"Assalamualaikum...abang dah balik. Sayang! Nurul! Ayah dah balik ni. Mana anak kesayangan ayah ni?" Encik Rosli terus mencari anaknya setelah sampai ke rumah.
"Waalaikumsalam eh awalnya abang balik hari ni. Selalunya abang balik lambat." Puan Norlia terus mengambil beg dan baju kot dari suaminya.
"Hari ni abang tak banyak sangat kerja kat pejabat. Sebab tu la abang balik awal hari ni." Encik Rosli terus duduk di kerusi melepaskan penat. Sudah banyak hari dia balik lambat dari kerja kerana kerjanya terlalu banyak cuma hari ni saja dia dapat balik awal.
"Abang nak makan tak? Kalau abang nak makan, Lia boleh sediakan. Lia ada masakkan makanan kegemaran abang." Puan Norlia memberikan air sejuk kepada suaminya. Dia tahu suaminya pasti kehausan. Dia terus duduk di sebelah suaminya.
"Boleh juga kalau abang makan sekarang. Abang pun dah lapar sangat ni. Dari tengah hari tadi abang tak makan. Lia boleh temankan abang makan?" Encik Rosli mencapai tangan dan memandang mesra ke arah isterinya. Walaupun usia mereka sudah meningkat tapi dia masih bermanja dengan isterinya.
"Eh awalnya ayah balik hari ni. Selalunya ayah balik lambat." Nurul yang turun dari tangga terus mendekati ayahnya dan menyalami tangan lelaki itu.
"Hari ni kerja ayah tak banyak sangat. Sebab tulah ayah balik awal hari ni. Lepas ayah dah siap kerja, ayah terus balik rumah." Encik Rosli tidak sangka bahawa anaknya sudah berumur 19 tahun dan sudah menjadi isteri orang.
"Ayah dah makan ke? Kalau ayah tak makan lagi, Nurul boleh temankan ayah." Nurul memandang ke arah ibu dan bapanya. Dia sempat melihat ayah dan ibunya bermesra tadi. Nurul tidak sangka yang orang tuanya masih boleh bermanja walaupun umur mereka sudah tua.
"Nurul nak temankan ayah makan ke?" Encik Rosli melihat ke arah anaknya yang dewasa itu. Nurul menganggukkan kepala apabila mendengar soalan ayahnya. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi motor yang baru sampai.
"Rasanya Rayyan dah balik tu. Nurul pergilah jemput dia. Biar ibu yang temankan ayah makan." Puan Norlia menarik tangan suaminya menuju ke meja makan meninggalkan anaknya bersama lelaki itu. Nurul pula hanya memandang ibu bapanya pergi dan dia terus menuju ke pintu rumahnya.
"Danish, lambatnya kau balik. Kau dari mana ni sebenarnya?" Nurul melihat suaminya membuka topi keledar. Dia agak terpesona melihat wajah suaminya. Danish pula berasa hairan melihat isterinya asyik merenung ke arahnya dari tadi.
"Woi, Nurul! Kau fikirkan apa ni?" Danish terus menyedarkan isterinya dari khayalan. "Tak ada apa-apa la, Danish. Aku tak fikir apa-apa pun. Kau dah makan ke?" Nurul berpaling ke arah lain dan tidak memandang ke arah suaminya. Dia berasa malu pula dengan lelaki itu.
"Aku tak makan lagi. Aku tak sempat nak makan. Lepas jumpa kawan aku, aku terus balik sini." Memang betul lepas dia berjumpa dengan Azrul, dia terus balik ke rumah dan tidak singgah langsung ke kedai makan.
"Kalau macam tu jomlah masuk dalam. Ibu dengan ayah pun tengah makan tu. Bolehlah kita makan sama-sama." Nurul berasa ada sesuatu yang berlaku pada suaminya. Dia dapat melihat wajah masalah suaminya.
