nafsu makan dia sangat kuat sampai setiap satu jam pasti dia akan berasa lapar.

      Najjah juga sampai tegur dan tanya soalan 'kau bela saka ke sampai tak berhenti makan'. Haih dia hanya mampu bersabar dengan usikan sahabatnya kerana dia makan pun bukan untuk dia seorang tapi untuk anaknya juga.

      Nurul sendawa kekenyangan setelah hampir separuh balang keropok dia makan. Dia tersandar di kerusi dan mengusap perutnya.

      "Alhamdulillah. Anak ibu mesti dah kenyang kan? Macam-macam kita makan hari ni ye. Kesian aunty Najjah sampai terpaksa beli stok makanan baru sebab ibu asyik makan." Nurul ketawa kecil dan tangannya masih mengusap perut. Dia segera membasuh tangan dan mahu menyambung kerjanya yang tergendala tadi kerana lapar.

       Belum sempat dia memegang tombol pintu, tiba-tiba Nurul terdengar bunyi yang datang dari luar rumah. Dia meneguk air liur kerana hanya dia seorang sahaja di rumah sekarang ini.

       Nurul segera mengambil penyodok sampah dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu. Dia memegang penyodok dengan kuat dan bersedia mahu memukul pencuri yang datang mahu mencuri.

       Selepas sahaja dia membuka pintu, tanpa membuang masa Nurul terus memukul badan pencuri itu dengan sekuat hati. Dia harus memikirkan keselamatan dia dan anaknya.

       "Adoi, sayang! Ni abang. Your husband!" Terlepas penyodok di tangan Nurul apabila dia mendengar suara yang amat dia kenali. Dia menekup mulutnya melihat kelibat suaminya di depan mata.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now