Bab 23

1.1K 33 0
                                    

          Pagi itu, Raykal terus menuju ke rumah ibu bapa mertua adiknya. Sambil memandu, dia melihat alamat yang diberikan oleh ibunya. Raykal mahu menelefon adiknya tetapi dia baru dapat tahu dari ibunya yang adiknya dah tukar nombor telefon.

          Semasa dia sampai ke rumah ibu bapa mertua adiknya, Raykal melihat seorang gadis sedang menyidai baju. Dia terus menutup enjin keretanya dan keluar dari perut kereta. Nurul yang sedang menyidai baju terdengar bunyi kereta terus melihat ke arah luar.

            Dia terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Kali terakhir dia nampak lelaki itu seminggu sebelum perkahwinan Danish. Selepas itu, Nurul terus tidak nampak kehadiran Raykal lagi.

            "Assalamualaikum." Raykal terus memberi senyuman kepada sahabat adiknya. Agak lama jugak dia tidak berjumpa dengan gadis itu.

            Tapi tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu. 'Rayyan kahwin dengan Nurul ke? Setahun aku Nurul ni anak tunggal. Takkan aku salah alamat kot.' ujarnya pelik di dalam hati.

            "Abang Raykal!" Hilang terus khayalannya apabila disergah oleh Nurul. Dia hanya tersengih melihat muka cemberut gadis itu. Raykal hanya mampu buat muka tidak bersalah atas kejadian tadi.

            "Kenapa, Nurul? Abang minta maaf sebab abang terkhayal tadi. Nurul apa khabar?" Raykal melihat gadis itu sudah jauh berubah dari dulu. Wajah gadis itu berseri-seri seperti orang yang sudah berkahwin.

            "Nurul panggil abang tadi tapi abang buat tak tahu je. Nurul nak tanya kenapa abang datang sini? Nurul sihat je alhamdulillah." Nurul terus menyambung sidai bajunya dan menyudahkan kerjanya itu.

             "Nurul tak nak ajak abang masuk dalam ke? Panas tau duduk kat luar ni." Nurul hanya ketawa mendengar kata lelaki itu.

            "Sorry bang, Nurul lupa pula nak ajak abang masuk. Marilah masuk, bang. Alang-alang abang datang ni bolehlah abang join makan tengah hari sekali."

              Nurul terus mengajak lelaki itu masuk ke dalam rumah. Raykal turut mengekori langkah kaki gadis itu masuk ke dalam. Dia melihat keadaan di dalam rumah itu sungguh cantik.

            "Abang duduklah dulu. Nurul nak buatkan air untuk abang sekejap." Nurul terus masuk ke dapur untuk buatkan air lelaki itu. Tiba-tiba Nurul terkejut melihat suaminya sedang membancuh air.

             "Astaghfirullahal-azim abang ni. Terkejut Nurul tau tak. Abang buat apa kat sini?" Nurul hanya mampu mengurut dada bagi menghilangkan rasa terkejut.

             "Abang tengah buat air sebab tiba-tiba abang rasa dahaga. Tadi rasanya abang ada dengar bunyi kereta. Ada orang datang ke?" Danish terus mengambil satu cawan lagi untuk membuat air.

             "Haah bang. Ada orang special datang hari ni. Abang mesti terkejut tengok tetamu kita tu." Nurul terus membantu suaminya membuat air. Dia mengambil sudu dan gula untuk diberi pada suaminya.

             "Siapa, sayang? Abang tertanya-tanya pula. Special sangat ke tetamu kita tu?" Danish berasa hairan melihat senyuman isterinya itu. Dia yakin isterinya seperti sembunyikan sesuatu darinya.

            "Abang tengoklah sendiri siapa tetamu tu. Tak surprise la kalau Nurul bagitahu abang." Nurul terus mengangkat dulang dan membawa ke ruang tamu. Danish mengekori isterinya dari belakang.

             Setelah dia sampai ke ruang tamu, Danish terkejut melihat insan di depan matanya. Dia seperti tidak percaya apa yang dilihat. Raykal jugak terkejut melihat adiknya di depan mata.

             "Hai Rayyan. Lama betul abang tak jumpa dengan adik abang ni. Rayyan tak rindukan abang ke?" Terubat sikit rindunya bila dapat melihat wajah kesayangan adiknya itu.

             "Abang Raykal? Bila abang balik sini? Kenapa abang balik tak bagitahu Rayyan dulu? Rayyan rindu sangat kat abang." Danish terus memeluk abangnya setelah setahun mereka tidak berjumpa.

             "Abang pun rindu dekat adik abang ni. Macam mana abang nak bagitahu kalau Rayyan tukar nombor telefon? Terpaksalah abang buat kejutan nak balik sini." Danish terus menepuk dahi mendengar kata abangnya itu.

             Dia hampir terlupa untuk memberi nombor telefon barunya kepada Raykal. Ini semua kerana dia memikirkan tentang Nisha. Disebabkan hal itu, Danish terpaksa tukar nombor telefon.

              "Sorry bang sebab Rayyan terlupa nak bagi nombor telefon baru. Banyak benda yang Rayyan fikir sampai terlupa benda tu." Danish terus duduk di sebelah abangnya.

             "Ye ke? Ingatkan Rayyan dah lupakan abang. Abang baru je nak merajuk." Raykal buat-buat suara merajuk dan tidak memandang muka adiknya.

              "Eleh abang mana pandai merajuk. Tak payah nak merajuk sangat la, bang." Danish ketawa kecil dan memandang muka Nurul. Nurul pula hanya mampu menggeleng melihat perangai suaminya itu.

               "Rayyan, abang nak tanya sikit boleh?" Raykal berasa ragu-ragu pula melihat pasangan itu. Dia cuma inginkan kepastian dari mulut adiknya sendiri.

                "Abang nak tanya apa? Abang nak tahu pasal Rayyan dengan Nurul ke?" Danish melihat abangnya mengangguk mendengar soalannya. Dia menarik nafas dan menghembus untuk memulakan kisah mereka berdua.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now