"Kau serius ke nak aku hantar dekat alamat ni?" Madinatul memandang alamat yang tertera di dalam kertas itu. Sudah 10 minit dia mengulang baca siap dengan pakej muka berkerut lagi.
"Iye cik Madina sayang. Kalau bukan dekat alamat tu, kau nak hantar barang-barang tu dekat mana?" Sakit kepala Azman menghadap perangai Madinatul. Dah 10 kali gadis itu asyik mengulang soalan yang sama.
Madinatul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak ada masalah untuk hantar barang-barang itu cuma entahlah. Madinatul mengeluh dan memegang kepalanya.
"Kau dah kenapa, Madina? Ada yang tak kena ke dengan alamat tu?" Azman menoleh ke belakang. Dia berasa hairan dan tertanya-tanya bila mendengar keluhan gadis itu tadi. Ada masalah ke dengan tempat tu?
"Aku ok je, Azman. Aku tak ada masalah pun dengan alamat ni cuma entahlah." Madinatul mengeluh buat kali kedua. Tak tahu kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak sedap. Azman juga ikut mengeluh dan meletakkan barang-barang itu ke dalam van.
"Kau janganlah fikir yang bukan-bukan, Madina. Aku yakin yang kau akan ok. Kau nak aku temankan kau tak?" Azman menepuk bahu gadis itu guna sapu tangan. Kalau dia tepuk begitu sahaja tanpa guna sapu tangan mau kena tendang sampai ke Afrika.
"Kau tak perlulah teman aku. Lagipun kau mesti banyak kerja kan. Aku taknak la ganggu kau." Madinatul menolak pelawaan Azman dengan sopan. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi. Cukup cukuplah lelaki itu banyak menolongnya selama ini.
"Kalau macam tu kau hati-hati la bawa van tu. Sekarang ni dah banyak kes kemalangan yang berlaku." Azman menyerahkan kunci van kepada Madinatul.
"Terima kasih, Azman. Pasal van tu kau janganlah risau. Pandai la aku jaga van tu." Madinatul menyambut huluran Azman.
"Hmm yelah. Baik kau pergi hantar barang tu sekarang sebelum jalan bertambah jammed." Azman malas mahu melayan gadis itu. Tetapi apa yang membuat dia gembira ialah dia dapat melihat wajah itu ceria kembali. Kalau tidak mahu seminggu dia terpaksa hadap wajah masam gadis itu.
"Ish yelah, aku nak pergilah ni." Madinatul merengus geram dan menerobos masuk ke dalam van. Dia menarik nafas dan hembus. Sempat dia membunyikam hon kepada Azman sebelum bertolak menghantar barang-barang tersebut. Madinatul menekan punat radio untuk mendengar lagu. Dapatlah dia menghilangkan rasa sunyi.
Setelah hampir setengah jam dia mencari alamat itu, akhirnya dia sampai juga. Madinatul keluar dari van dan membuka Bonet belakang untuk mengeluarkan kotak-kotak tersebut.
"Fuh, panas betul hari ni." Dia mengipas wajahnya yang berpeluh menggunakan tudung yang dipakai.
Setelah itu dia terus mengatur langkah sambil membawa kotak. "Assalamualaikum..." Madinatul melihat sekeliling rumah yang serba mewah itu. Dia agak tergamam bila melihatnya.
"Waalaikumussalam..." Raykal terus membuka pintu apabila dia mendengar suara orang memberi salam. Dia agak terpegun apabila bertembung dengan mata cantik itu. Madinatul juga tergamam apabila melihat wajah Raykal. Nasib dia sempat menahan kotak di pegangannya dari jatuh.
"Eh hai cik roti. Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tahu ni rumah saya?" Wajah Raykal sangat gembira dan rasa rindu di dalam hatinya sedikit terubat melihat wajah comel itu.
Madinatul menelan air liur dan dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa semula dengan lelaki itu. Padan la dia berasa tidak sedap hati tadi sebelum datang ke sini.
Dia hanya mendiamkan diri dan tidak memandang wajah Raykal. Raykal berasa hairan melihat gadis itu diam sahaja.
"Raykal, siapa yang datang tu?" Suara Puan Rohani memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Dia berdiri di sebelah anaknya.
"Bakal jodoh anak mama yang datang." Raykal senyum lebar sambil matanya masih memandang wajah terkejut gadis itu. Madinatul hampir mencarut mendengar jawapan Raykal. Rasa macam nak pijak je kaki tu sehingga hancur. Suka hati je kata dia ni bakal jodoh.
"Ish Raykal ni. Apa cakap macam tu...habis merah muka dia." Puan Rohani memukul bahu anaknya dan menggeleng kepala. Tahu sangat dah perangai anaknya ini.