"Ayah dah balik kerja ke? Awal pula ayah balik hari ni. Kau dah makan ke?" Danish seperti tidak percaya yang ayah mertuanya balik awal hari ni. Selalunya ayah mertuanya balik lambat.
"Aku dah makan dengan ibu tadi. Sekarang ni ibu tengah temankan ayah makan. Kebetulan hari ni kerja ayah tak banyak. Tu yang dia balik awal hari ni." Nurul masih merenung suaminya sedang membuka kasut.
"Kau boleh temankan aku makan tak? Tiba-tiba aku rasa lapar pula. Boleh tak?" Danish masih memikirkan kata-kata Azrul tadi. Dia tidak tahu sama ada dia sudah mula suka dengan isterinya atau tidak. Tapi yang pasti buat masa ini dia sudah mula rasa selesa dengan isterinya.
"Danish, aku nak tanya sikit, boleh?" Nurul tidak tahu sama ada suaminya masih marahkannya atau tidak. Tapi yang pasti mood suaminya itu sedang baik.
"Kau nak tanya apa, Nurul? Kau macam takut je dengan aku. Jangan risaulah aku tak makan orang. Kau macam la tak kenal aku." Danish pelik melihat isterinya seperti takut akan dirinya.
"Kau ok tak ni? Aku tengok muka kau macam ada masalah je." Nurul harus akui yang dia sudah lama menyukai lelaki itu dan dia tidak sanggup kehilangan suaminya.
"Aku ok la. Kau nampak aku macam tak ok ke? Aku tak ada masalah la." Danish tidak mahu menceritakan kejadian tadi kepada Nurul. Cukuplah hanya dia dan Azrul mengetahui tentang hal itu.
"Aku cuma tanya je. Sebab aku risau tengok kau. Yelah kau kan suami aku." Tiba-tiba Nurul berasa mukanya merah. Janganlah lelaki itu fikir yang bukan-bukan. Nurul terus masuk ke dalam dan meninggalkan suaminya.
"Eh Nurul. Nanti dulu...aku nak tanya kau ni." Danish terus memegang tangan isterinya. Dia juga harus akui yang dia sudah mula sayangkan isterinya. Nampaknya kata sahabatnya itu benar. Danish sudah mula sayangkan perkahwinan ini. Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan memceraikan isterinya.
"Aku nak minta izin kau, boleh tak kalau kita ubah cara panggilan kita? Aku rasa dah tiba masanya untuk kita berdua ubah cara panggilan. Lagipun panggilan kau aku ni nampak kasar sangat. Kau ok kan?" Danish merenung dalam-dalam melihat mata isterinya dan membuatkan gadis itu tunduk ke bawah.
"Kenapa tiba-tiba je ni, Danish? Kenapa perangai kau pelik sangat?" Nurul berasa jantungnya seperti mahu pecah melihat renungan suaminya. Inilah kali pertama dia melihat renungan lelaki itu setelah lama mereka berkawan dan berkahwin.
"Macam aku cakap tadi, dah tiba masanya kita ubah cara panggilan kita. Mulai saat ni kita guna panggilan abang Nurul. Tapi kat sekolah kita cuma guna panggilan kau aku je." Entah kenapa tiba-tiba Danish boleh romantik pula dengan isterinya. Saat ini, dia amat menyayangi isterinya, Nurul.
"Aku..." Tiba-tiba mulutnya ditutup oleh lelaki itu. Dia melihat suaminya menggeleng tanda tidak setuju dengan panggilannya.
"Lagi sekali abang dengar Nurul guna panggilan tu, abang cium mulut Nurul." Danish berbisik dekat dengan telinga isterinya. Dia terus berlalu meninggalkan isterinya yang termangu-mangu.
Nurul dapat merasa tanda-tanda dia bahagia dengan lelaki itu. Ini kali pertama suaminya berlembut dengannya. Dia berasa sangat gembira mendengar panggilan lelaki itu. Nurul terus pergi ke arah suaminya yang menuju ke meja makan.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...