Azman tersenyum kecil melihat gambar yang dikirim oleh Madinatul. Wanita itu nampak gembira di hari pertunangannya semalam. Dia tidak dapat hadir kerana dia mempunyai urusan yang mendadak dan dia juga mempunyai sebab-sebab lain.
"Tak sangka kawan aku ni dah jumpa cinta sejati dia. Aku doakan semoga kau hidup bahagia bersama orang yang kau cinta. Aku sayangkan kau, Madina." Azman cuba mengukir senyuman gembira walaupun hatinya sedikit kecewa kerana dia baru sedar tentang perasaannya pada wanita itu. Tak sangka perkenalan mereka selama tiga tahun ini membuahkan rasa cinta dia kepada Madinatul.
Dia menyangka selama ini hubungan mereka hanya sekadar kawan tetapi tak sangka perasaannya terhadap Madinatul akan jauh daripada ini. Nak menyesal pun dah tak guna kerana wanita itu pun sudah selamat menjadi tunang orang. Takkan dia mahu menghancurkan kebahagiaan sahabatnya itu demi kepentingannya.
Dia tak akan sesekali buat perkara yang boleh menghancurkan persahabatan mereka berdua. Dia lebih sayangkan hubungan persahabatan mereka yang sudah lama terjalin. Azman mengeluh perlahan dan melihat semula gambar Madinatul di telefonnya. Tanpa sedar air matanya mengalir dan dia ketawa kecil walaupun ianya kedengaran sangat hambar.
Tiba-tiba ada satu panggilan masuk dan Azman segera menyapu air matanya sebelum menjawab panggilan telefon.
"Hello, Azman. Kenapa kau tak datang semalam? Aku tunggu kehadiran kau tahu tak." Tanpa memberi salam, wanita itu terus serang dia dengan soalan bertubi-tubi. Azman menutup mata dan cuba menenangkan diri sebelum menjawab pertanyaan Madinatul.
"Cik Madinatul, cuba bagi salam dulu sebelum tanya soalan. Kau ni cuba bertenang sikit...kenapa laju sangat mulut tu bercakap?" Azman menggeleng kecil dan dia boleh bayang bagaimana raut wajah wanita itu. Madinatul mencebik mendengar sindiran Azman.
"Assalamualaikum encik Muhammad Qayyum Azman bin Mohd Asyraf. Maaflah sebab tadi aku tengah excited...itu yang aku call kau terus." Azman tersenyum mendengar suara ceria wanita itu. Bagaimana dia mahu membuang perasaan cintanya jika mereka akan bertemu setiap hari di tempat kerja? Amat mustahil untuk dia melakukannya.
"Waalaikumsalam...aku tahu kau tengah happy sekarang ni tapi cuba kau bertenang sikit. By the way macam mana majlis semalam? Semua berjalan dengan lancar ke?" Azman cuba mengubah topik agar dia tidak terus melayan perasaannya.
"Alhamdulillah majlis semalam semuanya ok dan berjalan dengan lancar. Cuma yang tak bestnya bila kawan baik aku tak datang majlis aku semalam. Kenapa kau tak datang? Kau ada hal ke?" Madinatul berasa kecewa bila lelaki itu tidak datang ke majlis pertunangannya. Dia ingin berkongsi hari bahagianya bersama kawan baiknya.
"Aku minta maaf, Madina. Aku ada kerja penting semalam dan sebab tu aku tak dapat datang ke sana. Kau marahkan aku ke?" Azman berasa risau jika wanita itu marah kerana tidak datang ke majlisnya. Dia tidak mahu Madinatul berasa sedih dan sumpah dia rasa serba salah terhadap wanita itu.
"Aku tak marahkan kau, Azman. Aku cuma terkilan sikit sebab kau tak ada semalam. Aku faham kalau kau ada hal tapi aku akan marah kalau kau saja taknak datang. Seminggu aku merajuk dengan kau." Madinatul sempat memberi amaran kepada lelaki itu. Azman tersenyum kecil mendengar nada gurauan wanita itu.
"Sekali lagi aku nak minta maaf dekat kau. Aku bukannya sengaja taknak datang tapi aku betul-betul ada hal semalam." Azman berasa tidak berguna sebagai sahabat kerana telah melukakan hati wanita itu. Sungguh dia mahu memaki hamun dirinya sendiri.
"Tak apa, Azman. Aku faham kau ada hal semalam dan serius aku tak marah pun. Kau janganlah rasa serba salah sangat." Madinatul cuba menyakinkan lelaki itu untuk tidak rasa serba salah. Azman tersenyum mendengar kata wanita itu.
"So, apa perasaan kau bila dah jadi tunang orang? Tak sangka kawan baik aku ni dah jumpa cinta sejati dia." Azman cuba menceriakan suasana di antara mereka. Dia tidak mahu masing-masing rasa kekok akibat situasi tadi. Madinatul ketawa mendengar ayat Azman dan dia tahu lelaki itu cuba mengubah topik.
"Alhamdulillah aku gembira sangat. Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku ni tapi aku gembira sangat bila dah jadi tunang Danial." Madinatul masih tidak percaya dirinya sudah menjadi tunang kepada Raykal. Sampai sekarang dia masih menyangka semua ini mimpi baginya dan kalau bentar ini mimpi biarlah dia tidur sebentar untuk menikmati moment bahagia ini.
Azman cuba untuk kelihatan gembira walaupun hatinya ditusuk dengan benda tajam. Dia tahu tidak sepatutnya dia rasa seperti ini tetapi dia tidak boleh kawal perasaannya. Untung sahaja mereka berdua sedang berbual di panggilan telefon dan tidak berjumpa secara berdepan.
Kalau tidak macam mana dia mahu berdepan dengan wanita itu nanti?
"Aku tumpang gembira untuk kau, Madina. Aku yakin dia adalah pilihan yang tepat dan boleh bimbing kau. Aku doakan semoga hubungan kau dengan dia kekal sampai ke jannah." Azman ikhlas mendoakan kebahagiaan wanita itu.
"Thank you, Azman. Aku pun doakan benda yang sama untuk kau. Aku yakin akan ada jodoh yang comel dan terbaik untuk kau cuma kau kena tunggu saat itu tiba." Madinatul sentiasa mendoakan untuk sahabatnya. Dia sudah anggap lelaki itu seperti abangnya sendiri.
"Thanks, Madina. Oklah aku ada kerja sikit nak buat dan kau mesti penat kan sebab majlis semalam. Kau pergilah rehat dan kita jumpa waktu kerja nanti ok." Azman terus menutup panggilan setelah wanita itu menjawab salamnya. Azman akan cuba untuk melupakan Madinatul di dalam fikirannya. Dia cuba untuk move on secara perlahan-lahan walaupun ianya akan mengambil masa.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...