Bab 61

1.1K 31 2
                                    

        Dia menolak beg bagasinya setelah selamat sampai ke Malaysia. Hampir tiga tahun dia meninggalkan bumi Malaysia ini dan akhirnya dia sudah pulang ke negara kelahirannya. Dia pulang hari ni pun tanpa pengetahuan sesiapa. Dia sengaja mahu membuat kejutan pada semua orang.

       Nurul melihat jam di pergelangan tangannya dan ternyata masih awal. Memang patutlah KLIA nampak sesak hari ni disebabkan ada yang baru pulang dari bercuti atau bekerja di luar negara. Dia menolak kembali troli yang membawa beg rodanya untuk mencari teksi. Ternyata agak sukar mahu mencari teksi pada waktu begini.

      Tiba-tiba Nurul ternampak kelibat seseorang yang dia kenali. Jantungnya berdebar dan tangannya berpeluh tetapi dia gagahi juga untuk mendekati orang itu. Semakin dekat semakin kuat debaran di hatinya. Akhirnya dia berhenti dan berdiri di hadapan lelaki itu.

       "Assalamualaikum, Nurul Nafisa." Jejaka itu memberi salam setelah Nurul menyedari kehadirannya. Sempat dia memberi senyuman pada gadis itu.

       "Waalaikumussalam, Azrul Iman." Gadis itu menjawab salam dengan perlahan. Nurul masih terkedu melihat Azrul di depan matanya.

       "Nurul, kau ok tak? Dah kenapa kau tengok aku macam hantu ni?" Azrul sempat melambaikan tangannya pada wajah itu. Risau pula dia bila melihat Nurul masih diam dari tadi.

       "A-aku ok je. Cuma aku terkejut. Macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Jujur Nurul masih terkejut dengan kehadiran Azrul. Dia yakin yang kepulangan dia hari ni memang tak diketahui oleh sesiapa kerana dia sengaja mahu merahsiakannya.

       "Macam mana aku tahu tu rahsia. Ni Azrul Iman la. Semua benda aku tahu." Azrul senyum sambil mengangkat kening. Lagipun bukannya susah dia mahu mencari maklumat Nurul di sana. Nurul menjuling mata ke atas. Menyampah pula dia dengan lelaki ini.

       "Suka hati kau la, Azrul. Janji aku nak balik sekarang ni." Nurul malas mahu melayan lelaki itu dan mula mahu berlalu pergi. Tetapi pergerakannya terhalang bila lelaki itu menghalang jalannya.

        "Eh kejap, Nurul. Meh aku hantar kau balik. Lagipun kalau kau nak cari teksi sekarang ni susah sikit sebab ramai orang dan teksi pun tak banyak." Azrul cuba mengajak gadis itu dengan cara lembut. Tapi kalau Nurul berdegil juga terpaksa la dia guna cara yang kasar.

        Nurul melihat sekeliling dan dia agak setuju dengan kata-kata Azrul. Dahlah susah nak cari teksi dan kalau dia tunggu lama-lama tak guna juga. Takut dia sampai lambat ke rumah nanti. Nurul mengeluh dan memandang wajah Azrul semula.

       "Oklah aku balik dengan kau tapi sebab terpaksa je tau. Kalau bukan sebab teksi yang tak cukup, jangan harap aku nak balik dengan kau." Azrul tersenyum mendengar kata Nurul. Hampir saja dia mahu lompat bintang jika dia tidak fikir di mana dia berada sekarang. Sudahlah dia hampir terpesona melihat cantik Nurul. Gadis itu makin cantik sejak pulang dari luar negara.

       Azrul segera mengejar langkah Nurul. Dia berjalan beriringan dengan gadis itu. Sudahlah gadis itu tidak tahu di mana tempat letak keretanya.

       "Azrul..." Nurul memanggil sambil melihat wajah Azrul. Lelaki ini makin lama makin kelihatan kacak sejak jadi dewasa ni. Rasa macam tak percaya jika lelaki itu tidak mempunyai teman wanita.

       "Hmm..." Azrul menyahut dengan nada malas. Pasti ada sesuatu yang gadis itu mahu bertanya.

        "Azrul, kenapa kau tak kahwin lagi? Kau hensem kot...takkan takde girlfriend?" Nurul berasa hairan melihat lelaki itu masih belum kahwin. Mustahil lelaki itu tidak mempunyai kekasih.

         "Kenapa? Ada masalah ke kalau aku tak kahwin lagi? Aku akan mati ke kalau takde isteri?" Azrul mengeluh bosan mendengar soalan tentang kahwin lagi. Hampir tiga tahun dia asyik menghadap soalan yang sama.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now