"Betul ke kau tak nak aku hantar kau sampai depan rumah?" Azman bertanyakan sekali lagi setelah dia memberhentikan keretanya yang jaraknya 10km dari rumah Madinatul.
"Betul... lagipun dah dekat dah rumah aku tu. Biarlah aku jalan kaki balik rumah aku. Aku tak nak susahkan kau hantar aku sampai depan rumah." Madinatul tidak mahu lelaki itu hantarnya ke depan rumah.
Lagipun dia tidak mahu orang tuanya nampak Azman. Pasti orang tuanya akan bertanya macam-macam soalan.
Azman pula berasa hairan melihat keadaan gadis itu. Madinatul seperti risaukan sesuatu. "Oklah kalau kau tak nak aku hantar kau. Kalau macam tu aku balik dulu."
Madinatul hanya mengangguk dan membuka pintu kereta. Dia terus keluar dan melihat kereta itu berlalu pergi. Madinatul berjalan kaki ke rumahnya yang tidak berapa jauh.
Tiba-tiba dia mendengar bunyi sesuatu yang datang dari dapur. Madinatul terus bergegas menuju ke arah dapur. Dia berasa amat terkejut melihat kejadian di depan matanya.
"Mariana!!! Kau buat apa ni, ha?!" Madinatul terus mengambil pisau dari pegangan adiknya. Dia tidak tahu apa yang merasuk fikiran gadis itu.
"Apa ni, kak? Bagilah balik pisau tu kat aku. Aku nak bunuh diri ni." Mariana ingin mengambil pisau itu dari kakaknya tetapi Madinatul terus melarikan pisau.
"Kau gila ke apa nak bunuh diri? Dik, kalau kau ada masalah, kau boleh cerita kat akak. Mana tahu aku boleh tolong kau." Madinatul meletakkan pisau ke tempat para dapur dan perlahan-lahan mendekati adiknya.
"Kau tak payah sibuklah nak tahu hal aku, kak. Kau bukannya kisah pasal aku pun. Kau pun tak sayang aku." Mata Mariana meliar-liar mencari benda tajam di dapur.
"Ana, boleh tak kau bertenang sikit. Fikiran kau tengah bercelaru sekarang ni. Akak nak kau bawa bertenang." Madinatul terus memeluk adiknya kerana dia berasa risau jika adiknya mencari benda tajam.
"Panggil aku Maria, kak. Berapa kali aku nak bagitahu kau jangan panggil aku Ana tapi panggil aku Maria." Mariana cuba untuk melepaskan rangkulan daripada kakaknya.
"Ok aku panggil kau Maria. Sekarang ni mak dengan ayah kat mana? Kenapa aku tak nampak pun diorang?" Madinatul berasa hairan melihat adiknya hanya keseorangan di rumah.
"Entah aku tak tahu diorang kat mana. Masa aku balik tadi pun rumah ni nampak kosong." Mariana ingin berlalu masuk ke dalam bilik. Tetapi tiba-tiba Madinatul memegang tangannya.
"Maria, nanti dulu...duduklah sini sembang dengan akak. Kita dah lama tak borak bersama. Aku rindu nak berbual dengan kau, dik." Madinatul terus-terusan menatap wajah adiknya yang seperti mempunyai masalah yang besar.
"Kau nak sembang apa dengan aku, kak? Aku malaslah nak borak sekarang ni. Aku tak ada mood tau tak." Mariana terus menepis pegangan Madinatul. Dia berlalu masuk ke dalam bilik.
"Maria, kenapa kau macam benci akak je? Apa salah aku kat kau?" Madinatul tidak tahu apa kesalahan yang dia telah buat. Jenuh dia memikirkan tetapi dia tidak ingat.
"Kau boleh tanya apa kesalahan kau, kak? Aku malas nak cakap hal ni. Aku nak masuk bilik dan aku mohon jangan kacau aku sekarang ni." Mariana terus meninggalkan Madinatul yang seperti kebingungan.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...