Dari tadi dia asyik mundar-mandir di dapur. Sejak balik dari sekolah, Danish terus menghalang Nurul dari memasuki dapur. Dia mahu isterinya berehat dan dilarang keluar dari bilik.
Danish tidak tahu apa yang ingin dimasak untuk isterinya. Dia bercadang ingin masak makanan yang ringkas tapi dia takut gadis itu akan berasa curiga terhadapnya. Danish berasa buntu pula memikirkan hal ini.
"Eh Rayyan...Rayyan buat apa kat dapur ni? Ibu tengok dari tadi Rayyan macam gelisah je. Rayyan ada masalah ke?" Puan Norlia berasa hairan melihat keadaan menantunya. Dia dapat merasakan lelaki itu seperti memikirkan sesuatu.
"Ermmm ibu, boleh tolong Rayyan tak? Rayyan dah pening fikir pasal benda ni." Danish hanya tersengih dan garu lehernya. Dia berasa malu pula hendak meminta pertolongan ibu mertuanya. Tapi dia terpaksa meminta pertolongan dari wanita itu.
"Rayyan nak ibu tolong apa? Nurul kat mana, Rayyan? Ibu tak nampak pun kelibat dia." Puan Norlia melihat sekeliling mencari kelibat anaknya. Kenapa anaknya tidak berasa di sini bersama suaminya?
"Nurul ada kat bilik, bu. Rayyan saja tak nak bagi dia keluar. Boleh tak ibu tolong Rayyan masak? Rayyan tak pandai la bab memasak ni." Danish tidak tahu di mana dia ingin meletakkan mukanya. Kalau bukan disebabkan isterinya, pastu dia tidak mahu menjejakkan kaki ke dapur.
"Rayyan nak masak apa? Kenapa tiba-tiba nak masak ni? Rayyan tahu masak tak?" Puan Norlia berasa hairan melihat menantunya. Tak pernah dia melihat menantunya ingin memasak. Kenapa tiba-tiba hari ni lelaki itu rajin ingin masuk dapur?
"Sebenarnya Rayyan tak tahu nak masak apa, bu. Rayyan tak fikir lagi nak masak apa untuk Nurul. Rayyan pun tak pandai sangat bab masak ni." Danish bukan sengaja ingin membohongi isterinya tapi dia tidak sanggup kecewakan hati gadis itu.
"Tak apa, ibu boleh tolong Rayyan masak. Apakata Rayyan masak makanan favourite Nurul? Dia mesti suka nanti." Puan Norlia taking anak gadisnya pasti menyukai dengan masakan lelaki itu. Dia mahu mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu.
"Betul ke ibu nak tolong Rayyan? Nurul tak marah ke nanti kalau tahu ibu tolong Rayyan masak. Rayyan takut dia merajuk nanti." Danish berasa takut pula jika isterinya merajuk bila mengetahui ibu mertuanya menolong dia masak.
"Ibu memang nak tolong Rayyan. Jangan risau...dia takkan tahu punya. Rayyan tahu tak apa makanan kesukaan Nurul?" Danish hanya menggeleng mendengar soalan ibu mertuanya. Sejujurnya dia memang tidak tahu makanan kesukaan isterinya.
"Tak apa, Rayyan keluarkan dulu bahan-bahan masak yang ada dalam peti ais tu. Nanti ibu bagitahu apa yang kita nak masak malam ni." Puan Norlia terus menyingsing baju lengannya dan dia jugak sudah bersedia untuk memasak.
"Nasib baik ibu ada. Kalau ibu tak ada, Rayyan tak tahu nak minta tolong siapa. Sekarang ni pun Rayyan dah rasa pening." Untung ibu mertuanya sudi menolong dia. Kalau tidak, sampai sekarang dia masih tidak memulakan apa-apa.
"Ibu kesian tengok Rayyan sorang-sorang. Sekarang ni kita masak dulu makanan kesukaan Nurul." Danish terus mengambil bahan-bahan masakan yang disuruh oleh ibu mertuanya.
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan makanan kesukaan isterinya bersama ibu mertuanya, Danish terus menuju ke bilik Nurul. Setelah dia mengetuk pintu, Danish terus membuka dan melihat isterinya sedang membaca buku.
"Assalamualaikum sayang...sayang tengah buat apa tu?" Danish terus mendekati isterinya yang khusyuk membaca buku. Dia tidak sabar ingin melihat reaksi isterinya merasai masakannya.
"Waalaikumsalam abang... Nurul tengah baca buku. Abang dari mana ni...nampak berpeluh je muka." Nurul berasa kasihan melihat suaminya dan terus mengambil tuala kecil dari laci meja.
"Abang dari dapurlah, sayang. Sayang kan nak rasa masakan abang. Sebab tu la abang kat dapur tadi." Danish terus menyambut tuala kecil dari isterinya. Dia mengelap muka dan mengambil tuala ya untuk mandi.
"Abang betul-betul masak ke? Nurul tak sangka pula yang abang pandai masak. Nanti lepas solat maghrib kita makan sama-sama." Nurul terus menutup bukunya dan bangun untuk mengambil air wuduk.
"Sayang nak pergi mana? Abang baru je nak bermanja dengan Nurul." Hatinya sedikit hampa bila melihat isterinya seperti tidak mahu melayannya. Sudahlah lama dia menghabiskan masa di dapur, tiba-tiba isterinya hanya berborak sekejap dengannya.
"Nurul nak ambil wuduk la, bang. Nanti habis pula waktu. Abang ambil tuala ni nak mandi ke?" Nurul berasa hairan melihat suaminya memegang tuala dan bersedia menuju ke bilik mandi.
"Mestilah abang nak mandi. Badan abang pun dah berpeluh ni. Abang tak mandi dari balik sekolah tadi sebab nak fikir apa yang abang nak masak hari ni." Danish terus terburu-buru menuju ke bilik air sebelum ditanya macam-macam oleh isterinya.
Nurul hanya memerhati kehairanan melihat suaminya terus masuk ke dalam bilik air. Dia hanya mampu menggeleng melihat perangai suaminya. Kadang-kadang dia tidak faham dengan perangai lelaki itu.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomansaDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...