"Nur Syazwina Raihan..."
Panggilan dari seseorang itu membuatkan Wina berpaling ke belakang. Dia terkejut dengan kehadiran insan di hadapannya.
"A-azrul." Wina hampir tergagap kerana masih terkejut. Dia tidak sangka akan bertemu dengan lelaki itu di sini.
"Hai Wina. Lama kita tak jumpa kan?" Azrul menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Dia dapat melihat wajah terkejut wanita itu.
"Haah. Lama betul kita tak berjumpa. By the way kau sorang je ke? Danish tak ikut kau sekali?" Wina cuba mencari kelibat Danish. Biasanya mereka berdua ni sentiasa bersama. Tak boleh nak berpisah langsung.
"Aku sorang je. Danish kan dah ada bini, buat apa dia nak ikut aku lagi." Azrul melihat sekeliling kawasan di dalam kedai itu.
"Ouh ok. So ada apa kau datang sini? Kau ada masalah ke?" Wina menolak barangnya ke tepi dan mula menumpukan perhatian kepada Azrul. Mesti ada sesuatu sampai lelaki itu sanggup datang jumpa dia ke sini.
Pertanyaan dari Wina membuatkan Azrul berhenti meneroka. Dia memandang semula wajah wanita itu.
"Aku sebenarnya ada benda penting nak cakap dengan kau." ujar Azrul serius.
"Apa yang penting sangat sampai kau cari aku kat sini?" soal Wina dengan rasa hairan. Mengapa lelaki itu sanggup datang ke sini?
"Boleh kita bincang kat tempat lain? Kat sini macam tak sesuai untuk kita berborak." Azrul berasa tidak selesa apabila banyak mata yang memerhatikannya. Tak pernah tengok lelaki hensem ke kat sini?
Wina hanya mengangguk kepala walaupun dia berasa hairan. Kenapa tak borak kat sini je?
"Kalau macam tu jom. Kita pergi ke satu tempat yang tenang sikit. Aku bawa kau pergi sana naik kereta aku." Azrul memberi laluan kepada Wina. Dia mahu wanita itu sentiasa ada di depannya.
Wina hanya menurut tanpa banyak soal. Lagipun dia percaya dengan Azrul. Lelaki itu tidak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan.
Setelah sepuluh minit mereka hanya diam dan tidak berborak, akhirnya mereka sampai juga tempat yang dicadangkan oleh Azrul.
"Tepi bukit?" Wina berasa hairan apabila lelaki itu membawanya ke sini. Memang agak sunyi sedikit memandangkan tidak banyak kereta yang lalu di kawasan ini.
"Aku saja bawa kau ke sini. Aku jamin yang kau akan rasa tenang bila tengok kawasan tepi bukit ni. Lagipun kalau aku stres, aku akan datang sini untuk cari ketenangan." Azrul menutup kedua-dua matanya dan merasai angin yang menyapa pipinya.
"So apa yang kau nak bincang dengan aku?" Wina berpusing menghadap Azrul. Lelaki itu masih menutup matanya.
Azrul membuka mata dan turut memandang Wina di sebelah. Wajah itu penuh dengan tanda tanya. Dia menarik nafas dan menghembus. Otaknya mula mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
Wina menunggu dengan penuh sabar. Entah kenapa hatinya berasa berdebar-debar ketika ini.
"Wina, jom kahwin."
Wina tergamam mendengar lamaran secara tiba-tiba dari Azrul. Dia memandang lelaki itu dengan rasa terkejut.
"Kau serius ke ni, Azrul? Kau ajak aku kahwin ke?" soal Wina yang masih tidak percaya. Macam mana dia nak percaya kalau tiba-tiba sahaja lelaki ini ajak dia kahwin.
"Aku serius, Wina. Lagipun kita ni bukan makin muda. Kawan kita pun semua dah kahwin. Kau tak teringin nak cari teman hidup kau ke?" Azrul memandang Wina di sebelahnya.
Mata Wina berkelip-kelip dan jujur dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Azrul.
"Wina, jawablah soalan aku." Azrul sedikit mendesak bila wanita itu hanya diam dari tadi.
"Soalan yang mana?" Wina menelan air liur. Wajah Azrul terlalu rapat dan dia boleh merasai nafas lelaki itu.
"Aku nak ajak kau kahwin ni. Kau nak ke tak?" Azrul memandang tepat pada mata Wina.