"Alaa ma... Raykal gurau je. Tapi kalau betul pun apa salahnya?" Raykal mengangkat kening kepada mamanya. Lagipula dia memang sudah jatuh sayang pada gadis itu.
"Sudahlah, Raykal. Daripada mama layan kamu, baik mama layan orang cantik ni." Puan Rohani senyum memandang wajah Madinatul. Hatinya berasa tenang melihat wajah cantik itu.
Hampir merah wajah Madinatul mendengar kata Puan Rohani. Dia menahan senyum bila dia menyedari lelaki itu masih pandang wajahnya.
"Ermm puan, saya datang sini sebenarnya nak hantar barang yang dipesan. Puan ada order barang ke?" Amat lembut suara gadis itu sehingga membuatkan Raykal hampir terbuai mendengarnya. Alahai kan best kalau tiap-tiap hari dia cakap macam ni dengan aku. Ni yang buat aku makin sayang ni.
"Ya, aunty ada pesan barang dua hari lepas. Terima kasih sebab tolong hantarkan. Kalau kamu tak keberatan, boleh aunty tahu nama kamu?" Puan Rohani mengambil kotak tersebut dari pegangan Madinatul. Kuat juga tenaga gadis ini sehingga mampu membawa banyak kotak. Raykal pula berasa tidak sabar mahu mendengar nama gadis itu.
"Err nama saya Madinatul Aisyah. Kalau puan nak panggil Madina pun boleh." Madinatul tersenyum kekok dan cuba mengelakkan diri dari bertembung mata dengan Raykal.
"Sedap betul nama Madina. Aunty suka nama tu dan Madina tak perlulah panggil saya puan. Panggil je aunty...lebih selesa sikit." Puan Rohani mengusap bahu gadis itu.
"Kalau nak lebih selesa, panggil je mama." Kedengaran suara seseorang mencelah yang diam dari tadi. Madinatul menjegil mata kepada Raykal. Mamat ni memang nak kena buang dalam tasik rasanya. Suka betul cakap merepek.
"Haih dia ni. Lebih baik Raykal diam sebelum tangan mama ni hinggap ke perut kamu." Puan Rohani menggeleng kepala lagi. Tak tahulah kenapa dengan perangai anaknya ini. Dulu tak pernah macam ni dan sekarang tiba-tiba jadi kuat mengusik pula.
"Alaa mama ni. Raykal cuba je...mana tahu tiba-tiba sangkut jadi menantu mama ke." Raykal tersengih malu dan mengenyit mata kepada Madinatul. Gadis itu pula menjelir lidah kepada Raykal. Kuat betul lelaki ni berangan...siapa entah nak jadi bini dia.
"Lebih baik Madina balik sekarang sebelum ulat gatal ni mencelah lagi." Madinatul ketawa kecil mendengar kata Puan Rohani. Dia setuju dengan kenyataan ulat gatal itu. Memang sesuai sangat dengan Raykal.
"Bila masa pula Raykal jadi ulat gatal? Sampai hati mama cakap macam tu... Raykal benci mama." Raykal mencebik bibir dan memeluk tubuh. Dia memusingkan tubuh badannya dan berlalu pergi. Madinatul tersenyum kecil melihat sikap lelaki itu. Comel juga bila lelaki itu merajuk.
"Biarkan je Raykal tu. Dah besar panjang pun masih nak merajuk." Puan Rohani juga ketawa melihat perangai anaknya.
"Kalau macam tu Madina balik dulu ya, aunty. Lagipun dah lama sangat ni...ada lagi barang yang Madina kena hantar." Madinatul menyalam tangan tua wanita itu. Walaupun sudah berkedut tetapi wanita itu masih kelihatan cantik.
"Yelah, Madina hati-hati bawa van tu. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi." Puan Rohani menyambut salam itu dan menggosok kepala Madinatul.
"Insya Allah, aunty. Kalau ada jodoh lagi, kita akan berjumpa di tempat lain." Madinatul sempat melambai tangannya kepada wanita itu sebelum pergi.
Dia juga sempat menangkap mata yang sedang memerhatinya di sebalik langsir. Dia hanya menggeleng melihat lelaki itu dan memberikan senyuman yang ikhlas kepada Raykal.
Raykal yang terkejut dengan senyuman manis itu terus berpaling ke arah lain. Matanya terkebil-kebil dan hatinya juga berdegup dengan laju. Dia memegang dada kirinya dan dia masih merasai degupan itu.
"Saya harap akan ada lagi perempuan antara kita, cik Madina." Mulutnya mula tersenyum ketika menyebut nama gadis comel itu.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...