Bab 33

1K 31 1
                                    

       "Adoi, berat betullah kotak ni. Apa la yang diorang letak sampai jadi berat macam ni." Madinatul merungut sambil membawa kotak ke sebuah kedai baju. Dia cuba membawa kotak itu dengan berhati-hati.

       Sedang dia membawa kotak itu dan tidak memandang ke hadapan, tiba-tiba sahaja dia terlanggar dengan seseorang. Habis berterabur baju-baju yang ada di dalam kotak itu.

       Hatinya berasa panas bila melihat baju-baju itu terkeluar dari kotak. Dia cuba menahan sabar di dalam hatinya agar tidak marah terhadap orang yang melanggarnya.

       "Saya minta maaf sangat-sangat, cik. Saya tak sengaja tadi. Mari saya tolong cik kutip semua baju ni." Lelaki itu meminta maaf berkali-kali sambil tunduk ke bawah.

        Dia segera bangun dan menolong Madinatul mengutip baju yang berterabur. Madinatul ingin berterima kasih kepada insan yang telah menolongnya dan mengangkat kepala kerana mahu melihat wajah lelaki itu.

       Matanya terus terbeliak apabila melihat wajah di hadapannya. "Kau? Kau buat apa kat sini ha?!" Sumpah dia benar-benar terkejut sekarang ini.

      Madinatul tidak menyangka yang dia akan berjumpa lagi dengan mamat gila yang berebut roti dengannya. Raykal berasa hairan bagaimana gadis itu mengenalinya tapi dia dapat merasakan yang dia pernah lihat wajah gadis itu.

      Setelah agak lama dia berfikir, akhirnya baru dia ingat gadis inilah yang berebut roti dengannya sampai bengkak kakinya akibat dipijak oleh gadis itu.

       "Ehh ni cik roti kan? Tak sangka kita akan berjumpa lagi." Raykal memberi senyuman manis kepada Madinatul. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa gembira dapat berjumpa dengan gadis itu lagi.

       'Cik roti dia panggil aku. Nama aku punya la sedap dan suka hati dia je nak tukar nama.' Madinatul menjeling dan mendengus marah melihat lelaki itu. Tanpa mempedulikan mamat poyo itu, dia terus sambung mengutip baju.

        "Eh cik, mari saya tolong. Saya yang buat kotak ni jatuh tadi." Raykal mengambil baju satu per satu tapi belum sempat dia habis kutip, gadis itu tiba-tiba sahaja merampas baju tersebut darinya.

        "Kau tak payah nak berlagak baik depan aku. Dan lagi satu, boleh tak kau jangan panggil aku cik roti? Aku ada nama tahu tak." Madinatul terus mengambil kesemua baju tersebut dan meletakkannya di dalam kotak.

       Raykal pula hanya mampu melihat Madinatul mengangkat kotak yang sedikit berat itu. Dia mahu menolong gadis itu tapi dia takut jika dia dimarahi lagi.

       "Kalau cik ada nama, boleh tak kalau saya nak tahu nama cik? Tapi kan saya suka la panggil cik dengan panggilan cik roti tu. Kalau saya nak panggil cik roti juga macam mana?"

      Raykal mengangkat kening berkali-kali kepada gadis itu. Madinatul berasa malas mahu melayan lelaki itu dan terus mengangkat kotak itu dengan cepat.

      'Hari ni hari yang paling malang dalam hidup aku. Apalah nasib aku bila jumpa mamat tak betul ni.' Madinatul mengeluh di dalam hati.

      Dia terus pusing ke belakang dan berjalan terus tanpa memandang wajah lelaki itu. Kalau boleh dia memang tidak mahu pandang langsung.

      Raykal tidak sempat menghalang gadis itu dari pergi. Niatnya cuma mahu berkawan sahaja dengan gadis itu tetapi si dia seperti tidak berminat mahu berkenalan. Dan entah kenapa, hatinya mula berasa selesa bila dia berada dekat dengan gadis itu.

     'Adakah dia jodohku yang sebenar? Wahai cik roti, saya berharap kita dapat berjumpa lagi dan masa tu saya akan cuba ambil hati awak secara perlahan-lahan.' Raykal tersenyum gembira bila dia dapat bercakap dengan gadis itu.

        'Wait for me, my baby sweetheart'

     

      
      

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now