"A-aku..." Wina menunduk ke bawah apabila wajah Azrul makin dekat dengan wajahnya. Dia dapat rasa pipi dia bertukar merah sekarang ni.
"Nur Syazwina Raihan, kau nak kahwin ke tak dengan aku?" Azrul bertanya sekali lagi. Dia hampir tersenyum melihat wajah itu bertukar merah.
"A-aku tak tahu. Kenapa kau nak kahwin dengan aku?" Wina cuba membalas tatapan Azrul. Hatinya makin kuat berdebar melihat renungan itu.
"Sebab sekarang ni aku nak halalkan kau untuk jadi isteri aku. Lagipun tak salah kan sebab kita berdua masih single." Azrul mengangkat kening.
"Tapi kita bukan pasangan bercinta. Boleh ke perkahwinan kita akan kekal sampai bila-bila?" Wina mengetap bibir. Jujur dia takut jika suatu hari nanti perkahwinan mereka akan gagal.
"Boleh, sayang. Kita cuba cinta satu sama lain lepas kita kahwin. Aku janji dengan kau." Azrul cuba menyakinkan wanita itu. Dia dapat melihat wajah gelisah Wina.
"Tapi aku..." Wina tergamam apabila Azrul meletakkan sebatang pen di bibirnya. Bila masa ada pen kat situ? Dia melihat wajah tenang Azrul.
"Dengar sini apa yang aku nak cakap." Azrul menjatuhkan pennya ke bawah dan melihat kecantikan di depannya.
"Tak ada istilah tapi, sayang. Kau percaya je dengan aku. Lepas kita kahwin, aku akan sentiasa buat kau angau dan rindu kat aku. Lagipun aku ni jarang sweet dengan perempuan tau. Kau sorang je yang akan dapat layanan romantik aku ni." Azrul menyengit mata. Wina terpaku melihat perangai lelaki itu yang dia tidak pernah nampak sebelum ini.
"Lepas kahwin nanti kita terus pergi honeymoon dan masa tu aku akan goda kau. Alang-alang kita buat baby terus kat sana." Azrul senyum dan sengaja mengusik Wina. Dia suka melihat pipi merah itu.
Wina berasa malu tapi pada masa yang sama dia rasa gembira. Tak sangka Azrul ni romantik juga walaupun pada mulanya dia menyangka lelaki ini sangat sombong.
"Haih rasa macam nak ajak kau kahwin hari ni terus. Aku penat rasa single bila tengok Danish asyik berkepit dengan bini dia je. Macam la dia sorang je ada isteri." Azrul memutar matanya ke atas. Setiap masa dia menahan sabar melihat kemesraan Danish terhadap Nurul. Tunggu la dia dah kahwin nanti, dia akan balas semuanya kepada lelaki itu.
"Jangan nak mengada ye. Siapa suruh single lama sangat, kan dah kena hadap benda sweet setiap hari." Wina ketawa melihat wajah cemberut Azrul. Rasa kesian pula dia tengok lelaki ini.
"Sebab tu aku tengah ajak kau kahwin sekarang ni. Kau nak kahwin dengan aku tak?" Kali ini Azrul bertanya dengan nada serius. Dia tidak mahu membuang masa lagi.
Tawa Wina terhenti apabila mendengar lamaran Azrul sekali lagi. Dia menelan air liur dan nampaknya lelaki itu benar-benar serius mahu mengajak dia kahwin.
"Aku terima lamaran kau, Azrul Iman. Aku nak kahwin dengan kau dan aku akan cuba untuk cintakan kau lepas kita kahwin." Wina mengukir senyuman. Dia menerima lamaran lelaki itu dengan seikhlas hati.
"Betul ke, Wina? Aku tak mimpi kan?" soal Azrul dengan rasa teruja. Dia masih tidak percaya yang wanita itu menerima lamarannya.
Wina mengangguk kepala dan dia ketawa melihat Azrul melompat mendengar persetujuannya. Nampak teruja betul tu.
"Thank you, sayang. Aku nak peluk kau tapi kena tunggu halal dulu. Lepas kita dah halal, aku akan peluk kau puas-puas." Azrul masih melompat. Hatinya benar-benar rasa gembira. Tak sabar nak bagitahu Danish tentang hal ini.
Wina menunjuk penumbuknya. Amboi tak menyempat betul, terus nak peluk kita ye. Tunggu lepas kahwin nanti ha peluklah puas-puas.
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...