Bab 60

1.2K 24 2
                                    

      Azrul memeluk tubuh memerhati sikap sahabatnya. Sejak kebelakangan ini lelaki itu kerap tengok telefon dan tersenyum sendiri seperti orang tengah dilamun cinta. Mahu kata sibuk bermesej dengan isteri macam tidak kena kerana dia tahu Nurul pasti sibuk dengan assignment dan final exam.

      Matanya masih tajam memerhati dan sungguh dia tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sebenarnya? Dia tahu Nisha sudah pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu dan jujur dia risau jika gadis itu sedang merancangkan sesuatu untuk meruntuhkan rumah tangga Danish dan Nurul.

      "Danish, aku tengok lately ni kau asyik main telefon je. Kau tengah mesej dengan siapa sebenarnya?" Azrul berasa tidak sedap hati melihat tingkah laku lelaki itu.

        Danish berhenti menaip apabila diterima soalan serius dari Azrul. Dia berdehem dan meletakkan telefon di atas meja.

         "Kenapa? Salah ke kalau aku nak main telefon? Aku ada kacau kau ke?" Danish menyoal sambil mengangkat kening. Dia turut memeluk tubuh sambil membuat wajah serius. Dia tahu sahabatnya itu pasti akan berasa curiga.

        Azrul mengeluh. Dia dapat rasakan lelaki ini sudah berubah.

        "Aku tanya kau sebab aku ambil berat. Kau dengan Nurul kawan baik aku. Aku taknak apa-apa berlaku dekat rumah tangga korang berdua."

        Danish tersenyum terharu melihat sikap prihatin lelaki itu. Dia tidak sangka yang Azrul masih mengambil berat terhadapnya walaupun mereka sudah lama tidak berjumpa. Tetapi dia terus mematikan senyumannya sebelum disedari oleh lelaki itu.

        "Aku tahu kau ambik berat tentang aku, Rul. Tapi soal rumah tangga aku kau tak perlu masuk campur. Pandai la aku uruskan nanti." Danish cuba mengelak tatapan mata sahabatnya. Dia tidak mahu lelaki itu makin bertambah rasa curiga.

         "Kau dengan Nurul tak gaduh kan? Kau pun tak ada terfikir nak get back dengan Nisha kan?" Azrul berasa berdebar-debar melihat kebisuan lelaki itu. Entah kenapa dia dapat rasa yang kawannya ini telah lakukan sesuatu perkara bodoh.

        Tiba-tiba matanya terpaku melihat skrin telefon lelaki itu. Dia ketawa kecil melihat nama yang terpapar di situ. Wow tak sangka lelaki ini dalam diam menyambung semula ikatan yang putus.

       Danish segera menyimpan telefon di dalam poket seluar dan mengeluh kasar. Argh bodohnya kau, Danish! Patutnya kau kena behave dengan apa yang kau tengah buat sekarang ni! Danish merungut di dalam hati.

         "Wow Danish...tak sangka kau get back dengan Nisha. Dah berapa lama korang berhubungan semula?" Azrul cuba menahan diri dari mengapa-apakan sahabatnya. Dia perlu dengar dulu penjelasan dari Danish.

        "Nak dekat dua bulan aku bercinta semula dengan Nisha. Rul, aku dah tahu punca Nisha tinggalkan aku dulu." Danish cuba membela Nisha. Dia tidak mahu gadis itu terus disalahkan oleh orang lain.

         "Kau percaya ke cerita Nisha tu? Kau betul-betul pasti ke dia tinggalkan kau sebab orang lain? Kau taknak siasat dulu benda ni?" soal Azrul dengan serius. Dia tahu dan dia kenal sangat dengan perangai Nisha. Gadis itu pasti akan cari seribu cara untuk menutup hal yang sebenar.

         Danish terdiam mendengar soalan bertubi-tubi dari Azrul. Dia tahu tidak sepatutnya dia percayakan sepenuhnya pada cerita Nisha. Dia sepatutnya siasat dahulu tapi argh entahlah, kepala dia serabut memikirkan hal ini.

        "Aku percaya dia, Rul. Aku yakin dia terpaksa tinggalkan aku dulu." Walaupun berasa sedikit ragu-ragu tetapi dia tetap mahu membela gadis kesayangannya.

       Azrul ketawa sinis melihat lelaki itu. Dia berasa lucu melihat sahabatnya yang mudah percaya cakap orang. Entah apa la yang gadis itu sudah racun fikiran Danish.

       "Kenapa kau gelak, setan? Apa yang lawak sangat?" Danish berasa sakit hati mendengar tawa Azrul. Lelaki itu seolah-olah seperti mengejek dirinya.

       "Nak kata kau ni bodoh tapi time sekolah dulu kau pandai dalam kelas. Tak tahu la macam mana aku boleh kawan dengan kau." Azrul menggeleng kepala sambil mengelap air mata. Sesekali ada juga la nampak kebodohan orang yang bernama Danish Rayyan ni.

        "Kau diam, Azrul. Aku tahu apa yang aku buat sekarang ni." Danish mengetap rahang. Dia benci bila Azrul seperti tidak menyokong tindakannya ini.

        "Kalau kau tahu, kenapa kau taknak siasat dulu benda ni? Nampak sangat mata kau dah buta." Selamba sahaja ayat yang keluar dari mulut Azrul. Mata Danish terbeliak mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya. Suka hati dia je kata mata aku buta.

       "Sekarang ni kau nak cakap yang Nisha mereka-rekakan cerita la? Kau nak kata Nisha sengaja fitnah Nurul? Macam tu?" Danish berang apabila Azrul menuduh Nisha yang bukan-bukan. Dia tidak suka dan ya dia tetap tidak suka.

       "Kau ada otak, Danish. Kau dah boleh fikir yang mana betul dan yang mana salah. Aku taknak kau salah buat keputusan. Nanti kau juga yang akan menyesal." Azrul tidak putus asa menasihati lelaki itu. Dia perlu membersihkan otak Danish.

       "Macam aku cakap tadi, aku tahu apa yang aku buat. Aku yakin keputusan aku buat ni adalah tepat. Aku tak akan menyesal dan kau jangan la risau pasal aku. Pandai la aku jaga diri aku ni." Danish cuba menyakinkan hati sahabatnya. Dia tahu apa yang dia buat dan dia tidak akan berganjak dari keputusannya.

         Azrul senyum mengejek mendengar kata sahabatnya. Huh nampak sangat lelaki ini mempertahankan Nisha walaupun sudah terang-terang gadis itu bersalah.

       "Suka hati kau la, Danish. Kalau aku cakap banyak pun bukannya kau nak dengar. Kau kan dah kemaruk cinta dengan Nisha tu." Azrul cuba menyakitkan Danish. Dia tahu lelaki itu tiada perasaan cinta terhadap Nisha.

       Danish merengus geram. Dia tahu sahabatnya ini sengaja mahu sakitkan hati dia. Lagipula dia sedang merancang sesuatu dalam diam. Rancangannya ini biarlah dia seorang saja yang tahu.

       "Kau jangan risau. Aku ada rancangan aku sendiri dan rancangan aku ni pun dah mula sikit-sikit." Danish mengeluh halus. Nampaknya terpaksa la dia bongkarkan rancangannya kepada Azrul memandangkan mereka berdua sangat rapat dan selalu berkongsi rahsia.

       Dahi Azrul berkerut. Rasanya lama-lama dia boleh pening dengan perangai lelaki itu.

       "Apa plan kau? Kejap, kau tengah buat apa sekarang ni? Kenapa aku tak tahu benda ni?" Azrul memandang tepat ke arah Danish. Apa plan lelaki itu sebenarnya?

        Danish mengeluh sekali lagi. "Kau betul-betul nak tahu ke apa plan aku?"

       Azrul segera mengangguk. Dia harus tahu rancangan lelaki itu dan seandainya dia dapat tolong maka dia akan membantu sahabatnya.

       "Ok ni rancangan aku..." Danish mula menerangkan rancangannya kepada Azrul. Azrul pula mendengar dengan teliti dan mengangguk. Tak sangka sahabatnya ini mempunyai rancangan dalam diam. Dia senyum misteri memandang wajah Danish dan lelaki itu juga turut senyum sekali.

        Nampaknya rancangan Danish sangat hebat dan dia sokong apa saja lelaki itu buat.

Mrs. Danish Rayyan (C)Where stories live. Discover now